VaultSafeUall

Thursday 23 June 2011

TARIK GELARAN DATUK AMBIGA

Penganjur utama perhimpunan haram Bersih, Datuk Ambiga perlu ditarik gelaran Datuk kerana menganjurkan perhimpunan haram pada 9 Julai ini. Difahamkan beliau menerima gelaran Datuk dari Sultan Perak. Oleh itu kita mohon perkenan Tuanku Sultan Perak supaya menarik balik gelaran Datuk kepada bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia itu.

Memang aneh seorang Datuk mahu menganjurkan perhimpunan haram apatah lagi ia akan dihadiri oleh ribuan rakyat. Pergaduhan dijangka berlaku kerana perhimpunan ini akan ditentang oleh Perkasa dan Pemuda UMNO. Bayangkan apa akan terjadi kepada perhimpunan yang kononnya akan diadakan secara aman ini.

Jika ada orang kesempatan, pergaduhan besar akan berlaku. Malah lebih hebat dari Persitiwa 13 Mei 1969 di mana keganasan akan menyebabkan rumah kedai terbakar. Apa motif Bersih menganjurkan perhimpunan seperti ini semata-mata mahu memalukan Malaysia di mata dunia. Kerajaan jadi serba salah. Jika mereka semua ditangkap di bawah ISA, maka kerajaan dikatakan zalim sebaliknya apa yang mereka buat ini boleh melumpuhkan ekonomi negara.

Wednesday 22 June 2011

BENGONG BETUL AMK

Angkatan Muda Keadilan (AMK) ini bengong betul. Sepatutnya dia buat laporan polis kepada penganjur Bersih, Ambiga sebaliknya dia buat laporan polis terhadap kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Fahamilah kenyataan penuh Datuk Ibrahim Ali sebelum menuduh beliau menghasut. Sebaliknya apa yang dia katakan itu betul supaya orang Cina tidak keluar pada hari perhimpunan tersebut.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhubung seruannya kepada masyarakat Cina supaya menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0.

Laporan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 12.24 pagi ini.

NONEBeliau turut diiringi enam anggota AMK termasuk timbalan ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Dalam laporan polis itu, Rozan mendakwa Ibrahim telah mengeluarkan kata-kata yang didakwa berbaur hasutan yang berunsurkan keganasan yang ditujukan secara khusus kepada kaum Cina apabila mengarahkan mereka jangan keluar rumah dan perlu menyimpan stok makanan dirumah jika perhimpunan BERSIh tidak dibatalkan.

Kenyataan tersebut dibuat sewaktu pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman Ahad lalu.

NONE"Saya percaya bahawa kata-kata ini berunsur hasutan jenayah yang menjurus kepada keganasan secara khusus ditujukan kepada orang berbangsa Cina yang ingin mengamalkan hak untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dijamin di bawah artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, bebas dari sebarang ancaman keganasan dari mana-mana pihak semasa menyertai perhimpunan BERSIH," laporan polis itu dipetik.

Dalam laporan itu, Rozan mendakwa perbuatan Ibrahim adalah satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan.

"Saya dengan ini menuntut agar Ibrahim Ali ditangkap dan didakwa di mahkamah sesegera mungkin," katanya.

NONESeksyen tersebut merujuk kepada perbuatan, mengedar atau membuat kenyataan yang berbentuk hasutan dan mengajak membuat jenayah.

Sehubungan itu, Rozan meminta polis untuk mengambil tindakan sewajarnya demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia.

Bagaimanapun semalam Ibrahim berkata kenyataan beliau itu bersifat nasihat dan bukannya satu ugutan.
Dalam sidang media selepas itu, Rozan berkata kenyataan Ibrahim dilihat bertujuan ingin mencari publisiti murahan untuk menjadi wira orang Melayu.

“Kami yakin ini ialah sebenarnya niat jahat dan publisiti murahan Ibrahim Ali supaya beliau terkenal dan segera ditangkap dan menjadi seolah-olah hero Melayu.

NONE"Pada hakikatnya, perkara itu kita tidak mahu, sebaliknya ia satu (perkara) yang memalukan bangsa dan imej orang Melayu,” kata Rozan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Ibrahim mengaitkan kaum Cina dalam ucapannya yang didakwanya boleh menimbulkan perasaan takut di kalangan mereka.

"Kenapa beliau tidak tujukan kepada kaum Melayu, pada hal beliau mewakili NGO Melayu," katanya.

Bagaimanapun, Rozan berkata pihaknya tidak bersetuju penggunaan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikenakan terhadap Ibrahim.

Ini kerana, katanya, ia bercanggah dengan perjuangan mereka untuk memansuhkan kedua-dua akta tersebut.

Sehubungan itu, katanya, AMK berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertegas dalam menangani NGO yang mengamalkan perkauman kerana ianya bercanggah dengan perjuangan transformasi 1Malaysia

“Pada hakikatnya (ianya hanya) retorik kalau tiada tindakan segera diambil terhadap Ibrahim Ali,” katanya.

Sunday 19 June 2011

MAT SABU TAK PERLU HADIR

Hebat sangatkah Mat Sabu sehingga beliau tidak dijemput berpidato kerana PM tak mahu hadir jika beliau ada. Nampak sangat bodoh petugas yang memberitahu Harahdaily mengenai perkara tersebut.

Sama ada Mat Sabu ada atau tidak, PM tetap hadir. PM tak perlu takut dengan kehadiran Mat Sabu kerana dia bukan tokoh yang hebat.Buat apa dia hadiri majlis itu kerana pelancaran pasukan Lifeline4Gaza Malaysia tak kena mengena dengan Mat Sabu. Jadi Mat Sabu tak perlu hadir di majlis tersebut kerana ia tidak kena mengena dengan Timbalan Presiden PAS itu.

Apa sumbangan PAS kepada masyarakat Palestine? Oleh itu penganjur buat kesilapan menjemput Mat Sabu untuk berpidato sedangkan sumbangan kerajaan Malaysia terhadap Palestine begitu besar. Jadi Mat Sabu wajar tidak dijemput kerana kehadirannya tidak membantu masyarakat Palestine.

Penampilan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai seorang daripada pemidato semasa pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia malam tadi dibatalkan.

Menurut Harakahdaily, difahamkan pembatalan itu dibuat oleh pihak penganjur setelah “mendapat tekanan” daripada Pejabat Perdana Menteri.

"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.

poster Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia, mohamad sabu not invited"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi," kata salah seorang petugas yang tidak mahu identitinya diumumkan.

Pihak penganjur juga menutup nama Mohamad dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar yang dijemput sebagai mewakili BN pada backdrop di pentas.

Mohamad yang dihubungi Harakahdaily juga mengesahkan pembatalan itu.

"Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit.

"Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini.

poster Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia, mohamad sabu not invited"Saya rasa dipermainkan," katanya dengan nada kecewa.

Sementara itu, Bernama melaporkan pada perasmian LL4G, malam semalam, Najib berkata Malaysia akan meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memastikan keselamatan flotilla kemanusiaan yang bakal berlepas ke Gaza pada minggu depan.
MP PAS juga sertai Freedom Flotilla

Perdana Menteri berkata beliau akan menulis kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon untuk melantik wakil bagi memeriksa dan mengesahkan flotilla kemanusiaan itu yang disertai lebih 600 pertubuhan bukan kerajaan dari 20 negara itu tidak membawa sebarang senjata, dan semata-mata membawa bantuan kemanusiaan.

orange book forum klscah 250111 khalid samadMalaysia juga meminta PBB supaya memastikan keselamatan kapal-kapal flotilla kemanusiaan tersebut semasa ia berada di perairan antarabangsa.

Seramai 10 orang rakyat Malaysia, termasuk dua wakil media akan turut sama dalam pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kali kedua ke Gaza yang dikenali sebagai "International Freedom Flotilla II".

Selain Ketua Misi LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsudin, rombongan kali ini akan disertai Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Pengerusi AMAN Malaysia Datuk Ahmad Zaki Zahid, anggota parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad (kiri), dan Bendahari Muslim Care Malaysia Zulkefli Wahijan.
Turut sama Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islamiah al Ehsan Ismail Darus, Wartawan Astro Awani Nazri Kahar serta jurukamera Astro Awani, Wan Yusani Amir.

NONENajib berkata permohonan yang kerajaan Malaysia kemukakan kepada PBB adalah berasaskan permohonan yang diterima dari LL4G yang didapati wajar dibantu oleh kerajaan.

"Kita tidak hendak 10 wira kita ini dilakukan sebarang penganiayaan terhadap mereka," katanya.

Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Noorazman meminta kerajaan supaya mengemukakan dua cadangan kepada PBB bagi mengelak berulangnya tragedi ke atas "Freedom Flotilla" pada 31 Mei tahun lepas di mana enam buah kapal daripada flotilla itu diserang oleh tentera Israel di perairan antarbangsa.

Ketika tragedi itu, "Freedom Flotilla" anjuran Gerakan Pembebasan Gaza (FGM) dan Yayasan bagi Hak Asasi Manusia Turki sedang membawa bantuan kemanusiaan dan bahan binaan.

Misi tersebut yang dijangka memulakan pelayaran ke Gaza pada 27 atau 28 Jun bertemakan "Pertahankan Kemanusiaan" (Stay Human) dan akan disertai 13 buah kapal antarabangsa -- 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo.

Misi itu untuk menghantar bantuan kemanusiaan, turut akan memberi tekanan kepada Israel supaya menamatkan halangan ekonomi terhadap penduduk Palestin khususnya di Gaza.
NONENoorazman berkata, sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk serangan daripada tentera laut Israel, pihaknya akan memulakan latihan bermula esok, termasuk latihan kecemasan ketika berada di air, berhadapan dengan komando Israel dan tekanan mental.

Beliau berkata mereka akan membawa alat pendidikan, makanan, ubat-ubatan serta barang-barang binaan.

Thursday 16 June 2011

BENGAP BETUL MAT SABU

Bengap betul Timbalan Presiden PAS yang baru, Mat Sabu AlKhalwati. Dia sendiri tak tahu bila PAS masuk BN. PAS bukannya menyertai BN dalam pilihanraya umum 1969 tetapi ia bertanding atas tiket BN pada tahun 1974.

Macam mana perwakilan PAS pilih Mat Sabu sebagai orang nombor dua sedangkan sejarah PAS dalam BN pun dia tak tahu. Sungguh malang ahli-ahli PAS yang sanggup menolak ulama untuk menaikkan bekas penagih dadah ini sebagai pemimpin.Ramai bekas kawan Mat Sabu di ITM kata Mat Sabu hisap dadah ketika belajar di ITM.

PAS tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan UMNO walaupun atas nama perpaduan Melayu kerana serik dengan permainan parti itu, kata Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

"Kita tidak mahu kejadian 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu.

"Pemimpin UMNO sekarang cuba berbaik dengan PAS...bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah di Kompleks PAS Kedah di Alor Setar malam tadi.

Mohamad turut melancarkan kempen perhimpunan BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil BERSIH 2.0) peringkat negeri Kedah.

Mengenai BERSIH 2.0 beliau berkata PAS akan menggerakkan seramai mungkin ahlinya menyertai perhimpunan itu bersama penganjur dan badan bukan kerajaan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

"Saya mahukan perhimpunan ini bersih...kita tidak akan menimbulkan kekacauan atau menyebabkan kerosakan harta benda awam," katanya.

Tuesday 14 June 2011

MENANG ENAM NEGERI, MASIH TAK BERSIH PILIHANRAYA?

Penganjur Perhimpunan Bersih perlu sedar bahawa enam dari 14 buah negeri mereka menang semasa pilihanraya umum Mac 2008 dan apa yang hendak dilakukan pada 9 Julai ini merupakan gimik politik semata-mata.

Mereka juga tidak perlu memutarbelitkan fakta dengan menganggap ianya satu kebangkitan rakyat sebagaimana berlaku di negara Timur Tengah kerana Malaysia adalah lebih demokratik dan bebas bersuara.

Demikian kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan di sidang media selepas bertemu dengan pemimpin-pemimpin Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Cawangan Wilayah Persekutuan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang Selasa.

Menurut Ahmad, pembangkang berjaya menguasai negeri Kelantan, Pulau Pinang, Perak (kini dikuasai Barisan Nasional), Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan manakala di Parlimen pembangkang dikuasai oleh PAS (23 kerusi), DAP (29 kerusi) dan PKR (23 kerusi setelah 6 kerusi tinggal parti dan satu kalah).
“Kalau tak bersih, mungkin satu pun tak menang,” tambahnya.

Beliau juga menegaskan bahawa perhimpunan tersebut bukan satu ancaman pada UMNO/BN tetapi kepada negara kerana ianya menimbulkan rasa tidak selesa pada pelabur dan pelancung ke negara ini.

Ahmad juga menyifatkan perhimpunan yang hendak dianjurkan itu sebagai Pehimpunan Kotor kerana ianya jelas menyusahkan rakyat terutama peniaga, penjaja kecil dan pemandu teksi di bandaraya Kuala Lumpur disamping menimbulkan ketakutan kepada pelancong.

“Ianya juga memberi gambaran bahawa Malaysia berada dalam keadaan tidak aman kepada pelabur luar, ianya juga akan mengambarkan keadaan negara berada dalam huru-hara, sedangkan selama 365 hari setahun tidak pernah ada demontrasi dan himpunan yang menganggu gugat ketenteraman awam,” kata Ahmad.

Katanya, “saya anggap himpunan yang dirancang ini adalah himpunan kotor, kita berharap mereka yang menganjur perhimpunan itu menghentikan hasrat mereka. Kita tahu di belakangnya adalah semua pembangkang, semuanya pemimpin pembangkang bukan NGO.”

Menurut Ahmad, “perhimpunan ini alat pembangkang dan ini agenda kotor bukannya bersih, ianya merupakan satu usaha untuk porak perandakan negara yang aman damai.”

Ahmad juga mengesyorkan kepada semua peniaga, penjaja kecil dan pemandu teksi supaya menyediakan peguam bagi menyaman mereka yang menganjurkan perhimpunan itu kerana telah menggugat mata pendapatan mereka.

Beliau juga akan menyampaikan hasrat wakil-wakil NGO kepada Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin) supaya berindak proaktif terhadap penganjur perhimpunan sebelum perkara itu berlaku.

Monday 13 June 2011

DAP AMBILALIH KUASA YANG DIPERTUAN AGONG?

Ketua Penerangan PERKASA, Roslan Kassim mendakwa DAP cuba mengambilalih kuasa Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Ugama Islam Pulau Pinang dengan mengadakan pilihanraya di masjid seluruh negeri tersebut.

Menurut beliau, Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 jelas menunjukkan bahawa pemilihan jawatankuasa masjid hendaklah dilakukan setelah mendapat persetujuan dan perkenan Yang Dipertuan Agong.


"Tindakan DAP ini jelas biadap dan kurang ajar kerana menghasut rakyat tidak menghormati Yang Diperuan Agong," kata beliau kepada blog pantangdicuit ketika ditemui di Hotel Legend, Kuala Lumpur, petang semalam.

Menurut Roslan, pilihanraya masjid pernah diadakan di Kelantan dan Pahang pada tahun 60an dahulu menyebabkan msayarakt berpecah belah dengan dua pasukan bertarung sengit untuk menguasai masjid.

Katanya lagi, sejak itu pilihanraya masjid dibatalkan kerana perpecahan masyarakat Islam semakin ketara.

Roslan menambah DAP menggunakan pilihanraya masjid ini secara halus untuk memecahbelahkan masayarakt Islam Pulau Pinang.

"Nampaknya DAP lebih jahat dari penjajah kerana sepanjang penjajah berada di Malaya mereka tidak campurtangan urusan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu kerana ia di bawah kuasa Raja," tegasnya.

Sehubungan dengan itu beliau meminta orang Melayu di Pulau Pinang tanpa mengira fahaman politik menentang kemungkaran yang dibawa DAP ini.

Tambahnya lagi, jangan sampai nasib orang Islam di Pulau Pinang menjadi sep[erti pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berkeciciran.

Sunday 12 June 2011

DAP PECAH MASYARAKAT ISLAM

Langkah kerajaan DAP Pulau Pinang melaksanakan ‘pilihan raya masjid’ sebagai kaedah baru pemilihan ahli jawatankuasa masjid di negeri itu adalah taktik parti berkenaan untuk meneruskan perpecahan dalam masyarakat Melayu serta melemahkan Islam secara terancang.

Ia juga bertujuan mempolitikkan institusi masjid kerana akan mewujudkan pelbagai kumpulan berbeza akibat daripada pemilihan itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata tindakan itu sengaja dibuat supaya perpecahan berterusan berkenaan akan membawa kepada lemahnya masyarakat Islam serta Melayu di negeri itu sekali gus memudahkan DAP merancang agenda mereka.

Beliau berkata, institusi agama sudah dijadikan alat politik, manakala kewujudan kumpulan berbeza dalam pemilihan itu akan menyebabkan berlakunya perpecahan dalam konteks keagamaan.

“Bagi saya, ini tidak lain adalah agenda, cara atau taktik dirancang untuk memecah-belahkan serta meneruskan perpecahan masyarakat Islam sekali gus melemahkan mereka,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Parit Sulong, Johor, semalam.

Baru-baru ini, kerajaan DAP Pulau Pinang mengumumkan pelaksanaan pilihan raya masjid di seluruh negeri berkenaan biarpun didakwa belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam.
Malah, pelbagai pihak membantah keputusan pelaksanaan pemilihan itu kerana didakwa mempunyai kesan negatif dan menimbulkan persengketaan, perpecahan selain mewujudkan budaya berpuak-puak hingga menjejaskan imej Islam.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata umat Islam perlu kembali kepada konsep dalam Perlembagaan yang mana agama Islam itu diletakkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Sebarang pindaan atau pelaksanaan kaedah baru berkaitan agama Islam tanpa mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin boleh dianggap menderhaka dan melanggar undang-undang seperti yang tertera dalam Perlembagaan,” katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadot berkata, pengaruh politik dan kepartian akan menyebabkan masjid tidak lagi berfungsi dengan relevan.

“Jika ada tanda perpecahan, pergaduhan, perebutan kuasa dan pengaruh politik dapat dilihat dalam pemilihan jawatankuasanya maka ia tidak lagi sesuai untuk diteruskan,” katanya.

Di SEREMBAN, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar PAS agar menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu kerana ia menimbulkan kekeliruan banyak pihak.

“Kalau parti sudah sanggup dibuli DAP sehinggakan akhirnya PAS boleh menggugurkan perjuangan negara Islamnya, maka saya cabar PAS supaya gugurkan saja perkataan Islam daripada nama parti itu,” katanya selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Kuala Pilah.

Saturday 11 June 2011

KELANTAN DAH PATUT JADI MODEL NEGARA KEBAJIKAN

Kelantan sepatutnya menjadi model sebuah negeri berkebajikan jika PAS benar-benar ingin melaksanakan "konsep negara berkebajikan", selepas diberi peluang lebih 20 tahun memerintah negeri itu.


Menegaskan demikian, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata sebaliknya tiada apa-apa perancangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri ke arah itu sehingga sekarang.

"Hanya RM1 juta hingga RM3 juta sahaja setahun yang dibelanjakan oleh parti itu bagi kebajikan rakyat," kata Timbalan Menteri Kewangan itu kepada pemberita selepas merasmikan Jelujur Pangkalan Cina di sini Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu akan menjadikan Malaysia sebagai negara berkebajikan jika diberi peluang memerintah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Dr Awang Adek berkata berasaskan perkembangan itu cadangan untuk membina sebuah negara berkebajikan hanya satu slogan untuk mengelirukan rakyat apabila gagal dengan slogan membina sebuah negara Islam disebabkan tekanan DAP.

BILA MAT SABU PUJI DAP, KUTUK PAS

Pelik juga Mat Sabu  menegur kerajaan PAS Kelantan dan Kedah supaya mencontohi kerajaan DAP Pulau Pinang.Tak menyesalkah para perwakilan PAS mengangkat beliau sebagai timbalan presiden PAS yang baru sedangkan beliau mengkritik kerajaan PAS?

Kalau dia buat kenyataan ini sebelum pemilihan minggu lepas, sudah tentu Mat Sabu kalah di tangan Tuan Ibrahim Tuan Man. Agaknya dia lebih suka menyanjung Lim Guan Eng daripada Nik Aziz Nik Mat dan Azizan Abdul Razak.

PAS perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti yang diamalkan negeri Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran negeri yang dikuasainya – Kelantan dan Kedah, kata timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.


Katanya, pemimpin berkenaan perlu berbuat demikian memandangkan perubahan yang berlaku di kedua-dua negeri tersebut masih belum cukup dan lebih buruk lagi, masih ada lagi golongan dalam PAS yang masih berfikiran seperti pemimpin Umno.

NONE"Bukanlah kalau PAS pergi ke Putrajaya dengan rakan-rakannya hal ini akan selesai. Tadbir urus baik ini masih perlu difahami.
"Bila kita ceramah, kita tanya 'bila kita memerintah setuju tak kita tangkap (Datuk Seri) Najib (Razak) bawah ISA?' Orang kata setuju. Itu bermakna dalam pemikiran untuk balas dendam ini masih tebal.

"Maknanya bila kita perintah kita ganti Umno. Itu yang kita tak mahu. Sekarang di Kedah, Kelantan, perubahan berlaku tapi tak cukup," katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Mohamad menjelaskan, perubahan di negeri Kelantan, misalnya, akan berdepan masalah apatah lagi sekiranya menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi mengetuai pentadbiran negeri berkenaan.


"Dari segi tadbir urus, sebab pergantungan Kelantan misalnya pada Tok Guru (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) terlalu tinggi," kata Mohamad yang vokal terhadap pentadbiran PAS sejak parti itu dapat mengembalikan kuasa di negeri itu pada 1990. 

NONEPenceramah popular itu juga menegaskan, PAS perlu mengubah sikap yang wujud di kalangan wakil rakyatnya bagi meningkatkan integriti barisan pentadbiran di negeri yang dikuasai. 

"Misalnya anggota exco, ADUN tak boleh pohon tanah kerajaan. (Kalau) mahu mohon, berhenti, jadi orang berniaga. Selagi jadi ADUN, exco tak boleh memohon dan sebagainya. Ini yang perlu diubah oleh kerajaan yang dipimpin oleh PAS. 

"Setengah bercakap kalau PAS tak ambil, Umno ambil. Ertinya (PAS) sama (dengan Umno) – benda macam ini yang saya akan berdepan, di dalam isu misalnya balak," katanya lagi yang mengakui bahawa pandangan seperti itulah yang menyebabkan beliau dilihat sebagai "pro-DAP."

Mohamad yang bimbang dengan penyelewengan yang wujud dalam parti itu berkata demikian dengan merujuk kepada dakwaan yang dilemparkan berhubung sumber balak di negeri berkenaan.

 
Satu lagi perkara yang menjengkelkannya ialah minat yang ditunjukkan pemimpin PAS untuk mendapatkan gelaran daripada istana – sikap yang dikutuknya sebagai pemujaan kepada sistem kasta dan feudalisme.

NONE"Penyanyi menyanyi dua tiga lagu dah 'Datuk'. Pelawak (juga dapat). Kalau P Ramlee itu OK lah bagi Datuk, ini semua, kita baling batu boleh jatuh kepala Datuk.

"Kalau gelaran Datuk, semua mencari. Kalau umum 'siapa nak (pangkat) Datuk esok datang depan istana', saya ingat pemimpin PAS akan berebut pergi depan istana," katanya.

Mohamad yang popular dengan gelaran Mat Sabu itu bagaimanapun berkata, beliau setakat ini menolak tawaran bagi gelaran berkenaan kerana tidak melihat keperluannya. 

"Saya tolak buat masa ini. Tak berani cakap besarlah untuk akan datang, tapi buat masa ini tak nampak (keperluan). Tak perlu," katanya yang telah menolak tawaran untuk mendapat pingat kebesaran daripada Pulau Pinang sebanyak dua kali.

NEGARA KEBAJIKAN ALA PAS?

Pas sudah menggugurkan pembentukan negara Islam jika PAS menang dalam pilihanraya umum akan datang. Sebaliknya Presiden PAS, Datuk seri Haji Hadi Awang mengumumkan negara kebajikan.

PAS terpaksa melupakan negara Islam kerana bimbang Karpal Singh suruh PAS langkah mayatnya terlebih dahulu kalau PAS nak buat negara Islam.

Yang kita hairan sebelum ini Haji Hadi mengeluarkan fatwa kafir mengkafir kepada orang UMNO. Jadi adakah orang UMNO yang tidak menyokong negara Islam PAS sudah tidak kafir lagi?

Fatwa yang diucapkan Haji Hadi di Banggol Peradong pada tahun 1981 menyebabkan umat Islam berpecah belah. Orang PAS tak mahu makan daging yang disembelih oleh orang UMNO. Anak orang UMNO tidak boleh bernikah dengan anak orang PAS. Orang PAS enggan solat berjemaah kalau imamnya orang UMNO. Begitu taksub para penyokong PAS kepada fatwa Haji Hadi itu.

Sekarang PAS sudah gugurkan negara Islam maka bagaimana kedudukan ahli-ahli UMNO yang dikafirkannya selama ini.Kita mahu lihat sejauh mana pengumuman baru PAS ini akan menyebabkan ramai lagi ahli PAS akan keluar dari parti itu.

PAS pernah berpecah menjadi Hamim dan kemudiannya Berjasa. Adakah selepas ini PAS berpecah lagi. PAS sanggup menggadaikan prinsipnya kerana mahu berkawan dengan DAP. Dahulu Nik Aziz berkata berkawan dengan UMNO macam berkawan dengan syaitan. Sebaliknya berkawan dengan DAP tidak syaitan pula sedangkan jelas orang DAP adalah orang kafir.

Inilah PAS yang sanggup buat apa sahaja semata-mata untuk memerintah negara. Lupakanlah prinsip asalkan matlamat untuk menang pilihanraya tercapai. Dahulu mereka kata kalau undi BN tak masuk syurga, jadi adakah undi calon DAP dapat masuk syurga? 

NILAI, MUTU, KEKUATAN AKAR UMBI UNTUK JANGKA HAYAT UMNO

Bagi melaksanakan cita-cita murni pertahanan dan ketahanan bansa Melayu perlu diingatkan kerana kita sedang menghampiri abad yang lebih mencabar berteraskan ilmu, nilai dan mutu.

Dalam abad ini kekuatan dan kejayaan bagi seseorang dan sesuatu bangsa itu akan diukur berasaskan penguasaan ilmu, sistem nilai,sistem nilai dan pencapaian mutu bukan lagi semata-mata kerana sijil dan ijazah yang diperolehinya.

Bagi sesebuah negara bukan semata-mata kerana keluaran negara kasarnya yang tinggi, kekuatan wang ringgit, kekuatan senjata atau kekuatan yang bersifat kosmetik. Oleh itu pertahanan dan ketahanan perlu diseiringkan.

Sememangnya kita memerlukan pertahanan kerana ia adalah kekuatan fizikal bangsa seperti kekuatan bilangan penduduk, ekonomi dan harta benda, teknologi dan ketenteraan. Walau bagaimanapun di masa yang sama ketahanan bangsa juga perlu kukuh kerana ia adalah kekuatan dalaman yang bersifat nilai dan mutu iaitu paksi kekuatan yang menjadi penyumbang kepada kejayaan yang lebih mantap.

Kejayaan yang mempunyai ketahanan dan yang bermuitu itu mestilah berpunca daripada ilmu, akal budi dan daya intelek, akidah yang mendokong kefahaman dan amalan, perilaku dan akhlak yang teguh, mulia dan murni serta jati diri yang beradab dan beradat. Lantaran itu akan tersemailah sistem nilai yang murni yang menjadi pegangan, panduan dan amalan hidup bangsa. Inilah yang akan menjamin kelangsungan sesuatu bangsa. Nilai dan mutu inilah juga yang akan menjadikan bangsa dan negara itu lebih terbilang dari kalangan yang cemerlang.

Justru itu UMNO juga perlu memiliki kekuatan demi kelangsungan bangsa Melayu. Selain dari pertahanan fizikal, parti juga memerlukan ketahanan nilai dan mutu kerana parti UMNO tidak boleh bergantung semata-mata kerana jumlah ahlinya ramai atau kerana UMNO adalah parti pemerintah yang sedang berkuasa. Ertinya UMNO tidak boleh selama-lamanya bersandar di atas kekuatan kerajaan yang kita dokong selama ini. Justru itu UMNO perlu memiliki kekuatan dan mutu yang tinggi daripada sumber ilmu, akal budi, aqidah dan jati diri terutamanya di kalangan ahlinya, kepimpinannya, barisan pelapisnya, organisasinya, rancangannya, programnya, gerak kerjanya dan tindakannya.

Adalah tidak memadai kerajaan sahaja yang bermutu tinggi sehingga berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan disegani di peringkat antarabangsa tetapi di masa yang sama kerajaan tidak bersandar di atas kekuatan parti jika parti sendiri tidak bermutu. Kita bimbang jika ditakdirkan kerajaan yang didokong oleh UMNO ini tidak berkuasa lagi maka apakah parti UMNO akan terus hidup jika ia ensiri tidak dapat berdiri di atas kekuatan dan mutunya sendiri. Apa yang lebih menggerunkan apakah kelangsungan bangsa dapat diteruskan jika mala petaka ini berlaku.

Di atas keinsafan inilah adalah wajar kita semua ahli UMNO di segenap peringkat bersama-sama meningkatkan ketahanan UMNO sampai ke akar umbi dengan membangunkan budaya yang memupuk ilmu, akal budi, akidah,a khlak dan jati diri.

Kita menerima hakikat bahawa sebagai satu gerakan massa terdapat kepelbagaian di dalam UMNO. UMNO didokong petani, buruh, nelayan, pekerja, pengurus, pengusaha, pemodal dan pentadbir. Setiap daripada mereka mempunyai peranan, tempat, sumbangan dan komitmen kepada perjuangan parti. Oleh itu untuk tujuan pertahanan dan ketahanan parti, kita perlu menggembeling segala keplbagaian ini di semua peringkat dalam parti kita.

Marilah kita mengambil ikhtibar kekuatan dan ketahanan akar umbi dari peristiwa yang digambarkan dalam al Quran, apabila diberikan kepada Nabi Sulaiman, bala tenteranya yang terdiri daripada manusia, jin dan haiwan dan mereka sentiasa berada dalam saf dan barisan yang tersusun rapi. Oleh kerana wujudnya keseragaman dan kesatuan di dalam organisasi, mereka sentiasa patuh dan taat kepada arahan. Kekuatan yang terdapat dalam bala tentera Nabi Sulaiman ini ialah mereka mempunyai matlamat yang satu iaitu mengabadikan diri kepada Allah.

Marilah kita memperkukuhkan bahawa penyertaaan kita dalam UMNO adalah merupakan satu ibadah, satu fardu kifayah dan tradisi kerelaan berjuang dan berkorban. Jika kita menjadikan perjuangan melalui wadah UMNO ini sebagai satu usaha untuk mengabdikan diri kepada Allah sudah tentu kita ikhlas dan komited kepada rakyat. Perlembagaan parti cukup jelas menyatakan bahawa falsafah perjuangan kita adalah untuk menegak, mempertahankan dan mengembangkan Islam. Oleh itu dalam membina akar umbi ini diharap kita tetap kebal daripada ancaman nilai negatif dan kecetakan maruah politik yang boleh mengancam dan melemahkan rasa kesatuan, muafakat dan budaya kita sendiri.

Kita bersyukur kerana mutu akar umbi yang berasaskan kepada Islam, menyebabkan kita mewarisi dan memiliki tradisi kebijaksanaan bersama ataupun hikmat muafakat dalam menghadapi sebarang kebuntuan, perselisihan faham, perbezaan pendapat dan rasa tidak puas hati dalam tindak tanduk berorganisasi. Kita tidak boleh melupakan begitu sahaja peristiwa keruntuhan empayar Melaka.

Bahkan Perang Jamal adalah contoh yang menyedihkan dalam sejarah Islam. Kerana fitnah dan salah faham, Ali ialah sepupu Rasulullah dan Aisyah isteri tersayang Baginda terpaksa berperang sesama sendiri. Peristiwa ini telah mengorbankan ramai sahabat sehingga tercatat dalam sejarah Islam sebagai peristiwa Fitnatun Kubra iaitu fitnah yang paling besar dalam sejarah umat Islam.

Kita bersyukur ke hadrat Allah kerana melalui Islam, muafakat dan kebijaksanaan bersama, kita dapat menangani segala masalah utama dalam parti serta ketaksuban kepada individu dan keghairahan serta ketamakan kepada kekayaan kebendaan. 

PAS GILA KUASA?

Nampak sangat PAS gila kuasa sehingga sanggup mengalahkan ulama semata-mata untuk memilih Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu yang didukung kuat oleh DAP. DAP memang tidak mahu melihat ulama menjadi ketuanya nanti kerana DAP memang tidak mahu negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

PAS sendiri sudah lari dari perjuangan asal. Dulu PAS nak buat negara Islam. Kini negara kebajikan sahaja kerana takut diselar oleh DAP. DAP sudah nampak bahawa Haji Hadi tidak akan lama jadi Presiden PAS. Maka penggantinya perlu bukan seorang ulama. penggantinya mesti seorang moderate seperti Mat Sabu. Pedulilah Mat Sabu ada kes khalwat dahulu dengan Norma kerana itu kes lama. Lagipun kes itu sudah dibuang.

Bayangkan jika Mat sabu memimpin PAS. Ini yang dikehendaki oleh DAP. Lim Guan Eng meminati Khalifah Umar Abdul aziz kerana diberi buku itu oleh Mat Sabu. Jadi DAP mahu orang seperti Mat Sabu memimpin PAS suatu hari nanti.