VaultSafeUall

Wednesday 18 January 2012

DR RANI KENA LETAK JAWATAN PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Dr Rani Osman yang tidak dilantik sebagai Exco baru menggantikan Datuk Dr Hassan Ali patut meletakkan jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.Di manakah letaknya maruah beliau sedangkan bukan Pesuruhjaya dipilih sebagai Exco baru, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Kalau di Jepun Dr Rani kena bunuh diri tapi sebagai orang Islam kita tak boleh bunuh diri. Jadi lebih baik beliau letak jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor sahaja dan serah jawatan itu kepada Dr Ahmad Yunus.

ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Hasan Ali yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.

NONEDr Ahmad Yunus yang juga pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - mengangkat sumpah sebagai exco di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pagi ini.

Ahmad menggantikan Hasan selepas beliau dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakan beliau yang merugikan parti itu.
Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa calon pilihan adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman tetapi menurut sumber beliau menolak pencalonan berkenaan.
Pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan yang sebelum ini dipegangnya.

NONEManakala portfolio mengenai hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam akan disandang oleh Abdul Khalid.
"Kami percaya YB Dr Ahmad Yunus ADUN Sijangkang boleh menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab.
Doktor perubatan

"Latarbelakang beliau sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat, boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai ahli MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) secara efisien dan profesional," kata Khalid.

Menyifatkan Dr Ahmad Yunus berpengalaman dalam bidang belia dan sukan, Khalid berkata rombakan kecil portfolio itu berkuatkuasa hari ini dan ia dilakukan bagi "memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan dengan lancar".

Pada masa yang sama, Khalid juga turut mengumumkan pelantikan ADUN Meru dan pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman sebagai pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL).

NONEManakala ADUN Bandar Baru Bangi Dr Shafie Abu Bakar pula dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan (PADAT), yang mana kedua-dua jawatan tersebut dipegang oleh Hasan sebelum ini.

Ditanya mengapa permilihan Dr Ahmad Yunus mengisi kekosongan kerusi exco itu, Khalid berkata pertimbangan itu dibuat berdasarkan atas "dasar kerja dan ia tidak bermaksud membelakangkan PAS".

"Keputusan melantik Dr Ahmad Yunus, Dr Rani dan Dr Shafie adalah keputusan yang dibincang... Kualiti perbincangan di antara kumpulan parti (dalam Pakatan) adalah 'rigorious'.

"Pelantikan Dr Yunus tidak bermaksud untuk membelakangkan PAS. Kita merujuk kepada PAS, bagaimana dengan (calon) ini... Kita berdiskusi dengan kepimpinan (PAS).

"Saya diberikan tanggngjawab untuk menentukannya... Saya rasa pelantikan Dr Ahmad Yunus dapat restu daripada kepimpinan PAS dan Dr Abd Rani," kata Khalid sambil menolak tanggapan pelantikan itu dibuat tanpa mengambil kira pandangan semua pihak dalam Pakatan.
Rombakan kecil

Malah, Khalid juga turut "bercakap" kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pelantikan Dr Ahmad Yunus sebagai exco kerajaan negeri yang baru.

NONEDitanya mengapa rombakan kecil di mana beliau sendiri memegang exco hal ehwal agama, Khalid  menegaskan peluang kepadanya untuk menyelesaikan perkara yang berkaitan pentadbiran hal ehwal Islam.

"Saya mengambil alih tugas berkenaan kerana Datuk SUK dan Datuk Penasihat undang-undang negeri (juga) adalah ahli Majlis Agama Islam (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Saya ambil alih kerana dapat mempengerusikan dan dapat melihat perkembangan dan pembangunan JAIS," katanya sambil berpendapat Dr Ahmad Yunus berpengalaman dan mampu mengambil alih daripada tugasnya sebelum ini.

Khalid juga menjelaskan jawatan Dr Abdul Rani dan Dr Shafie bukan bertaraf exco, dan tidak boleh menghadiri mesyuarat kerajaan negeri kerana kedua-dua tokoh tersebut tidak menerima watikah perlantikan daripada Sultan Selangor.

Dalam sidang media yang sama, Dr Ahmad Yunus duduk di sebelah Khalid berkata, beliau tidak menyangka akan dilantik menjadi exco menggantikan Dr Hasan.

NONE"Walaupun PAS pusat mencadangkan Dr Abd Rani sebagai penggantinya, tetapi (pemilihan saya) atas pertimbangan berdasarkan kerja. Saya tidak kata Dr Abd Rani tak boleh bekerja.

"Daripada apa yang dimaklumkan oleh menteri besar, saya memegang portfolio belia dan sukan yang dipegang oleh beliau. Beliau memberikan amanah dan ia merupakan satu kesinambungan supaya ia berjalan lebih lancar," katanya.
Dr Ahmad Yunus, 47, mempunyai seorang isteri dan mempunyai empat orang anak, dan berkelulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan UM pada tahun 1991. Selain ADUN dan pembantu exco belia dan sukan, beliau merupakan yang dipertua (YDP) PAS kawasan Kuala Langat.

Beliau juga memegang jawatan antaranya sebagai ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Selangor dan timbalan pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Selangor.

Pernah bertugas sebagai pengarah hospital di Sabak Bernam dan Lundu, Sarawak dan masih bertugas sebagai doktor sehingga kini.

Tuesday 17 January 2012

MALANG BETUL NASIB SI HITAM METALIK

Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung poster wajahnya yang dipasang di kawasan Masjid Tinggi, Bagan Serai di Parit Buntar dibakar pagi semalam.

NONEBeliau berkata tindakan pihak tersebut kemungkinan disebabkan kemarahan mereka terhadap perjuangannya untuk membela serta memperjuangkan nasib rakyat supaya sayang dan kasih kepada BN.

"Mungkin pihak itu geram tengok poster yang tertera gambar saya bersama orang tua dan di situ ada tulisan ‘Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir’. Bagaimanapun saya tidak menuduh sesiapa sebab kita tak tahu siapa yang buat.

"Saya serahkan kepada polis untuk siasatan...dia (pihak) yang buat macam itu, orang ramai dapat menilai sikap dan cara kita, jadi orang tahu siapa sebenarnya yang buat perangai macam ini. Saya serah kepada polis untuk siasat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Parit Buntar hari ini.

Sementara itu, ketika bertemu Ketua Pemuda Umno Bagan Serai Sharudin Ahmad pada majlis itu, beliau berkata laporan polis berhubung perkara itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Kerian kira-kira pukul 3 petang tadi.

Wednesday 11 January 2012

MAIWP KATA WANG ZAKAT UNTUK KOS GUAMAN IKUT HUKUM SYARAK

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes yang berkaitan dengannya adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat yang diadakan pada 3 Sept 2009 bagi membincangkan anggaran belanjawan MAIWP 2010 telah meluluskan sebanyak RM205,000 bagi perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah.

"Peruntukan ini perlu diwujudkan kerana Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 55) dalam Bahagian II Perkara 5 (2) menyatakan, majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya.

"Selain itu, dalam melaksanakan tanggungjawab terdapat keadaan di mana majlis itu terpaksa mendapat keputusan mahkamah seperti dalam kes tuntutan jenazah mualaf yang dituntut keluarga yang bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau membuat kenyataan tersebut ekoran beberapa laporan media baru-baru ini yang menyebut mengenai penyalahgunaan wang zakat oleh MAIWP.

Wan Zahidi berkata: "Mengenai peletakan perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah, JPHSWP menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan tafsiran yang lebih luas daripada perbelanjaan jihad semata-mata.

"Antara mereka ialah Imam Al-Fakhrul Razi dalam kitab tafsirnya dan Sheikh Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar, dan menurut Sheikh Rasyid pendapat yang benar mengenai maksud fisabilillah di sini ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakka

Saturday 7 January 2012

BADAN-BADAN NGO BUAT LAPORAN POLIS

Badan-Badan NGO Kemaman telah berarak dari Kedai Kopi Hai Peng ke Balai Polis Kemaman pada petang Jumaat semalam untuk menyatakan bantahan terhadap perhimpunan 901 yang akan diadakan Isnin ini di Kuala Lumpur.

Seramai 200 orang ahli-ahli Badan NGO menyertai perarakan itu yang diketuai Pengerusi Persatuan Kebajikan Perisikan Malaysia (Perisi), Haji Mustafa Abdul Rahman. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Hisham Zubir turut hadir ketika Haji Pa membuat laporan polis di balai polis tersebut.

Haji Pa ketika ditemui melahirkan kesal dengan sikap para penyokong Anwar Ibrahim yang mahu mengadakan perhimpunan haram tersebut.

"Walaupun pihak polis telah membenarkan mereka berkumpul di parkir kereta mahkamah Jalan Duta, adalah diharapkan mereka tidak bertindak liar bila mahkamah membuat keputusan pada hari tersebut," katanya lagi.