VaultSafeUall

Monday 29 August 2011

MCA SUDAH GILA NAMPAKNYA

MCA sudah gila nampaknya. Masih tak puas hati kononnya masyarakat Cina dipinggirkan. Bila sudah kalah dalam pertandingan MCA, Ong Tee keat duduk diamlah. Tak payahlah mengadu kepada pegawai diplomat US kononnya masyarakat Cina dipinggirkan tetapi MCA tidak boleh bising kerana terikat untuk menyokong kerajaan BN.


Ini seekor lagi Cina tak sedar diri. Dahlah menang di kerusi majoriti pengundi Melayu (parlimen Pandan) tetapi tidak bersyukur dia jadi presiden MCA dan menteri pengangkutan kerana undi orang Melayu. Nama lama parlimen Pandan ialah Ampang jaya.


Pada pilihanraya kecil 1989, orang Melayu sanggup mengundi Ong Tee Keat kerana dia bertanding di atas tiket BN. orang Melayu sanggup membuang hero Melayu yang berjasa, bekas MB Selangor, Datuk Harun Idris dari calon Semangat 46 kerana mahu BN menang.


Bila Ong menang dia lupa dia menang kerana undi Melayu. Bukan dia menang di Bukit Bintang kerusi majoriti pengundi Cina. Sebaliknya orang Melayu yang mengangkatnya jadi timbalan menteri dan akhirnya jadi menteri.


Apa lagi Ong tak puas hati? Siapa orang paling kaya di Malaysia kalau bukan orang Cina? orang Melayu Tan Sri syed Mokhtar Albukhary duduk di nombor berapa? Ini menunjukkan kerajaan BN adil dalam memberi projek atau lesen kepada orang Malaysia tidak kira keturunan.


Orang India pun ada yang kaya, ananda Krishnan. Siapa yang beri lesen ASTRO dan lesen operate Maxis kalau bukan kerajaan BN? baru-baru ini Tony fernandes diberi memiliki saham dalam MAS. siapa yang beri kalau bukan kerajaan BN?


Justru itu apa lagi MCA tidak puas hati? kalau MCA anak jantan, tak payah bertanding di kerusi Melayu. Biar UMNO bertanding di semua kerusi yang dimiliki MCA. Kita nak tengok berapa kerusi MCA dapat rampas dari DAP.


Silap silap semua kerusi MCA kalah. Empat menteri Cina biar tidak diwakili kerana pengundi sudah menolak MCA mewakili masyarakat Cina.


Bila orang Cina sudah ada kuasa, terlibat dengan rasuah pula. Tun Dr Ling Liong Sik bukan bekas Presiden MCA yang terlibat dengan skandal Port Kelang Free Zone (PKFZ).macam mana rakyat nak hormati MCA bila bossnya sendiri terlibat dengan rasuah.


MCA pada satu mesyuarat tertutup dengan pegawai diplomat Amerika Syarikat mengakui bahawa masyarakat Cina di negara ini turut dipinggirkan tetapi tidak boleh mendedahkannya kerana terikat untuk menyokong kerajaan, khususnya Umno yang memerintah negara.

azlanMenurut pendedahan oleh Wikileaks, kabel rahsia antara Washington dan kedutaannya di Kuala Lumpur, memperincikan mesyuarat pejabat politik kedutaan itu dengan naib presiden MCA, ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Kabel yang bertarikh 19 Oktober 2006 itu didedahkan bulan ini.

"Sudah tentu kami dipinggirkan, dari perniagaan yang besar kepada pemilik gerai kecil, semuanya tahu - tetapi MCA tidak boleh mengakuinya," beliau dipetik memberitahu diplomat Amerika.

Ong yang kemudian dilantik menjadi presiden MCA sebelum disingkirkan oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, mengikut kabel berkenaan, berkata parti itu terpaksa berdiam diri walaupun rata-rata masyarakat Cina cukup tidak berpuas hati.

NONEOng juga dipetik sebagai berkata bahawa "berdiam diri kadang-kadang adalah jawapan sah yang mampu diberikan” sebagai reaksi kepada rasa tidak puas hati masyarakat Cina terhadap MCA dan Gerakan yang menyokong kerajaan.

Kabel itu memperincikan rungutan bekas Presiden MCA bahawa parti itu sebelum ini boleh mendapat "saki-baki" projek-projek pembangunan Umno tetapi kini terpaksa bergantung kepada ehsan dan cebisan sisa daripada rakan kongsinya yang dominan itu.

"Dulu, MCA pernah n mendapat saki-baki, tetapi sekarang kita hanya berharap mendapatkan cebisan sisa daripada Umno," kata Ong seperti laporan kabel itu.

NONEAntara contoh yang diberikan ialah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan di mana tiada satu pun daripada 180 sekolah yang dirancang itu adalah sekolah vernakular dan hanya dua diberikan selepas bantahan daripada masyarakat minoriti.

Menurut kabel itu, Ong juga mengakui rasa tidak puas hati yang sebegitu menebal di kalangan masyarakat Cina terhadap status quo dan bahawa MCA akan menghadapi cabaran paling getir pada pilihan raya umum akan datang.

Kebimbangan mempunyai asas apabila pada pilihan raya umum 2008, separuh daripada kerusi MCA di Parlimen dirampas iaitu hanya mampu mempertahankan 15 daripada 31 kerusi yang dimilikinya sebelum itu. Gerakan yang memerintah di Pulau Pinang tumbang apabila semua kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi tewas.

Sunday 28 August 2011

APA TINDAKAN MENTERI AMARAN?


Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara akhirnya membuktikan mainan politik kotor yang dilakukannya selama ini telah memakan diri sendiri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan pemimpin No. 2 Pas itu juga telah membuka ruang kepada rakyat untuk menilai sifat sebenar pemimpin itu.

Menurutnya, kenyataannya itu bukan sahaja mencetus kemarahan rakyat pelbagai kaum tetapi mereka juga mulai menyedari corak permainan politik Mohamad selama ini.

"Sekarang siapa yang rugi? Semua orang dah tahu siapa sebenar dia. Sebelum ini dia tidak pernah menyebut perkataan komunis," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ulasan saya, sekarang kita tunggu tindakan dari menteri amaran ini. Beranikah dia menangkap mat Sabu di bawah ISA? Kenyataan Mat sabu yang menyokong perjuangan komunis jelas menunjukkan belangnya yang sebenar. Mat Sabu mungkin anak saudara Mat indera. Mat Indera makan babi muka Mat sabu pun macam muka babi.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya kelmarin menyiarkan kontroversi yang dicetuskan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu apabila mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Selain itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mat Sabu turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Sementara itu, di Kuala Selangor, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Mohamad Sabu sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian kerana sanggup mengeluarkan apa sahaja kenyataan demi menjaga kedudukan politiknya.

Beliau berkata, ini terbukti kerana Mohamad Sabu cuba mengambil hati pihak tertentu.

Menurut Ahli Parlimen Tanjung Karang itu, Mohamad Sabu juga tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak tahu menghargai jasa serta pengorbanan orang lain dan telah mengguris hati banyak pihak terutama para pejuang zaman komunis yang masih hidup dan ahli keluarga pejuang yang telah terkorban ketika itu.

"Saya tidak tahu bagaimana orang seperti Mat Sabu yang tidak tahu menghormati dan menghargai perjuangan orang lain boleh dipilih menjadi Timbalan Presiden Pas," kata Noh kepada pemberita di Masjid Kampung Sri Tiram Jaya di sini, hari ini.

Saturday 27 August 2011

MAT SABU DAH GILA KOT

Kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

muhyiddin yasin"Saya amat kesal dengan kenyataan Mohamad Sabu itu bahawa pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara," katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu didakwa membuat kenyataan itu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia.

Muhyiddin berkata pemimpin PAS itu turut membuat kenyataan biadab dengan mendakwa Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan.

"Beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan. Kenyataan seperti itu adalah manifestasi kealpaan Mohamad Sabu terhadap sumbangan besar pemimpin Melayu terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air," katanya.

Muhyiddin menegaskan Mohamad wajar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana membuat kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab itu.

malayan union billboard"Beliau (Mohamad Sabu) lupa bahawa hasil perjuangan mereka (pemimpin Melayu), bangsa Melayu telah mendapat suntikan semangat dan kesedaran politik luar biasa untuk bangkit menentang penjajah Inggeris dan Malayan Union.

"Hasil sumbangan tokoh-tokoh besar pemimpin Melayu inilah, bangsa Melayu bangkit bersatu melalui persatuan-persatuan Melayu, yang kemudiannya melahirkan wadah Umno untuk memperjuangkan kemerdekaan negara serta mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam," kata Muhyiddin.

Beliau berkata hasil perjuangan suci barisan pemimpin Melayu berkenaan, negara bukan sahaja mencapai kemerdekaan, malah kedudukan Raja-Raja Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan hak-hak yang sah bagi kaum lain telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

majlis raja raja rulers council 300609Katanya perkara asas ini yang menjadi teras pembentukan negara Malaysia yang merdeka, telah terpahat dalam perlembagaan dan terpelihara sehingga ke hari ini.

"Hakikatnya, penyatuan bangsa Melayu dan persefahaman murni dengan kaum-kaum lain yang dipelopori oleh pemimpin kita terdahulu telah membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan dalam masa yang singkat tanpa pertumpahan darah. 

"Hakikat sejarah ini tidak boleh dipadamkan atau ditulis semula oleh sesiapapun," tegas Muhyiddin.

NONEMuhyiddin menyifatkan Mohamad sebagai buta sejarah apabila beliau sanggup bersubahat dengan orang zalim dan pembunuh dengan mengagungkan komunis.

"Perjuangan komunis bukanlah untuk membebaskan rakyat daripada belenggu penjajahan. Sebaliknya, mereka hanya berminat untuk membentuk sebuah negara komunis dengan pemerintahan kuku besi," jelas beliau.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang mengingati dan memahami sejarah tentunya tidak lupa tentang keganasan komunis yang telah mencetuskan rusuhan, pembunuhan orang awam yang tidak berdosa dan perbalahan kaum sejurus selepas tentera Jepun menyerah kalah. 

"Jika dilihat sejarah hitam kekejaman pemerintahan rejim komunis di beberapa buah negara di rantau ini sewaktu negara kita bergelut menentang kegiatan subversif Parti Komunis Malaya, kita pastinya bersyukur kerana rakyat berbilang kaum di negara kita telah memilih untuk tidak menyokong perjuangan komunis," katanya. 

NONESementara itu, Ketua Pemuda BN Parlimen Pagoh, Ismail Mohamed semalam membuat satu laporan polis di Balai Polis Pagoh, Muar, Johor berhubung kenyataan Mohamad itu.

Dalam laporan itu, Ismail berkata kenyataan Mohamad itu menunjukkan beliau tidak sensitif dan ketandusan idea demi kesinambungan politik murahan pakatan pembangkang sehingga menidakkan kebenaran.

Pemimpin PAS itu didakwa menyifatkan Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis, adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis Bukit Kepong.



Ulasan saya senang sahaja, Mat Sabu ni dah gila kot bila dia mengiktiraf Mat Indera sebagai hero. Mat Indera sanggup makan babi bersama Bintang Tiga, pemimpin PAS sokong. Memang sesuai dah dia berkawan dengan Lim Guan Eng yang makan babi juga.


Mat Indera dikatakan kebal. Salah satu barang yang membuatkan Mat Indera kebal ialah dia memakai rantai babi tunggal. Sebab itu dia kebal. Orang islam pakat rantai babi tunggal pun Mat Sabu sokong, memang layaklah Mat Sabu berkawan dengan orang DAP.

Thursday 25 August 2011

JANGAN BERI PAS KEDAH MENANG LAGI

Umno menggesa rakyat Kedah supaya tidak memberi peluang kedua kepada pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui PAS sekarang kerana mendakwa ia dilihat tidak mampu melaksanakan amanah mentadbir negeri dengan baik.

Ketika membuat gesaan itu, ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mendakwa sejak tiga tahun lalu, rakyat Kedah tidak melihat sebarang usaha kerajaan negeri, untuk membangunkan prasarana dan pembangunan rakyat yang diharapkan.

Sebaliknya, kata beliau, program pembangunan dan juga prasarana yang dinikmati rakyat Kedah ketika ini rata-rata merupakan hasil dayausaha kerajaan pusat yang berhasrat membawa kesejahteraan kepada rakyat.

"Kita tidak nampak sebarang perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Mereka tidak mencari pelaburan luar untuk dibawa masuk ke Kedah demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita dalam satu persidangan media di Pokok Sena semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu peka mencari peluang pelaburan di negara luar untuk dibawa masuk ke Kedah bagi mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan sumber pendapatan negeri sendiri dan sekaligus generasi muda dapat mambangunkan negeri sendiri agar lebih maju.

Terdahulu Ahmad Maslah melawat tiga veteran Umno yang terlantar sakit dan menyampaikan sumbangan Aidil Fitri kepada 80 anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.

Turut serta ketua Umno bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan Skuad Sayang Wanita Umno Pokok Sena.



Ulasan saya senang sahaja UMNO Kedah nak menang. Bersatu semua tanpa mengira siapa jadi calon. Sebaliknya penyakit yang ada di Kelantan kini sudah berjangkit di kalangan para penyokong UMNO Kedah.


Kalau begini gayanya macam mana UMNO mahu menang di Kedah kalau para pemimpinnya bercakaran sesama sendiri. Ada setengahnya pula lebih suka PAS menang supaya sama-sama tak dapat jadi YB. Inilah mentaliti orang UMNO yang merosakkan BN sendiri.

Wednesday 24 August 2011

BIARLAH ANAK MAHATHIR YANG AMBILALIH EXXONMOBIL

Biarlah syarikat asing yang kuasai Exxonmobil asalkan orang Malaysia pun ada saham dalam syarikat asing itu. Tak payahlah pertikai kenapa orang luar dapat beli share Exxonmobil kerana orang Melayu jadi orang penting dalam syarikat minuman keras Filipina itu.

Tak payahlah bercakap tentang halal haram kerana sudah biasa orang Islam ada dalam share syarikat yang berurusniaga haram. Jangan marah kepada anak Mahathir yang jadi pemegang saham dalam SMC, kerana dulu ada pemimpin UMNO yang jadi pengerusi Genting.

Kebetulan kedua-dua menantu Tan Sri Noah Omar jadi PM Malaysia, Tun Razak dan Tun Hussein. Jadi kalau SMC yang kuasai Exxonmobil kita kena bersyukur kerana anak Dr. Mahathir adalah orang kuat SMC. Mungkin Exxonmobil membuat keputusan menerima SMC kerana menghargai jasa Dr Mahathir membangunkan Malaysia selama 22 tahun.


Persetujuan ExxonMobil untuk menyerahkan syarikat itu kepada San Miguel Corporation (SMC) terus dikecam oleh banyak pihak yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan transaksi itu meskipun keputusan tersebut telah dibuat seminggu lalu.

Ia kerana terlampau banyak persoalan dan pertikaian yang boleh dibangkitkan daripada keputusan penjualan kepentingan ExxonMobil kepada SMC.

ExxonMobil perlu menjawab persoalan mengapa memilih SMC sedangkan harga yang ditawarkan begitu murah jika benar Boustead Holdings Bhd. membuat tawaran keseluruhan sebanyak RM1 bilion.

Di manakah rasionalnya keputusan ExxonMobil itu sekiranya hak pemegang saham minoriti dinafikan?.
Malah, selaku agensi yang terlibat dalam pelaburan langsung asing, mengapakah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) meluluskan urus niaga tersebut?

Mengapakah syarikat luar didahulukan sedangkan sektor minyak dan gas adalah keutamaan Malaysia?
Sejak isu jual beli ini disiarkan, nampaknya tiada satu pihak pun, baik ExxonMobil mahupun MITI tampil untuk membuat kenyataan, sekali gus menyebabkan isu ini menjadi polemik di kalangan ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan industri.

Justeru, banyak pihak mengesyorkan supaya kerajaan segera campur tangan dalam urus niaga itu kerana tindakan sedemikian adalah dibolehkan.

Biarpun urus niaga itu dilakukan ketika ExxonMobil dan SMC dalam keadaan bersedia untuk menjual dan membeli namun tidak menjadi kesalahan sekiranya campur tangan itu dilaksanakan demi kepentingan hak pemegang saham minoriti dan melindungi kepentingan nasional.

Seorang penganalisis ekonomi yang enggan namanya disebut berkata, tidak menjadi kesalahan untuk kerajaan campur tangan apabila urus niaga itu mengenepikan kepentingan nasional.

''ExxonMobil memang sebuah syarikat asing tetapi kita jangan lupa operasinya di Malaysia menggunakan aset-aset dan kemudahan strategik negara.

''Terlalu banyak persoalan yang boleh menyebabkan ketelusan dalam proses jual beli ini dipertikaikan.
''Penjualan kepada SMC seolah-olah berlaku sabotaj dalam ekonomi dan situasi urus niaga cenderung kepada keadaan mencurigakan,'' katanya  di sini.

Malah, beliau turut mempersoalkan adakah MITI dan SC melihat urus niaga tersebut dalam perspektif nasional sebelum membuat sebarang kelulusan.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam (M) Bhd., Azrul Azwa Ahmad Tajuddin juga bersetuju sekiranya kerajaan menarik balik kelulusan yang telah diberikan kepada SMC.

Tegas beliau, penarikan itu wajar dilakukan kerana harga yang ditawarkan begitu rendah sebanyak 29 peratus daripada harga pasaran.

Justeru, beliau berkata, sewajarnya Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Bhd. (MSWG) segera meneliti dan membuat kajian terperinci.

Seorang pemerhati ekonomi berkata, kerajaan boleh campur tangan sekiranya ia mahu, apatah lagi isu ini semakin hangat diperkatakan.

''Urus niaga ini belum selesai, masih banyak cara untuk menariknya balik,'' katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan sekiranya campur tangan itu berlaku, ia akan menimbulkan perkara lain termasuk isu pampasan.

Mendengar hujah-hujah yang dilemparkan, isu penjualan Exxonmobil kepada SMC akan terus menjadi hangat kerana terlalu banyak pertikaian yang perlu dijawab.

Sektor minyak dan gas adalah nadi dan tonggak kepada ekonomi Malaysia.

Lebih utama, sanggupkah kakitangan Exxonmobil yang sedia ada bekerja di bawah syarikat minuman keras?
Sama ada kerajaan mahu atau tidak campur tangan dalam isu ini, itu adalah pilihannya tetapi seperti kata banyak pihak tidak ada salahnya untuk berbuat demikian atas alasan mendahulukan kepentingan nasional, melindungi hak pemegang saham minoriti yang terdiri di kalangan rakyat Malaysia dan kelangsungan kakitangan Exxonmobil.

Monday 22 August 2011

BUAT APA LAYAN ORANG GILA

Buat apa UMNO Selangor layan orang gila. Semua orang tahu Cikgu Pa pernah gila selepas kalah pada pilihanraya umum 1978. Siapa tak gila kalau dalam BN pernah jadi setiausaha parlimen tiba-tiba bila PAS ditendang keluar dari BN, dia hilang jawatan itu dan kalah pilihanraya pula.

Kerana dia ada sijil gila ini, maka tak perlulah Datuk Mohd Zin layan Cikgu Pa. Memang dia gila kerana dia tuduh  JAIS buat serbuan di atas gereja kerana arahan UMNO. JAIS tidak kena mengena dengan UMNO kerana ia di bawah kerajaan negeri. Datuk Dr Hassan Ali pun Exco dia bukannya Exco UMNO.

Hanya orang gila macam Cikgu Pa saja yang sanggup melihat umat Islam dikristiankan di Selangor. Sebab itu dia tuduh UMNO di belakang serbuan gereja kerana dia mahu lebih ramai umat Islam dikristiankan di negeri Selangor Darul Kristian.


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mempertahankan dakwaannya Umno mendalangi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Malah, tegasnya, beliau tidak akan memohon maaf secara terbuka seperti yang dituntut Umno Selangor pada 16 Ogos lalu.

pas muktamar 130610 mustafa ali"Saya berpegang kepada kenyataan saya, tidak akan minta maaf," kata Mustafa dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas kenyataan setiausaha badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed hari ini bahawa pihaknya akan memulakan proses saman fitnah RM10 juta terhadap setiausaha agung PAS itu.

Mohd Zin dilaporkan berkata pihaknya akan berbuat demikian ekoran keengganan Mustafa untuk memohon maaf secara terbuka seperti yang dituntut Umno Selangor itu.

Umno Selangor, katanya, melantik Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak untuk menjalankan proses perundangan itu yang disifatkan "adalah yang terbaik untuk mempertahankan maruah Umno Selangor".

Peguam Abu Bakar Isa Ramat berkata notis peguam akan dihantar kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat dan saman akan difailkan selepas tempoh tujuh hari bekerja di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Mohd Zin berkata selain Mustafa, pihaknya dan peguam yang dilantik juga sedang meneliti untuk menamakan beberapa pihak lain dalam notis saman itu nanti.

Pada 15 Ogos lalu, Harakah melaporkan Mustafa menyeru pemimpin dan anggota PAS supaya tidak terjebak dalam 'perangkap' Umno dalam isu JAIS dan gereja.

Beliau mendakwa mendapat maklumat 'dalaman' JAIS bahawa Umno ada peranan dalam operasi JAIS di Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya pada 3 Ogos lepas.

Saturday 20 August 2011

HEBAT SANGATKAH AZMIL?

Siapa tak kenal dengan Azmil Mustafa pelakon Mekanik ini? Dahulu bukan main dia hebat masa dia jadi artis. Bila dia bertaubat, dia pulak kutuk orang dan menghasut  rakyat benci Yang di Pertuan Agong.

Hebat sangatkah ilmu Azmil sehingga dijemput beri tazkirah? Kalau nak jadi pendakwah pun, jangan kutuk orang dan kafirkan kerajaan. Mentang-mentang awak sudah bertaubat janganlah sesuka hati kafirkan orang. Dahulu awak lagi hebat masa jadi artis.

Allah maha pengasih dan penyayang. Allah juga maha pengampun. Saidina Umar AlKhatab asalah seorang penzina, peminum arak,pembunuh bayi perempuan tetapi selepas beliau bertaubat beliau tidak kutuk orang.

Janganlah selepas awak bertaubat, Azmil, awak anggap orang lain semua lekeh. Tak semestinya orang yang siang malam solat dan beramal ibadat masuk syurga. Banyak kisah sudah kita dengar bagaimana seorang alim di akhir hayatnya terpengaruh dengan hasutan iblis sehingga beliau masuk neraka.

Oleh itu jangan riak dengan ilmu yang kamu baru belajar kerana semua orang tahu sejarah silam awak.Berdakwahlah secara berhemah dan bukannya mengutuk orang itu tak betul, orang ini salah.

Pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustapha berkata, tazkirah yang disampaikannya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, kelmarin adalah bersandarkan kepada ayat-ayat al-Quran.


Menurutnya, antara perkara disampaikannya adalah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu.

Beliau seterusnya menafikan ada mengkafirkan kerajaan dan menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah sebelum solat sunat tarawih di masjid itu.

Pelakon filem Ali Setan dan Kepala Angin itu terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid itu, Mohd. Sani Nasib di Balai Polis Kampung Baru Subang pada pukul 11.30 pagi semalam yang mengatakan dia ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan apatah lagi mahu menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ia tiada kena mengena dengan politik.

"Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, setakat ini, siasatan kes berkenaan masih lagi di peringkat awal dan dia meminta orang ramai memberi peluang kepada polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci.

"Dalam siasatan, kita memang akan panggil siapa yang berkenaan termasuk Azmil dan beberapa individu.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh mendedahkan semua maklumat terperinci seperti bila dan di mana sesi merakam percakapan itu akan dilakukan. Biar pihak polis jalankan siasatan dulu," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Sani Nasib memaklumkan bahawa adiknya, Mohd. Shafie mempunyai pita rakaman kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan Azmil dalam satu tazkirah di masjid berkenaan malam kelmarin.

Menurut Mohd. Sani, pita rakaman itu diserahkan oleh Mohd. Shafie kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, tindakan Azmil membuat penafian adalah dianggap sebagai menutup kesalahannya.

"Selain pita rakaman itu, terdapat puluhan jemaah yang boleh dijadikan saksi berhubung kenyataan Azmil," katanya.

"Biarlah, dia mahu menafikan dan kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya.

Friday 19 August 2011

TAK PERLU TERGESA-GESA BUBAR PARLIMEN

Kerajaan BN tak perlu tergesa-gesa bubarkan parlimen kerana masa masih ada dua tahun lagi.Perdana Menteri tak perlu mandat baru kerana tempoh parlimen sekarang tamat pada tahun 2013.

Sudah menjadi kelaziman parlimen dibubar setiap empat tahun sekali selepas tahun 1974. Selepas pilihanraya 1974, parlimen dibubar pada tahun 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008. Kecuali  1995 dan 2004 genap lima tahun parlimen dibubar.

Justeru itu tak perlu kerajaan adakan pilihanraya umum pada bulan November ini atau April 2012.

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya.

Perdana menteri berkata kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

"Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato'
Onn hari ini.
Najib yang juga presiden Umno berkata bentuk-bentuk penambahbaikan pilihan raya akan dibincangkan dan ditentukan oleh semua wakil parti-parti politik yang menyertai jawatankuasa tersebut.

Ditanya mengenai pendirian pembangkang yang belum membuat keputusan untuk menyertai jawatankuasa itu selagi belum melihat terma rujukannya, Najib berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan merupakan tawaran yang ikhlas daripada pihak kerajaan supaya setiap keputusan dapat dibuat secara konsensus.

"Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya.

Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti.

Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini.

Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.

"Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya.

Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti.

Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Pada Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini.

Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.
Najib juga berkata Majlis Tertinggi Umno menyokong keputusan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut tetapi tidak bererti mereka mengakui terdapat kelemahan yang besar pada kesahihan pilihan raya di negara ini.

"MT nak tegaskan demokrasi berparlimen adalah prinsip perjuangan Umno selama ini. Kesahihan pilihan raya tidak seharusnya dipersoalkan sebab kita telah buktikan tiada manipulasi dalam pilihan raya sama ada dari segi undi yang
dilakukan atau senarai daftar pemilih," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa terdapat beberapa individu yang menjadi penduduk tetap dan tersenarai sebagai pengundi dalam masa yang singkat, Perdana Menteri berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat penjelasan mengenai kes tersebut.

"Mungkin ada individu-individu yang boleh jadi pertikaian tapi kita minta SPR buat penjelasan tentang kedudukan nama-nama tersebut memandangkan kecenderungan pembangkang membangkitkan nama-nama mereka," katanya.

Thursday 18 August 2011

PELIK JUGA MAT SABU

Pelik juga Mohamad Sabu. Dia tuduh UMNO pula mainkan isu murtad sedangkan yang buat sidang akhbar memeriksa gereja di Petaling Jaya ialah Datuk Dr Hassan Ali ialah orang PAS.

Dr Hassan orang UMNO ke? Dia kan Exco Agama kerajaan Pakatan Rakyat. Kenapa tak minta penjelasan daripada beliau? Kenapa tuduh UMNO pula jadi dalang? Kalau begitu marahilah Dr Hassan yang jadi alat UMNO (kalau benar UMNO jadi dalangnya).

Patutnya Mat Sabu ucap terima kasih kepada keberanian Dr Hassan Ali memeriksa gereja itu? Atau Mat Sabu lebih suka ramai orang Islam masuk Kristian kerana dasar kerajaan Pakatan Rakyat tidak mahu Islam jadi agama rasmi negara? Mengucaplah Mat Sabu.

Isu murtad dan proses Kristianisasi yang dipelopori oleh media arus perdana milik Umno-BN adalah sekadar untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

NONESehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya tidak mempercayai propaganda Umno pada masa ini yang kononnya menampakkan kumpulan tersebut membela Islam.

“Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/ BN berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting?

“Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA,” katanya yang dipetik oleh Harakahdaily.

Sejak kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu yang dikaitkan dengan laporan murtad, rakyat saban hari disajikan dengan ledakan pelbagai bukti oleh media dan blog-blog pro-Umno.

NONERabu lalu, satu laporan yang didakwa ditulis oleh seorang pegawai kanan JAIS berhubung pemeriksaan di premis gereja itu telah disebarkan di internet mankala klip video berhubung kejadian berkenaan juga telah dimuat-naikkan.

Meskipun laporan rasmi belum dikemukakan kepda Sultan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, namun nama penuh dan kad pengenalan 12 orang Islam yang dikatakan hadir di majlis makan malam itu juga telah disenaraikan.

Begitu juga dengan bukti-bukti lain termasuklah kertas soal-selidik dan jumlah wang yang dibekalkan, dan lagu-lagu yang didakwa dinyanyikan pada malam berkenaan.

Bagi pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, lebih mencurigakan tindakan itu disusuli dengan demonstrasi yang dilakukan oleh Senator Umno Mohamad Ezam Mohd Nor yang diadakan di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk membawa penyapu tandas, mangkuk tandas untuk dihantar ke pejabat menteri besar.

“Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses Kristianisasi yang dilakukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?” soal Tuan Ibrahim dalam kenytaan medianya semalam.

NONEBagi pemimpin PAS, tindakan itu hanya menguatkan lagi perasaan curiga mereka bahawa dakwaan usaha pengkristianan di negara ini sebenarnya didalangi oleh Umno sebagai modal politik.

Mengulas isu itu, Mohamad Sabu semasa merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau, Temerloh semalam berkata pergantungan Umno sekarang hanyalah kepada orang Melayu setelah mereka tidak yakin lagi untuk meraih majoriti undi bukan Melayu sebab itulah mereka mainkan isu agama dan perkauman.

“Saya kalau nak beritahu, Umno kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis,” katanya.

Monday 15 August 2011

BUKAN SARANAN BARU

Pelawaan Nazri Aziz kepada DAP bukanlah perkara baru. Saya pernah mencadangkan supaya DAP menyertai BN dalam blog saya www.catatanzabidi.blogspot.com dahulu kerana kini masyarakat Cina telah memilih DAP mewakili mereka dan bukannya MCA atau Gerakan.

Tetapi DAP menolak kerana mereka anti perpaduan. Kalau DAP bersikap macam Gerakan pada tahun 1969, ia sudah sertai BN untuk kepentingan masyarakat Cina. Tunggulah BN menang lagi pilihanraya akan datang, bila MCA kalah semua kerusi, baru DAP menyesal tiada orang Cina jadi menteri.

Benarkah DAP parti berbilang kaum? Jika ia berbilang kaum, kenapa pada tahun 2008, ia tidak letak orang Melayu jadi calon DAP? Kalau tidak orang Melayu dari DAP sudah jadi MB Perak kerana perlembagaan Perak menetapkan hanya orang Melayu yang jadi MB.

Pemimpin DAP hari ini berikrar untuk berdiri teguh bersama sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan PKR - dan menolak pelawaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz untuk menyertai BN.

NONESetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata undangan Nazri datang secara tiba-tiba itu dan beliau tidak pasti motif beliau berbuat demikian.

"Kami berdiri teguh bersama sekutu kami dalam Pakatan. Kami adalah berbilang kaum. Mungkin MCA dan Gerakan telah hilang perwakilan masing-masing di kerusi-kerusi mereka, "katanya kepada pemberita di Pulau Pinang apabila diminta mengulas.

"Namun kedua-dua pihak itu hanya memperjuangkan satu bangsa, sementara kita mempertahankan hak semua rakyat Malaysia. Jadi persoalanan (DAP menyertai BN) tidak timbul," katanya.

Pelawaan Nazri itu disiarkan menerusi akhbar harian Cina Sin Chew Daily hari ini. Beliau yang ditemubual akhbar itu juga berkata, Gerakan - yang pernah menjadi pembangkang - telah dijemput untuk menyertai Perikatan pada tahun 1969.

Mengulas isu yang sama, ahli parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang berkata, sejak 45 tahun yang lalu, pemimpin DAP telah berusaha bersungguh-sungguh dan banyak berkorban demi kepercayaan politik mereka.

NONE"Pemimpin kami, ramai yang dianiaya dan didakwa di mahkamah, (ada) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".

Sesetengah mereka telah "dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan ada juga dihalang daripada bertanding selama lima tahun tetapi demi perjuangan mereka tabah dan bersabar bagi menegakkan hak semua rakyat Malaysia merentasi bangsa dan agama".

"Semua pengorbanan ini bukan untuk DAP bagi menggantikan MCA dalam BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Hanya politik baru dan penghindaran dari politik 'pecah dan perintah' mengikut garis etnik dan mementingkan diri sendiri... boleh menyelamatkan Malaysia."

Sunday 14 August 2011

PULAU PINANG TIDAK SENSITIF TERHADAP AGAMA ISLAM

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) melarang masjid dan surau menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di negeri itu tidak akan berlaku jika kerajaan negeri Pulau Pinang sensitif terhadap agama Islam.

zahid hamidi wavingBeliau berkata, perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam.

"Saya amat dukacita fatwa yang dikeluarkan oleh JHEAIPP yang selama ini tidak ada sebarang kajian dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai larangan itu," katanya kepada pemberita di Bagan Datoh hari ini.

Ahmad Zahid berkata, larangan yang dikeluarkan oleh JHEAIPP itu adalah arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang seharusnya merujuk fatwa itu kepada Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua agama.

Katanya, apa yang dikhuatiri sekarang ialah larangan tersebut akan menjadi ikutan kepada negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

azlan"Biarpun kita menghormati agama lain, sebagai sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, amalan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara harus dihormati," katanya.

Beliau berkata, "dalam soal agama dan bangsa, jangan harus berbeza pendapat walaupun mempunyai fahaman politik yang berlainan, kita harus bersama dalam menegakkan syiar Islam.

"Mereka yang menjadi pemimpin parti politik hendaklah senada memberikan pendapat, jauh sekali memberi pendapat politik sebagai fatwa Islam," katanya.

Friday 12 August 2011

SUMPAH EZAM PERANG HABIS-HABISAN



Bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor bersumpah untuk melancarkan "perang habis-habisan" ke atas portalMalaysiakini yang didakwanya sebagai "ejen" kepada "pengkhianat Islam".

NONE"Kita sedia berperang dengan mereka," katanya lagi dalam satu perhimpunan yang diadakan selepas solat Jumaat di masjid negeri Selangor, Shah Alam hari ini.

Perhimpunan anjuran kumpulan Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu.

"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini,Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

"Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," katanya lagi di perhimpunan yang turut diketuai ahli parlimen bebas, Zulkifli Noordin dan exco pemuda Umno Lokman Noor Adam (bawah).

Perhimpunan itu juga diadakan bagi mempertahankan agama Islam kerana "kita bukan jenis yang sanggup gadai agama Allah untuk undi," kata Ezam.

NONEDalam masa yang sama, Ezam menegaskan bahawa beliau tidak ada masalah dengan orang bukan Islam, termasuk exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong.

"Kita tidak ada masalah selagi mereka sanggup hormati kepentingan kita.

"Kepada yang kurang ajar, yang biadap kepada kepemimpinan Islam -- tidak ada pilihan lain melainkan perang terhadap mereka," katanya lagi di hadapan lebih 200 orang yang hadir di perkarangan masjid berkenaan.

Kumpulan berkenaan turut membawa beberapa sepanduk, antaranya dengan slogan anti-pemimpin Pakatan, termasuk ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Sementara itu, Zulkifli dalam ucapannya di perhimpunan tersebut turut meminta wartawan Malaysiakini supaya "bertaubat" dan berhenti daripada daripada menjadi "barua" kepada pihak yang didakwanya sebagai "musuh Islam."
NONE"Saya nampak wakil daripada Malaysiakinidan Malaysian Insider di sini. Saya nak beritahu mereka, terutamanya yang Islam supaya bertaubat," katanya lagi.
Zulkifli yang juga seorang bekas pengikut Anwar turut mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang didakwa berlaku di gereja Damansara Utama Methodist Church.
Bercakap kepada media selepas itu, Zulkifli berkata beliau merancang untuk membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas gereja terlibat "sebab kita ada maklumat sahih bahawa ini gereja haram."
Kumpulan berkenaan turut membawa beberapa sepanduk, antaranya dengan slogan anti-pemimpin Pakatan, termasuk ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Tidak ramai anggota polis dilihat berkawal di perhimpunan yang berlangsung kira-kira setengah jam itu.

Thursday 11 August 2011

IBRAHIM ALI LAWAN DR. CHUA?

Oleh kerana Perkasa menyokong UMNO, maka Ibrahim Ali dijangka tidak akan mempertahankan kerusi Pasir Mas yang ditandingi oleh UMNO. Presiden perkasa itu dijangka bertanding melawan calon BN yang ditandingi oleh MCA atau MIC atau Gerakan.


Oleh kerana Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek banyak menentang Perkasa yang memperjuangkan hak orang Melayu, maka Ibrahim Ali wajar bertanding di parlimen Tanjong Malim menentang Dr Chua.


Dr Chua tidak akan kembali ke kawasan lamanya di Labis kerana ia kini diwakili oleh anak lelakinya.  Oleh itu pertembungan Ibrahim Ali dengan Presiden MCA akan menyebabkan para pengundi Melayu yang merupakan majoriti pengundi Tanjong Malim serba salah sama ada mahu mengundi BN atau calon Bebas yang diwakili oleh Presiden Perkasa.


Kalau Presiden MIC, Samy Vellu boleh kalah di Sungai Siput, orang Melayu akan menghukum Dr Chua Soi Lek di Tanjong Malim dengan syarat UMNO tak payah berkempen kepada pelakon seks Dr Chua itu. Kalau BN menentang Anwar Ibrahim kerana skandal seks, maka para pengundi UMNO di Tanjong Maim perlu mengalahkan Dr Chua yang terlibat dengan sknadal seks juga.


Ahli parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali tidak risau dengan hasil satu kajiselidik yang menunjukkan beliau mungkin kehilangan kerusi Pasir Mas di Kelantan ekoran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONEDalam reaksinya, presiden PERKASA itu yang membatalkan rancangan perhimpunan anti-BERSIH pada saat-saat akhir, memberitahu penyelidik tersebut "boleh jalan lah".

"Siapa dia, yang tahu saya kalah... boleh jalanlah," katanya dalam teks mesej kepada Malaysiakini semalam.

Ibrahim (kiri) diminta mengulas dakwaan pensyarah Universiti Monash, Wong Chin Huat bahawa beliau mungkin gagal mempertahankan kerusi Pasir Mas untuk kali keempat, selepas perhimpunan BERSIH 2.0 lalu, kerana mendakwa pengundi beralih kepada Pakatan Rakyat.

Berdasarkan kepada data demografi dan pilihan raya, Wong berhujah Pakatan berpeluang memenangi 100 kerusi di peringkat pusat dalam pilihan raya umum akan datang, dengan BN kehilangan 20 hingga 30 kerusi yang dimenanginya dengan majoriti tipis pada 2008.

Wednesday 10 August 2011

PERKASA PATUT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS


Perkasa patut bertanding di kawasan MCA, MIC, Gerakan untuk lihat sejauh mana parti komponen BN itu yang mengkritik hak istimewa orang Melayu diterima oleh para pengundi Melayu.Perkasa wajar bertanding sebagaicalon Bebas. Selama ini MCA,MIC dan Gerakan menang di kerusi Melayu.


Orang Melayu patut mnghukum MCA, MIC  dan Gerakan kerana mereka melukakan perasaan orang Melayu dengan mngundi calon Bebas yangditaja  oleh Perkasa.


 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi amaran kepada parti politik tempatan bahawa mereka akan kehilangan undi Melayu sekiranya terus mempersoalkan perkara berkaitan hak bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa yang kini mempunyai kira-kira 1,000 ahli di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) selain 3,000 hingga 5,000 ahli di setiap kawasan Parlimen tidak akan sesekali memberi undi kepada parti politik yang melanggar semangat Perlembagaan itu.

"Jangan nanti Perkasa dipersalahkan apabila tidak menyokong calon-calon daripada Gerakan, MCA atau MIC akibat mereka mengkritik pendirian Perkasa yang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Parti-parti politik ini juga diingatkan supaya tidak menuntut perkara-perkara yang terkeluar daripada kerangka Perlembagaan negara," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS), hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bebas, Tan Tee Beng yang menasihatkan Barisan Nasional (BN) supaya menggugurkan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon daripada senarai calon pada pilihan raya umum akan datang sekiranya BN ingin memenangi kembali Pulau Pinang daripada DAP.

Thursday 4 August 2011

SIAPA KADIAK?

Siapa Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang berkata kononnya tidak ada kebebasan bersuara dalam UMNO sekarang? Beliau dipanggil Kadiak bekas Menteri Penerangan dalam kabinet Dr Mahathir. Bila Pak Lah jadi PM beliau digugurkan dari kabinet.

Beliau dulu bekas timbalan menteri yang menyokong Ku Li menentang Dr Mahathir pada tahun 1987.Bila Team B kalah beliau orang pertama menemui Dr Mahathir menangis kononnya menyesal sokong Ku Li. Akhirnya dia dapat semula jawatan  timbalan menteri dan akhirnya Dr Mahathir menaikkan  pangkatnya sebagai Menteri Pelancongan.

Sekarang ini bila Kadiak tiada jawatan dia kata tiada suara dalam UMNO. Sedangkan sewaktu dia  ada jawatan dia tak bersuara pun.Boleh terima ke orang macam ini?Oleh itu tak perlu risau kalau Kadiakmasuk NGO Ku Li.Kalau najib offer dia jawatan dalam kerajaan,orang seperti ini yang akan tinggalkan Ku Li.

Orang macam Kadiak ini hanya pentingkan diri sendiri saja. Oleh itu UMNO tak perlu bimbang orang seperti Kadiak menyalak.