VaultSafeUall

Wednesday 26 October 2011

KHALID TIDAK TERBUKA

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang adalah seorang tenang, bersikap sederhana dan yang paling penting, bebas dari sebarang pengaruh politik.
Laporan tahunan beliau adalah “senjata” yang kerap digunakan oleh pembangkang untuk menyerang BN di atas isu-isu ketirisan dan pembaziran di peringkat Persekutuan mahupun negeri.
NONENamun tidak ada pihak di dalam BN yang mempertikaikan kewibawaan beliau, mahupun kecenderungan politiknya.
Walau pedas mana pun teguran dan pendedahan dibuat, laporan Ketua Audit Negara saban tahun diterima dengan baik dan tanpa masalah oleh Putrajaya.
Justeru, amat mengejut dan mendukacitakan apabila Ambrin menjadi sasaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Selasa lalu, semata-mata kerana laporan terbaru Jabatan Audit Negara mendedahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) menanggung kerugian RM122 juta ringgit tahun 2009.
Rumusan Ambrin bahawa kerugian antara lain disebabkan KDEB terpaksa menanggung kos program air percuma 20 meter padu untuk rakyat Selangor mengundang kritikan terbuka Khalid terhadap Ketua Audit Negara itu.
“Kerajaan (negeri) faham jika polisi pemberian terus kepada rakyat ini janggal kepada Ketua Audit Negara dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain,” Khalid dipetik berkata dalam satu kenyataan.
NONETuduhan Khalid bahawa Ambrin “janggal” dengan dasar-dasar kerajaan pimpinan beliau, bukan sahaja tidak professional dan bersifat bongkak, malah tidak mencerminkan kebertanggungjawaban seorang pemimpin negeri.
Ungkapan janggal itu membawa maksud sama ada Ambrin tidak arif dalam memperinci penyata kewangan KDEB atau pun beliau tidak memahami pengurusan kewangan syarikat itu.
Lebih buruk jika Khalid cuba memberi gambaran kononya Ambrin tidak menggunakan standard operation prosedur (SOP) dalam menjalankan tugas beliau.
KDEB adalah syarikat pelaburan milik penuh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh Khalid selaku Menteri Besar.
Dengan modal berbayar lebih RM260 juta dan jumlah pelaburan beratus juta ringgit dalam pelbagai sektor, KDEB menjadi pengukur dasar-dasar pengurusan dan ketelusan yang dicanang oleh Menteri Besar dan barisan exconya.
azlanSelepas mencatat keuntungan 2007-2008, prestasi KDEB berubah suram apabila ia menanggung kerugian RM122 juta tahun 2009.
Anak-anak syarikatnya KDEB menanggung kerugian antara RM1.08 juta sehingga RM139.23 juta, menurut akaun syarikat itu. Jumlah perbelanjaan jauh melebihi pendapatan.
Perbelanjaan yang paling besar ditanggung KDEB adalah pembiayaan skim air percuma sebanyak RM131.47 juta pada tahun 2009.
Selain itu, perbelanjaan penajaan gaji Persatuan Bola Sepak Selangor yang tinggi pada tahun 2009 yang berjumlah RM4.11 juta turut menjadi faktor KDEB mengalami kerugian.
Syarikat pelaburan itu yang dipengerusikan oleh Khalid juga menanggung pelbagai belanja am dan pentadbiran yang tinggi seperti gaji dan upah, perbelanjaan peruntukan susut nilai, yuran guaman, duti setem, bonus, manfaat percutian dan pelbagai belanja yang berjumlah RM10.12 juta.
azlanKhalid nampaknya begitu sensitif apabila kerugian syarikat emas KDEB dikaitkan dengan program air percuma, justeru beliau mengkritik Amrin secara licik namun tajam.
Namun hakikat ialah Khalid tidak menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Amrin mengenai program air percuma. Contohnya:
Mengapakah KDEB menanggung hutang pinjaman RM200 juta daripada kerajaan negeri bagi membiayai program air percuma itu. Program itu seharusnya dibiayai terus oleh Perbendaharaan Negeri setelah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor.
“Pinjaman KDEB daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk membayar kos Program Air Percuma adalah tidak wajar kerana KDEB perlu berhutang dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan berkenaan,” kata Amrin dalam laporannya.
Kenyataan Khalid bahawa tidak timbul soal KDEB rugi akibat program air percuma kerana, menurut beliau, skim itu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri adalah mengelirukan.
kumpulan darul ehsan berhad kdebJika itu alasan Khalid, beliau harus menjelaskan kenapa Kerajaan Negeri meluluskan pinjaman RM200 juta dengan faedah empat peratus setahun untuk KDEB membayar Syabas.
Jika benar kerajaan negeri memulangkan hasilnya kepada rakyat, kenapa KDEB perlu berhutang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan program itu?
Jelas ada sesuatu yang janggal di sini. Namun yang patut membuat penjelasan ialah Khalid dan bukannya Ambrin.
Satu lagi persoalan, jika program air percuma bukan antara punca kerugian KDEB, Khalid selaku pengerusi syarikat harus memperinci faktor yang menyumbang kepada keadaan itu.
Beliau perlu menjelaskan kenapa KDEB menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat termasuk untuk bayaran bonus dan manfaat percutian sedangkan prestasi syarikat begitu muram pada tahun 2009.
NONEMalangnya, Khalid tidak berbuat demikian dalam kenyataan medianya, Selasa lalu.
Sebaliknya beliau hanya sekadar berpaut kepada slogan lama bahawa pengurusan kerajaan negeri “telus dan mengikut prosedur yang diperuntukkan.”
Janggal – prestasi sebuah syarikat seperti KDEB boleh merudum begitu cepat, sekali pun menerima sentuhan Khalid dan pengalaman luasnya di sektor korporat.
Ya, Janggal sekali.

Ulasan saya, ini bermakna MB Selangor tidak terbuka sifatnya. Ketua Audit Negara bukan orang politik. Justru itu teguran beliau perlulah diambil secara serius. Malah setiap kementerian yang ditegur akan ambil tindakan untuk baiki lagi prestasi mereka untuk tahun seterusnya.Jadi janganlah anggap teguran itu untuk menjatuhkan sesiapa.

Tuesday 25 October 2011

APA KOMEN DAP?

Exco hal ehwal agama Islam Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS tidak perlu menang di peringkat parlimen untuk membolehkan parti itu melaksanakan hudud.

Sebaliknya, Umno hanya perlu memberi laluan untuk membolehkan undang-undang itu dilaksanakan, katanya dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.

NONE"Sekarang ini kita tidak perlu menang di peringkat parlimen. Kalau Umno bagi laluan sekarang pun kita boleh pinda (akta yang menyekat pelaksanaan hudud). Tak ada masalah," katanya.

Pindaan berkenaan adalah ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), 1998 yang sekadar memperuntukkan kuasa kepada mahkamah berkenaan untuk menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

"Itu yang kita minta dengan penuh rendah hati kepada pemimpin BN supaya menimbangkan hasrat kita.

"Kita tidak perlu tunggu pilihan raya. Kalau sekarang dia bagi laluan, tidak ada masalah," katanya lagi.
Terdahulu, dalam wacana "Hudud: Dilema dan Pelaksanaannya" itu, Mohd Amar berkata masalah yang dihadapi PAS sekarang ialah kerajaan BN yang tiada tekad politik untuk menjayakan hudud.

"(Sedangkan) kita bukan minta untuk laksanakan di Malaysia tetapi supaya buka laluan supaya boleh dilaksanakan di Kelantan," katanya.

Tanpa pindaan perlembagaan

Malah, kerajaan negeri juga telahpun memulakan kajian untuk membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan tanpa pindaan perlembagaan.

Satu jawatankuasa teknikal telah dibentuk kerajaan negeri bagi usaha itu dan hasilnya akan dikemukakan kepada kerajaan persekutuan, katanya lagi.

NONEBagaimanapun, belum ada sebarang pertemuan diadakan di antara menteri besar dan perdana menteri untuk membincangkan perkara itu, katanya lagi.

"Kita nak tengok penemuan oleh jawatankuasa teknikal. Bila jawatankuasa dah (kenalpasti masalah), masa itu baru Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) boleh jumpa dan berbincang dengan perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak).

"Sekarang ini belum ada (perkara) untuk bincang nak jumpa buat apa?" katanya lagi dalam sidang media tersebut.

Jelasnya, Kelantan mengambil sikap berhati-hati dalam isu ini kerana telah diancam oleh kerajaan persekutuan pada 1993 apabila PAS menyatakan kesediaannya untuk melaksanakan undang-undang tersebut.

Katanya, perdana menteri pada waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengancam untuk mengambilalih kerajaan Kelantan melalui undang-undang darurat.

Ridhuan Tee belum nampak kesediaan
"Maka kita bimbang juga. Kita pernah ada pengalaman dengan Umno mereka pernah 'memagerankan' Kelantan tahun 1978 dulu.

"Sebab itu kita freekan gear. Tapi kita tak matikan enjin. Sebab itu kita rasa lepas pilihan raya itu lampu akan jadi hijau," katanya lagi.

NONESeorang lagi ahli panel dalam majlis wacana berkenaan, Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (kanan) turut mengulas mengenai peranan kerajaan pusat dalam pelaksanaan hudud.

Namun, Mohd Ridhuan berkata beliau masih belum nampak kesediaan untuk usaha itu "berdasarkan kepada perkembangan dan ucapan-ucapan (pemimpin BN).

"Tapi kalau bertanya kepada individu itu, saya rasa tidak ada yang menolak dengan jelas hukum Islam ini.

"Saya yakin orang Islam yang mengucap syahadah ini menerima undang-undang ini. Cuma mungkin ada kekangan tertentu, maka timbullah kenyataan sedemikian," katanya lagi dalam sidang media sama.

Seorang lagi anggota panel dalam majis wacana berkenaan ialah presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Abd Ralip.

Ulasan saya, kita tunggu omen DAP tentang hasrat PAS untuk laksanakan hukum hudud di Kelantan tanpa menunggu menang kerusi parlimen di Malaysia. Sehingga ini Karpal Singh belum lagi buat sebarang ulasan.

Adakah hukum hudud ini akan menyebabkan DAP keluar dari Pakatan Rakyat? Kalau Pakatan Rakyat berpecah menjelang pilihanraya umum ini ia akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang besar dalam pilihanraya.

Saturday 22 October 2011

APA DAH JADI DENGAN SAIFUDDIN?

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.

NONEMalaysiakini ternampak mesej teks beliau kepada Datuk Zaleha Kamaruddin pagi ini, di mana beliau berkata penggantungan itu adalah "memudaratkan".

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih
salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.

"Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya.

Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Kenyataannya itu mengundang kontroversi apabila beberapa pemimpin Umno termasuk media yang dikuasai mereka mendakwa tindakan itu cuba memburuk-burukkan institusi raja-raja Melayu sehingga tekanan dibuat bagi beliau digantung tugas.

Ulasan saya, orang politik tak payah campurtangan urusan Rektor UIA. Yang peliknya kenapa Saifuddin pula yang sibuk sedangkan menterinya, Datuk Seri Khaled Nordin tak campur pun.

Serahkanlah kepada Rektor UIA untuk jalankan siasatan. Ia baru gantung bukannya pecat.Biar tribunal buat keputusan sama ada Dr Aziz bersalah atau tidak.

Thursday 20 October 2011

HATI-HATI LETAK CALON PAYUNG TERJUN

Penonjolan lebih banyak muka baru selain mengekalkan calon berpengalaman yang masih mampu menang mungkin menjadi elemen penambahbaikan paling relevan dalam formula pengagihan kerusi bagi parti-parti komponen Barisan Nasional yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN baru-baru ini.
  
Secara logiknya, penambahbaikan itu akan menyaksikan perubahan dari segi bilangan kemasukan muka baru sebagai calon yang lebih banyak, selari dengan Program Transformasi Politik yang pelopori Najib, sekaligus memberi petanda kesediaan pimpinan sedia ada untuk mematangkan golongan pelapis.

Menurut pensyarah sains politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Shahrudin Badarudin, formula itu bagaimanapun tidak akan lari jauh daripada kaedah pembahagian kerusi yang telah digunapakai sekian lama, kerana itu simbol dan teras kekuatan muafakat antara parti komponen BN.

Beliau berkata Najib boleh mengurangkan atau menambah kerusi kepada mana-mana parti atas teras 'mampu menang' itu tetapi tidak akan mengambil risiko mengurangkan atau menambah terlalu banyak kerusi bagi sesuatu parti walaupun ini  boleh berlaku jika semua pihak berkompromi.
  
"Dari segi logik muafakat kuasa, dia takkan ambil risiko. Parti-parti komponen akan dapat hampir sama banyak seperti pilihan raya umum yang lepas, tetapi isunya ialah di mana akan berlaku pertukaran kerusi," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Shahrudin berkata terdapat kemungkinan besar peratusan bilangan muka baru akan bertambah bagi memastikan mereka bersedia untuk dijadikan sandaran sebagai pelapis untuk menggantikan tokoh-tokoh yang telah lama berkhidmat.
  
Beliau berkata berdasarkan beberapa pilihan raya kecil yang berlaku selepas pilihan raya umum yang lepas, kemungkinan besar calon-calon muka baru ini akan dinilai dari segi umur dan kesihatan, sebagai satu daripada kriteria memilih calon berprestasi tinggi.
  
"Kriteria ini penting supaya tidak mengganggu kelancaran pentadbiran. Kita tak nafikan kematian itu kuasa Allah tetapi adalah penting bagi Najib untuk menilai faktor-faktor ini bagi mengelak pilihan raya kecil," katanya.
  
Mengenai kemungkinan calon payung terjun, Shahrudin berkata, mereka ini kadangkala diperlukan jika kawasan berkenaan panas akibat perbalahan dalaman.
  
"Dari sudut calon payung terjun, akan ada pertelagahan baik dari kalangan parti komponen mahupun di dalam sesuatu parti itu sendiri mengenai siapa yang harus dicalonkan di dalam kawasan parlimen dan dewan undangan negeri, maka akan ada calon berpotensi menang yang 'dipayungterjunkan' dari kawasan luar dan bukan ahli politik," katanya.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata calon payung terjun masih relevan dalam meraih sokongan dan memastikan kemenangan, terutama sekali ketika landskap politik yang kian mencabar.
  
Beliau berkata calon payung terjun dari kalangan berpendidikan tinggi dan berpengalaman mampu memikul tanggungjawab melaksanakan tugas dengan berkesan terutamanya membantu kerajaan melicinkan usaha pembangunan.
  
"Kita perlu calon payung terjun dan ia tidak boleh ditolak sama sekali. Sebagai contoh, semasa saya menjadi perdana menteri, Tun Daim Zainuddin (bekas Menteri Kewangan) diangkat sebagai calon 'bidan terjun' kerana kita sedar dengan kemampuannya," kata Dr Mahathir.
  
Menyokong kenyataan tersebut, anggota pemuda Umno dari Hulu Klang yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi berkata, tidak dinafikan pertelagahan boleh menjadi antara faktor kejatuhan parti.
  
"Maka kita dapat lihat pada pilihan raya kecil, cubaan berani Datuk Seri Najib meletakkan calon yang muda, berpendidikan tinggi serta mempunyai latar belakang yang bersih, sehingga akhirnya membuahkan hasil apabila menerima sokongan padu masyarakat setempat," katanya.
  
Bagi anggota Majlis Kerja Tertinggi Belia 4B Badrul Hisham Badrudin pula, muka baru harus diberi lebih pertimbangan jika diambil kira trend beberapa pilihan raya kecil yang lepas.
  
Beliau berkata, trend itu turut dapat dilihat dalam pakatan pembangkang, sehingga ada antara mereka mampu menjadi ahli Parlimen dalam usia yang cukup muda.
  
"Sewaktu pilihan raya kecil yang lepas, calon-calon muda ini mendapat sokongan rakyat setempat kerana mereka mempunyai kredibiliti dan juga memenuhi kriteria sebagai 'winnable candidate' (calon mampu menang).
  
"Sama ada pembaharuan ini dapat diterima penuh dengan hati terbuka oleh pemimpin atasan tak kira dari mana-mana parti komponen, saranan PM berulangkali mengingatkan bahawa kita harus bersatu dan jangan sabotaj sesiapa saja yang akan dicalonkan," katanya.
  
Badrul Hisham melihat formula yang ditambah baik oleh Najib itu kelak mampu merangsang generasi muda lebih aktif mencurah bakti kepada masyarakat dan dapat menyaksikan hakikat bahawa BN siap sedia membuka peluang lebih besar kepada mereka dalam proses transformasi negara.

Ulasan saya, bila BN mahu letak calon payung terjun berhati-hatilah kerana bukan mudah mahu letak calon yang tidak dikenali oleh orang ramai kecuali calon itu sudah popular dalam NGO maka mudahlah dia diterima oleh ahli BN di kawasn berkenaaan.

Pada tahun 1982, Anwar Ibrahim dianggap calon payung terjun diletakkan sebagai calon BN di Permatang Pauh untuk merampas kembali kerusi itu dari tangan PAS. Tetapi Anwar sudah dikenali umum sebagai Presiden ABIM. Maka orang ramai tidak ada masalah untuk mengenalinya. Jika letak PTD atau PTN yang tidak dikenali umum memang agak sukar untuk BN menang.

Kita setuju jika tidak letak calon payung terjun maka BN khususnya UMNO akan ketandusan calon dari pegawai kerajaan kerana mereka terikat dengan perintah am yang tidak membolehkan mereka aktif dalam politik. Kita perlu juga pegawai kerajaan bertanding dalam pilihanraya tetapi pegawai itu kena turun padang dari awal supaya orang kampung kenali dia. Baru nak turun dekat pilihanraya sudah terlambat apatah lagi jika dia jadi pegawai kerajaan, dia sombong dengan rakyat.

Ahli-ahli UMNO yang sudah lama pegang jawatan di peringkat  Bahagian marah bila calon diambil dari kalangan luar. Kita perlu calon payung terjun tetapi biarlah calon itu bergaul dengan orang ramai lima tahun sebelum pilihanraya akan datang. Contohnya, selepas pilihanraya umum 2008, dia sudah bergerak ke kawasan itu melawat atas nama jabatannya buat program, kursus, seminar. Kalau last minute baru nak turun calon payung terjun itu akan kalah kerana ia bukan sahaja dipancang oleh ahli jawatankuasa bahagian dan ketua cawangan malah para pengundi akan memancungnya. 

Tuesday 18 October 2011

AGIH KERUSI BN TANPA IKUT KUOTA PARTI

Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bersedia mengetepikan kepentingan masing-masing termasuk menyerahkan kerusi tradisi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, percaturan BN pada PRU13 bukan semata-mata untuk mempertahankan kerajaan sedia ada, sebaliknya, mahu membentuk kerajaan dengan majoriti yang lebih besar.

"Jika dahulu kita hanya mempertahankan kerajaan, PRU13 nanti kita mahu membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga dan merampas semula negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang termasuk Kelantan.

"Justeru, saya melihat setiap parti komponen perlu berfikir di luar kepompong dan bersedia berkompromi dalam pengagihan kerusi supaya tidak lagi terikat dengan kaedah konvensional," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar 1Malaysia dan Ketahanan Nasional II Transformasi Negara anjuran Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Biro Tata Negara (BTN) di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya setiap parti komponen bersedia menyerahkan kerusi lazim bagi memastikan kemenangan besar pada PRU13 nanti.

Ahmad Zahid menambah, soal pengagihan kerusi tidak sepatutnya menjadi isu dalam kalangan parti komponen apatah lagi ketika pembangkang sedang mengatur strategi untuk ke Putrajaya.

Ulasan saya, pengagihan kerusi BN bukan berdasarkan kuota parti komponen wajar disokong. Contohnya jika letak calon MCA di kawasan majoriti Melayu, MCA boleh kalah, maka lebih baik letak calon UMNO kerana letak calon UMNO, BN boleh menang. MCA kena berkorbanlah kerana yang penting BN mahu menang dan bentuk kerajaan.

Kerusi MCA yang diambil UMNO itu boleh ditukar ke tempat lain. Kita lihat dasar PKR letak calon Melayu di kawasan MIC Teluk Kemang menyebabkan calon BN dari MIC kalah dan calon PKR orang Melayu menang. justru itu UMNO kena letak calon di Teluk Kemang dan bukannya MIC.

Kalau trend begini berlaku, mungkin kerusi MIC dan MCA makin kurang tetapi yang penting BN mahu menang dua pertiga dan bentuk kerajaan.

Sunday 16 October 2011

UIA PECATLAH PROFESOR KURANG AJAR

Pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, hari ini, menempelak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidasnya kerana mendakwa tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah adalah perlakuan kurang ajar.

NONE“Kata Mahathir saya bersifat kurang ajar, tidak bermoral terhadap raja-raja. Adakah beliau betul?

“Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993,” kata Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Sebagai mengimbas semula, kenyataan Aziz yang bertajuk “Ehhh....look who's talking?” menceritakan bagaimana pada 1983, Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, kuasa menggistiyharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri. Semua pindaan itu mencetuskan krisis, katanya.

mahathir at global leadership forum 070905 talkingMenurut Aziz lagi, pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.

“Semua pindaan itu juga menimbulkan krisis.

“Dalam kedua-dua peristiwa itu, beliau juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja (agar rakyat bangkit menyokongnya),” katanya.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-11 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Parit, semalam dilaporkan berkata tindakan Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

Ahkbar milik Umno, Utusan Malaysia juga memetik mantan perdana menteri itu berkata, walaupun ia mungkin tidak menyalahi undang-undang, tindakan Aziz yang enggan meminta maaf atas kesilapannya itu jelas bertentangan dengan prinsip moral.

“Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Mahathir.

conference of rulers majlis raja rajaBagaimanapun menurut Aziz, terpulang kepada rakyat menentukan siapa sebenarnya yang bersikap kurang ajar kepada raja-raja Melayu kerana umum tahu pendirian Dr Mahathir dan Umno yang seringkali tidak tetap dan akan memihak kepada keputusan yang menguntungkan mereka.

“Dua tahun lalu, dia (Dr Mahathir) kata OK bagi pihak Istana menyingkirkan (Menteri Besar Perak Datuk Seri) Nizar (Jamalauddin).

“Dan awal tahun ini pula, beliau berkata dirinya tidak pernah merampas kuasa sultan dalam pelantikan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) Selangor (selepas Sultan bertitah baginda tidak lagi mempunyai kuasa melantik SUK).”

azlanPada 11 Oktober lalu, kenyataan Aziz yang berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim mencetuskan kontroversi.

Katanya, tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam.

Berikutan itu,  pemimpin BN, khususnya Umno dan media-media miliknya  memperhebatkan bidasan mendesak Aziz memohon maaf dan dikenakan pelbagai tindakan kerana didakwa biadap dan derhaka kepada institusi raja-raja.

Ulasan saya,UIA pecatlah Prof Kurang Ajar, Dr Aziz bari. Kalau rektor UIA tak berani pecat Dr Aziz Bari, letak jawatanlah. Dia ingat dia hebat ke sebagai pakar perlembagaan?

Nik Aziz tak berani laksana hukum hudud di kelantan walaupun Dr Aziz kata ia kuasa kerajaan negeri. Ini menunjukkan Nik Aziz lebih cerdik dari Dr Aziz yang kononnya pakar perlembagaan yang mana Nik Aziz tahu ia adalah bidang kerajaan pusat.

Saturday 15 October 2011

JANGAN DABIK DADA

Umno Kelantan tidak gentar untuk menghadapi PAS sekiranya parti itu enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Umno Kelantan (dalam keadaan sedemikian) akan lebih berpeluang untuk merampas negeri itu.

"Kita dapat menumpukan sepenuh kekuatan yang ada jika ia dibuat secara berasingan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke kawasan peti undi Tanjung Jering di sini, Jumaat.

Beliau mengulas pendapat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam agar pilihan raya umum ke-13 diadakan pada masa paling hampir dengan tarikh akhir mandat kerajaan sekarang.

Pilihan raya umum ke-12 berlangsung 8 Mac 2008.

Menurut Mahathir ini bagi mengelakkan pakatan pembangkang yang menguasai empat negeri (Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah) tidak membubarkan DUN masing-masing.

Sehubungan itu Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata terserah kepada PAS Kelantan untuk membuat pilihan sama ada untuk membubarkan serentak atau sebaliknya kerana Umno tidak mempunyai masalah untuk menghadapinya.

"Kita sudah bersedia untuk menghadapinya sama ada sekarang atau dua tahun lagi", kata Ketua Umno Bahagian Bachok itu.

Beliau bagaimanapun tidak yakin PAS Kelantan akan mengadakan pilihan raya secara berasingan berasaskan beberapa faktor antaranya "kedudukan pengaruh mereka semakin hari semakin merosot dan kedudukan kewangan mereka semakin meruncing".

"Kalau mereka mengadakan pilihan raya serentak mereka tidak payah mengeluarkan belanja sampai dua kali," katanya.


Ulasan saya, tak payahlah BN Kelantan mendabik dada akan menangi kerusi parlimen kalau pilihanraya DUN dan parlimen di Kelantan tidak serentak.


Masalah dalaman dalam UMNO tak selesai. Ketua bahagian lebih suka BN kalah kerana dia ada peruntukan sebagai ketua bahagian. Jika BN menang, peruntukan yang ada pada ketua bahagian akan ditarikbalik. Sebaliknya ahli parlimen yang lebih berkuasa nanti kalau ketua bahagian tak dapat jadi calon.

Orang UMNO lebih rela PAS menang di Kelantan kerana ketua bahagian mewah dengan peruntukan. Sebab itulah BN tak perlu tumpu Kelantan dan Pulau Pinang pada pilihanraya umujm akan datang kerana sukar untuk menawan balik Kelantan dan Pulau Pinang.

Lebih baik BN tumpu rampas Kedah dan Selangor. Peruntukan yang ditabur ke Kelantan dan Pulau Pinang dihantar ke Kedah dan Selangor kerana lebih mudah tawan kedua-dua negeri itu.



Friday 14 October 2011

JANGAN ANGKUH PROFESOR KANGKUNG

Prof. Dr. Abdul Aziz Bari  bertegas tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya yang mempersoal titah peringatan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu cubaan memurtadkan umat Islam di sebuah gereja Ogos lalu.


Sebaliknya, beliau tetap dengan pendiriannya bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan dalam isu tersebut sebagai bukan sesuatu yang lazim dan tidak selaras dengan ajaran Islam walaupun pada masa sama, beliau sendiri mengakui hak mutlak baginda selaku Ketua Agama Islam negeri.

Namun, apabila ditanya kenapa beliau selaku pakar Perlembagaan tidak pula mempertikai pihak gereja meskipun tahu, cubaan menyebar agama Kristian kepada umat Islam salah mengikut Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, Abdul Aziz sekadar berkata, isu itu tidak timbul kerana tiada bukti.

"Minta maaf apa benda? Saya bukan derhaka, bukan saya mempertikaikan kuasa sultan pun. Saya kata apa yang dilakukan oleh Sultan Sharafuddin itu tidak tepat dan adakah itu derhaka? Tunjukkan kepada saya di mana kenyataan saya bersifat kurang ajar dan derhaka kepada sultan?

"Saya cuma tegur apa yang saya fikir tidak tepat. Jadi kenapa saya perlu minta maaf. Kita semua bukan maksum seperti nabi, mesti ada silap dan dalam negara demokrasi, institusi diraja juga tidak terkecuali daripada dinilai dan dikritik oleh rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selasa lalu, pensyarah Undang- Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka mempertikai titah peringatan Sultan Sharafuddin dengan mendakwa, tindakan Sultan Selangor tersebut tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam.

Sedangkan, selaku Ketua Agama Islam negeri, di bawah Artikel 47 dan 48 Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor 1959, baginda bukan sahaja mempunyai hak, malah bertanggungjawab bagi membela, mempertahan, mendaulat dan memartabatkan agama Islam di negeri Selangor.

Dalam perkembangan berkaitan, ditanya adakah kenyataannya yang mendakwa sesetengah raja melanggar garisan mereka dan membelakang Perlembagaan sebagaimana disiar portal berita propembangkang, Malaysiakini, pada Rabu lalu merujuk kepada Sultan Sharafuddin, Abdul Aziz menafikannya.

Katanya, beliau membuat kenyataan itu secara umum tanpa merujuk kepada mana-mana sultan tetapi pada masa yang sama memberi contoh, krisis politik di Perak pada 2009 membuktikan bagaimana raja telah bertindak melanggar garisan walaupun pada hakikat sebenar ia mengikut undang-undang.

Mengenai pandangan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin bahawa beliau seorang tenaga akademik yang propembangkang dan berpihak, Abdul Aziz turut menafikan pandangan tersebut dengan berkata: "Saya pro kepada kebenaran dan tugas saya mendidik,".

Sementara itu, Abdul Aziz yang berang dengan kecaman Zulkifli terhadapnya mencabar wakil rakyat Bebas berkenaan berdebat secara terbuka pada bila-bila masa dalam soal Perlembagaan Persekutuan, jika bekas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut merasakan dirinya lebih pakar dalam aspek Perlembagaan.

"Cabaran Zulkifli supaya saya meletakkan jawatan paling tidak siuman. Sepatutnya dia yang letak jawatan dan masuk bidang akademik. Kita tengok sejauh mana kepakaran dia dalam aspek Perlembagaan. Saya tidak berminat dengan politik tetapi sedia berdebat dengannya pada bila-bila masa," cabarnya.

Ulasan saya, janganlah terlalu angkuh Profesor Kangkung, Dr Aziz Bari. Kalau kamu benar pakar perlembagaan, kenapa Nik Aziz tak berani laksanakan hukum hudud di Kelantan sedangkan kamu sudah kata kerajaan pusat tak ada hak campurtangan dalam urusan agama kerana urusan agama adalah kuasa kerajaan negeri.

Oleh itu jangan mendabik dada kononnya kamu pakar perlembagaan. Kamu makan gaji dengan UIA milik kerajaan pusat. Jika tak setuju dengan kerajaan pusat, letak jawatanlah. Buat apa menghasut pelajar anda menentang kerajaan. Tak haramkah duit yang kamu makan beri anak-anak sedangkan kamu tentang kerajaan?

Wednesday 12 October 2011

WUJUDKAN KEMENTERIAN ZAKAT

Ahli parlimen Sri Gading, Datuk Muhammad Aziz mencadangkan supaya kerajaan mengwujudkan Kementerian Zakat.

Membahaskan bajet 2012 di Dewan Rakyat kelmarin, beliau berkata wang zakat hendaklah diurus seperti Tabung Haji.

"Panggil cerdik pandai macam Prof Ungku Aziz memikirkan bagaimana wang zakat diurus seperti Tabung Haji. Kalau perlu wujudkan Kementerian Zakat," katanya sambil melahirkan rasa kesal kerana umat Islam terpaksa mengemis dengan pihak lain untuk mendapat wang sara hidup sedangkan wang zakat banyak dikutip di seluruh negara.

Beliau juga meminta kerajaan memantau harga rumah yang melambung tinggi. Katanya, ini menyebabkan golongan muda yang baru bekerja menanggung hutang yang banyak kerana harga rumah yang melambung tinggi di bandar besar.

Sehubungan dengan itu beliau meminta kerajaan memantau harga rumah supaya pemaju perumahan tidak menindas rakyat.

Muhammad juga menyentuh tentang Mat Sabu. menurutnya, biarlah Timbalan Presiden PAS mahu mengagungkan komunis, itu adalah hak beliau.

"Biarlah orang PAS nak agungkan komunis, itu hak mereka. Tetapi janganlah sekali-sekali menghina pihak polis, tentera yang banyak berkorban sepanjang menentang pengganas komunis dahulu," katanya.

Beliau menambah biarlah apa pembangkang nak tafsir tentang Bajet 2012 asalkan kerajaan tunaikan apa yang dijanjikan dalam Bajet tersebut.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri yang membentangkan Bajet 2012 yang dianggap paling baik kerana memberi faedah kepada seluruh rakyat jelata, Muhammad berkata rakyat Seri Gading tahu berbudi bahasa dan mereka bukan lupa daratan dengan mengundi BN pada pilihanraya umum akan datang.

Saturday 8 October 2011

BILA MINDA SUDAH TERTUTUP

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bajet yang diumumkan kerajaan hari ini sebagai tidak realistik kerana tidak dapat menangani defisit belanjawan yang semakin bertambah.

Peningkatan defisit itu tidak pernah ditangani walau dalam bentuk perbelanjaan, kata Anwar lagi yang mengesyaki BN akan membentangkan satu belanjawan tambahan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

NONE"Jelas ia merupakan helah pilihan raya," kata ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi yang mendakwa sebahagian daripada pengumuman dalam bajet dibentangkan perdana menteri hari ini dicedok daripada bajet Pakatan Rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan bahawa defisit sejak 1998 itu dikurangkan ke kadar 4.7 peratus pada tahun hadapan.

Najib juga mengumumkan jangkaan pertumbuhan ekonomi akan kekal pada kadar 5 hingga 5.5 peratus tahun ini dengan peruntukan RM232.8 bilion untuk tahun hadapan.

“Tiada langkah efektif untuk menangani defisit dan angka tersebut tidak realistik," kata Anwar lagi.yang menambah, beliau akan membuktikan perkara itu.

"Cara mereka berbelanja tanpa pendapatan, dan mereka masih bercakap tentang defisit 4.7 peratus, berbanding apa yang kita cadangkan," katanya lagi.

Jumlah pelaburan luar negeri Malaysia mencatat kadar paling kukuh di rantau Asia dengan RM21.2 bilion direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Jika anda bercakap tentang kejayaan dalam pelaburan luar negeri, ianya banyak di Selangor dan Pulau Pinang (tetapi) itu tidak diiktiraf," kata Anwar.

Pakatan sebelum ini mengumumkan bajet berjumlah RM220 bilion untuk mengurangkan defisit ke kadar 4.4 peratus.

"Ini bukan cara sesuatu bajet dirangka," katanya yang turut membangkitkan bahawa isu ketelusan, rasuah, salahurus dan pembaziran tidak ditangani," kata Anwar.

Anwar juga berkata pengumuman Najib untuk menaikkan gaji dan elaun ahli parlimen juga tidak disokong oleh ahli dewan pembangkang.

Jelasnya kerajaan tidak sepatutnya memilih waktu rakyat mengalami kesusahan untuk menaikkan gaji dan elaun tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak bahawa pengumuman oleh perdana menteri hari ini akan menggembirakan rakyat, namun ianya perlu dilaksanakan dengan bertanggungjawab, kata Anwar.



Ulasan saya, bila minda sudah tertutup, PM umum sebaik mana pun bajet 2012 pembangkang tetap tidak menerimanya. Oleh itu PM tak perlu dengar sungutan pembangkang kerana rakyat sambut baik bajet 2012 yang dibentangkan beliau pada Jumaat lalu.


Para penyokong pembangkang tetap undi pembangkang walaupun mereka adalah  kakitangan kerajaan yang menerima skim gaji baru kerana minda mereka sudah ditutup. Mereka enggan melihat kenyataan yang dijanjikan oleh kerajaan BN  kerana yakin pembangkang sahaja yang mampu memerintah negara.


Saya yakin bajet 2012 dapat membantu Bn dalam pilihanraya umum akan datang terutamanya golongan pengundi di atas pagar.

Sunday 2 October 2011

BELUM BENTUK KERAJAAN SUDAH BERGADUH

Walaupun Pas masih bercita-cita untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini jika pakatan pembangkang menang pilihan raya kelak, sekutunya DAP pula mempunyai pendirian berbeza.


Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu tidak akan bersetuju pada bila-bila masa untuk melaksanakan hukum hudud termasuk yang pernah diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

“DAP menegaskan pendiriannya seperti dahulu iaitu, tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud jika parti pembangkang berjaya memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pindaan Perlembagaan untuk enakmen hukum hudud ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan harapan untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini jika pembangkang mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada PRU-13.

Jelas Menteri Besar Kelantan itu, pelaksanaan hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan masyarakat bukan Islam seharusnya tidak perlu risau.

Dalam pada itu, Karpal memberitahu, beliau tidak faham kenapa orang bukan Islam perlu membiarkan diri mereka diadili berdasarkan undang-undang syariah.

“Di samping itu, saya juga berharap Pas berpegang teguh pada resolusi yang diluluskan Muktamar Pas baru-baru ini dan tidak kembali kepada matlamat mahu menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

“Pas perlu memenuhi resolusi membentuk sebuah negara berkebajikan bagi menggantikan negara Islam di Malaysia,” ujarnya.

Beliau turut bersetuju dengan pandangan Pas sebelum ini bahawa pelaksanaan hukum hudud hanya akan menyebabkan pengundi hilang kepercayaan kepada pakatan pembangkang.

Ulasan saya, kalau belum bentuk kerajaan, DAP dan PAS sudah bergaduh, maka semua para pengundi yang bijaksana ambillah ikhtibar ini. Percayalah jika Pakatan Rakyat (PR) menang menawan Putrajaya, PAS terpaksa lupakan hukum hudud kerana sekutunya, DAP tak setuju.

Jika PAS tetap berdegil mahu laksanakan hukum hudud, maka DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR), maka tumbanglah kerajaan PR. DAP mungkin menyertai BN yang memang lebih pragmatik tidak mahu melaksanakan hukum hudud kerana kononnya ia tidak sesuai dalam masyarakat majmuk.