VaultSafeUall

Wednesday 18 April 2012

WASIAT TUN RAZAK

Petang ini bersama bekas AJK Pemuda Umno Bahagian Kemaman, Kisfi Zainal kami ke Riverside, PWTC menemui Fakhrul Azman Abu Bakar dengan Zakaria Bidin. Fakhrul adalah bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu yang sudah menyertai Umno. Beliau adalah anak saudara bekas ahli parlimen Kuala Terengganu, aruah Datuk Razali Ismail.

Zakaria Bidin atau Abang Zek adalah bekas kolumnis akhbar Watan. Beliau kini mempunyai kolum sendiri dalam akhbar Buletin Rakyat. Pada tahun 70an Abang Zek adalah pegawai perpaduan yang bekerja di bawah menteri perpaduan, Tun V. T. Sambathan.

Oleh kerana ketika itu baru selesai Peristiwa 13 Mei, maka kerajaan Tun Razak menekankan perpaduan di kalangan kaum. Abg Zek yang bekerja dengan majalah Balai Muhibbah diberi tanggungjawab yang besar untuk mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. beliau banyak kali masuk dalam mesyuarat yang dipengerusikan Tun Razak sendiri.

Tun Razak sebelum meninggal dunia telah meninggalkan lima wasiat kepada bakal PM, Tun Hussein Onn. Abang Zek sempat melihat wasiat ini tetapi tak sempat menfotostatnya. Wasiat pertama, tangkap Datuk Harun. Wasiat kedua, tahan 3 Abdul (Abdullah Ahmad, Abdullah majid dan Abdul Samad ismai). wasiat ketiga, nikahkan balu Tun Dr ismail, Toh puan Norashikin dengan bodyguard Tun Dr ismail. wasiat keempat, cari bakal TPM yang dapat mendidik anaknya Najib menjadi PM dan wasiat kelima, meminta Husein meletakkan jawatan apabila keempat empat wasiat ini ditunaikan. 

Untuk melantik TPM baru, Hussein Onn memanggil Ghafar baba. Beliau tak sanggup mendidik najib jadi PM. begitu juga Tengku razaleigh. Apabila hussein Onn memanggil Dr Mahathir, beliau berkata apa salahnya membimbing Najib sampai jadi PM. Sebab itulah Husein Onn memilih dr mahathir, Naib Presiden Umno ketiga sebagai TPM baru pada tahun 1976.

Apabila Pak Lah menjadi PM baru pada tahun 2003, banyak kali Dr mahathir menyebut Najib yang paling layak jadi TPM ( bukan Muhyiddin Yassin atau Muhammad Md. taib).

Abang Zek turut menceritakan pengalamannya tertinggal kapalterbang pada tahun 1977 di airport Bayan Lepas, Pulau Pinang. Driver teksi yang memandu teksi ke airport memandu begitu slow. Rupanya tindakan itu menyelamatkan nyawa Abang Zek kerana kapalterbang yang dinaikki Menteri Pertanian, Datuk Ali Haji Ahmad dirampas dan diletupkan di udara Johor. Kawan baik Abang Zek, Onn bin Jaafar, seorang peramugara turut meninggal dunia dalam nahas itu. Onn merupakan anak saaudara Hussein Onn.

Abang Zek adalah anak saudara bekas Peguam negara, Tan Sri Kadir Yusof. Seorang lagi sepupunya ialah bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk hassan Ahmad. Abang Zek seorang yang kelakar. Ceritanya petang semalam selain serius tetap diselang-seli dengan lawak jenaka.

Tuesday 17 April 2012

SOKONGAN MENTERI TAK LAKU

Saya baru terserempak dengan seorang kawan di food court di The Mall sebentar tadi. Dia banyak urusan dengan sebuah kementerian.oleh kerana dia bekas ajk pemuda Umno di bahagiannya maka dia kenal dengan menteri Umno. Maka dia pun minta surat sokongan daripada menteri yang dikenalinya itu.

Yang peliknya pegawai di kementerian itu tidak layan pun surat sokongan menteri. Sebaliknya pegawai ini minta rm400 untuk proses permohonan yang dipohonnya. Nampak sangat pegawai lebih berkuasa dari menteri. Semuanya kerana RM (Ringgit Malaysia).

Menteri berkenaaan kena tunjuk kuasa penuh. Jika benar pegawai itu rasuah,hadapkannya ke SPRM supaya dia dipecat dari jawatan itu. Apa yang berlaku di kementerian berkenaan sampai sekarang tidak dapat dihidu oleh menteri berkenaan. Maka menteri kena lantik perisik supaya rasuah yang berlaku di kementeriannya dapat dihapuskan.

Thursday 5 April 2012

TUN RAZAK ARAH TAHAN TIGA ABDUL


Bekas timbalan menteri, Tan Sri Abdullah Ahmad percaya penahanannya di bawah undang-undang ISA selama lima tahun ketika pentadbiran Tun Hussein Onn merupakan konspirasi politik individu tertentu.

NONEDalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Abdullah – yang popular dengan nama Dollah Kok Lanas – menyebut beberapa nama tokoh dan juga peristiwa penting yang berlaku menjelang penahanannya pada 1976.

Perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia pada Januari tahun berkenaan dan tujuh bulan kemudian, Abdullah merengkok di dalam tahanan kerana didakwa seorang komunis.

Abdul Razak kemudiannya digantikan Tun Hussein Onn yang telah menemuinya beberapa kali untuk memberi amaran mengenai penahanan tersebut, kata Dollah.

NONE"Tun Hussein beritahu saya 'Tahan ini, bukan apa. I percaya you bukan komunis tapi kita nak tahan Harun Idris ini (menteri besar Selangor dan ketua pemuda Umno pada itu) kerana rasuah.

"'Sebab ada dua puak, kita perlu buat pengimbangan. Pergilah untuk enam bulan'," kata Dollah, yang menambah, beliau menyetujui saranan berkenaan.

Dollah, 38 pada waktu itu, bagaimanapun ditahan selama lima tahun – diasingkan selama dua tahun dan selebihnya bersama tahanan lain pada waktu itu termasuk Dr Syed Husin Ali, Kassim Ahmad dan Abdullah Majid.

Dengan berjenaka, bekas penasihat Tun Razak itu berkata beliau "mungkin menjadi perdana menteri atau setidak-tidaknya timbalan perdana menteri atau menteri kanan" sekiranya tidak ditahan bawah ISA.

NONEHarun Idris pula dipecat daripada Umno apabila enggan meletak jawatan berhubung dakwaan rasuah dan kemudiannya dituduh dimahkamah dan dihukum penjara selama lima tahun.

Dollah juga menimbulkan mengenai peranan menteri dalam negeri waktu itu, Tun Muhammad Ghazali Shafie yang menurutnya, bercita-cita untuk menjadi timbalan perdana menteri.
Bagaimanapun, ucapan Tun Razak di perhimpunan agung Umno 1975 yang ditulis Dollah menyatakan sokongan kepada tiga calon naib presiden – Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ghafar Baba.
Semua pencabar lain, termasuk Ghazali, tewas dalam pemilihan parti tersebut.


Ulasan saya, sebanarnya penahanan ini dibuat atas arahan Tun Razak kepada Hussein. Razak di saat-saat akhir kecewa belilau dikelilingi oleh ejen komunis, Tiga Abdul. Sebab itu beliau meninggalkan wasiat kepada Hussein untuk menangkap Tiga Abdul di bawah ISA dan tahan Datuk Harun di atas kes rasuah.