VaultSafeUall

Wednesday 29 February 2012

BIAR KARPAL SINGH JADI TIMBALAN PRESIDEN PAS

Memang hebat cadangan ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly yang mencadangkan supaya Timbalan Presiden PAS dilantik dari kalangan orang bukan Islam. Betapa canggihnya idea beliau bila nak lantik orang bulan Islam sebagai pengganti Haji Hadi.

Saya cadangkan supaya Karpal Singh dilantik sebagai Timbalan Presiden PAS menggantikan Mat Sabu jika idea ini dilaksanakan PAS. Kita lihat bagaimana PAS dapat terima Karpal Singh yang anti hudud sebagai orang nombor dua. Tak apalah terimalah Karpal Singh kerana PAS kini bukan lagi nak memperjuangkan negara Islam sebaliknya memperjuangkan negara kebajikan.

Syabas kepada Dr Dzulkefly yang mengeluarkan idea ini. Jika PAS laksanakannya PAS tidak jumud lagi. Walaupun ada bukan Islam terutamanya Bumiptera Bukan Islam dari Sabah dalam Umno tetapi Umno tetap memberi jawatan nombor dua kepada orang Islam. Nampaknya PAS lebih ke depan dari Umno jika cadangan ini dilaksanakan oleh PAS.

Tuesday 21 February 2012

DAP YANG JADI TAIKO

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata setiap undi yang diberi kepada DAP akan memperkukuhkan PAS dan membuka jalan bagi parti itu menjadi "taiko" dalam kerajan negeri dan persekutuan.

Katanya DAP memberi janji palsu kepada pengundi Cina bahawa sebuah kerajaan yang diterajui orang Cina boleh menjadi kenyataan di Malaysia dan mendakwa masyarakat Cina di negara ini telah ditipu oleh MCA.

"Dalam kempennnya, terutama di hadapan hadirin penduduk Cina, DAP gemar menyebut kejayaan mereka membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang dengan ketua menterinya adalah seorang pemimpin DAP.

"Ini memberi harapan palsu kepada kaum Cina bahawa perkara serupa boleh berlaku di negeri lain. Secara tradisi, perkara ini hanya boleh berlaku di Pulau Pinang, tidak di negeri lain," katanya pada persidangan sehari "Cina Malaysia di Persimpangan Politik" anjuran bersama Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) serta kumpulan pemikir MCA, Insap, di sini.

Persidangan itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Chua berkata hakikat itu dapat dilihat dalam pilihan raya sebelum ini di Perak iaitu walaupun DAP memenangi 18 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tujuh dan PAS hanya enam, tetapi wakil PAS yang menjadi menteri besar.

"Sekarang DAP mahu menjadikan Johor pula sebagai negeri di barisan hadapannya. Bagaimanapun, PAS dengan pantas membuat tuntutan bahawa seorang pemimpin PAS Johor, yang kini Anggota Parlimen di Kelantan, sepatutnya menjadi MB Johor," kata beliau.

Mengenai pendirian keras PAS berhubung pelaksanaan hukum Hudud, Dr Chua berkata ia merupakan satu ancaman terhadap sistem undang-undang dan kehakiman sedia ada di negara ini, di samping memberi kesan langsung dan tidak langsung terhadap orang bukan Islam di Malaysia.

Katanya ancaman yang dibawa oleh hukum Hudud adalah sesuatu yang nyata, walaupun ada ahli politik pembangkang dan golongan yang bersimpati dengan mereka berhujah bahawa ia tidak sepatutnya menjadi suatu kebimbangan kerana perkara itu tidak terkandung di dalam "Buku Jingga" dan tidak akan dijadikan manifesto bersama Pakatan Rakyat.

"Bagaimanapun, ini tidak memberi jaminan bahawa PAS tidak akan mendesak agar hukum Hudud dilaksanakan sekiranya ia berkuasa di Putrajaya," katanya.

Mengenai manifesto ekonomi yang terkandung di dalam Buku Jingga, Dr Chua berkata sekirnya ia dilaksanakan, Malaysia akan muflis selepas dua tahun.

Contohnya, kata beliau, cadangan pembangkang untuk melaksanakan gaji minimum RM4,000 sebulan bagi semua isi rumah akan menelan belanja RM93.9 bilion dalam masa lima tahun.

"Sekiranya PR (Pakatan Rakyat) menunaikan semua janjinya seperti yang terkandung di dalam Buku Jingga, ia akan menelan duit pembayar cukai sebanyak RM199 bilion, manakala defisit belanjawan persekutuan akan meningkat kepada 27.5 peratus pada tahun pertama.

"Hutang awam pula akan melonjak kepada RM617.1 bilion pada tahun pertama. Malaysia akan menjadi muflis menjelang tahun kedua PR memerintah kerana defisit belanjawan akan melebihi 10 peratus daripada KDNK dan hutang awam akan melebihi 100 peratus daripada KDNK.

Beliau juga berkata sekiranya pembangkang berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang, ia boleh memporak-perandakan perlembagaan dan kedudukan kewangan negara ini.

"Pilihan raya akan datang merupakan satu persimpangan, bukan saja bagi kaum Cina. Saya ingin katakan bahawa ia juga menjadi satu persimpangan bagi negara ini dan semua rakyat Malaysia. Kesilapan dalam memilih arah akan memberi kesan besar terhadap negara dan rakyat," katanya.

Dr Chua berkata pembangkang tidak berupaya melakukan sebarang perubahan seperti yang dapat dilihat di empat negeri yang mereka tadbir.

Katanya mereka lebih berminat mencari mata politik dan publisiti daripada memberi tumpuan untuk mentadbir negeri secara serius.



Ulasan saya, jika Pakatan Rakyat menang, bukan PAS jadi taiko, tapi DAP yang jadi taiko. Buktinya Azizan MB Kedah dah umum batalkan pusat hiburan pada bulan Ramadhan di Kedah tetapi dibantah oleh DAP, maka Azizan tak berani laksanakan pembatalan itu.

Sunday 19 February 2012

YUSMADI SEDAR PERANCANGAN JAHAT LIM GUAN ENG

Anggota parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff hari ini berjanji tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya akan datang sekiranya terdapat rumah menjadi korban pembangunan di kawasannya.

yusmadi yusoff wangsa maju pkr pc on wee choo keong resignationAnggota parlimen PKR itu berkata, tidak ada gunanya beliau menganggotai Dewan Rakyat sekiranya penduduk kawasan itu, terutamanya yang miskin hanya beratap langit.

Yusmadi berkata, masalah pengusiran dan perobohan rumah di Balik Pulau kini sudah berada pada "tahap kritikal".

Sambil meluahkan kekecewaan terhadap rakan-rakannya dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang gagal hadir mendengar keluhan penduduk, Yusmadi berkata masih banyak kes melibatkan projek pembangunan di kawasan itu masih didengar mahkamah.

Ulasan saya, mujurlah Yusmadi cepat sedar perancangan Lim Guan Eng untuk menawan kerusi parlimen Balik Pulau supaya ia tidak lagi menjadi kerusi majoriti orang Melayu. Bila banyak kawasan perumahan baru dibina dalam parlimen tersebut sudah tentu orang melayu tak mampu beli maka orang Cina akan bertamah ramai di situ. Akhirnya 10 tahun lagi DAP dapat menuntut kerusi parlimen Balik Pulau.

Kita tabik dengan keberanian yusmadi mempertahankan hak orang Melayu. Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sedar dengan perancangan jahat Lim Guan Eng ini? Alangkah menyesalnya orang Melayu mengundi PKR kerana mengundi PKR di Balik Pulau pada pilihanraya umum 2008 menunjukkan bahawa mereka memberi tiket kepada Lim Guan Eng untuk mengusir orang Melayu dari kawasan Balik Pulau.