VaultSafeUall

Sunday 27 May 2012

NIK AZIZ DICABAR SERAH JAWATAN MB KEPADA ANUAR TAN


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dicabar meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam dan menyerahkan tempat tersebut kepada Datuk Anuar Tan Abdullah bagi membuktikan kata-katanya bahawa bukan Melayu boleh menjadi pemimpin di negara ini.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata, Anuar yang juga ahli Exco kerajaan Pas Kelantan layak menggantikan tempat Nik Abdul Aziz untuk menerajui negeri ini berdasarkan kriteria tersebut.
Beliau berkata, memang benar Islam sudah cukup untuk seseorang menjadi Perdana Menteri tetapi keadaan semasa di negara ini berbeza di mana Melayu adalah majoriti.

"Saya cabar Nik Aziz letak jawatan dalam masa 24 jam dengan serah kepada Anuar - seorang berketurunan Cina, elok sangat bagi jawatan itu kepada Anuar sebab dia (Nik Aziz) sudah lama jadi Menteri Besar dan selalu sakit.

"Memang benar Islam sudah cukup untuk menjadi Perdana Menteri tetapi dalam keadaan sekarang Melayu lebih layak kerana majoriti, sebagai contoh di Kelantan 95 peratus penduduk adalah Melayu dan Islam maka orang Melayu lebih layak menjadi Menteri Besar.

"Anak Nik Aziz, Nik Abduh sendiri menyebut Melayu lebih layak jadi Perdana Menteri disebabkan majoriti dan ini Tanah Melayu," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang tidak kisah siapa menjadi Perdana Menteri asalkan individu tersebut beragama Islam.

Ia berasaskan prinsip Islam tidak menetapkan bangsa tertentu untuk menjadi pemimpin kepada sesebuah negara.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, semua pihak juga perlu berhati-hati agar tidak tertipu dengan individu yang menukar agama hanya untuk kepentingan tertentu dan bukannya mahu beriman kepada Allah SWT.

"Kalau kita bagi bukan Melayu beragama Islam jadi pemimpin, lepas menjadi Perdana Menteri dia murtad macam mana sebab sekarang banyak masalah macam itu, ada ramai yang masuk Islam sebab hendak kahwin dan selepas itu murtad.
"Kita takut juga tertipu kerana itu perlu beringat takut ada kesan sampingan, masuk Islam hanya untuk nama Islam tetapi sebenarnya mempunyai agenda tertentu seperti Salman Rushdie," katanya.

Beliau berharap Nik Abdul Aziz menilai semua perkara tersebut sebelum mengeluarkan kenyataan agar tidak timbul kekeliruan.

Wednesday 16 May 2012

TEKA TEKI PILIHANRAYA

Rakyat Malaysia masih menunggu nunggu bila akan diadakan pilihanraya umum ke 13. Spekulasi tarikh pilihanraya bermula sejak tahun lepas lagi bila ada yang meramalkan Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan parlimen pada 11.11.2011 kerana kononnya Perdana Menteri suka nombor 11.

Selepas November, ada pula meramalkan pilihanraya akan diadakan Mac lalu. Kini ada pula yang meramalkan pilihanraya pada Jun ini. Isnin lalu ada kawan sms saya di awal pagi kononnya PM akan membubarkan parlimen pada hari tersebut. Padahal pada malam Ahad itu PM sudah berangkat ke London. Takkan Najib nak bubar parlimen sewaktu beliau berada di luar negara.

Yang mahu pilihanraya awal ialah bakal calon yang tak sabar nak jadi calon. Yang penting jadi calon, kalah menang soal kedua. Yang kedua ialah ketua bahagian yang sudah banyak habis duit kerana berkempen kononnya dia adalah calon boleh menang. Kedua-dua orang ini yang mahu awal pilihanraya diumumkan manakala bagi wakil rakyat yang akan digugurkan lebih suka pilihanraya umum diadakan lebih lambat.

Pada hemat saya, saya lebih suka pilihanraya diadakan pada September ini selepas PM membentangkan Bajet 2013. Kenapa pilihanraya perlu diadakan pada bulan September? Ini adalah kerana bulan Ogos nanti kita akan sambut Hari Kebangsaan yang ke 55 maka sebulan PM akan jelajah Malaysia menyemai semangat patriotik di kalangan rakyat jelata. Selepas itu kita akan berhadapan dengan hari raya. Maka ia dapat memberi peluang kepada BN untuk berkempen menemui rakyat.

Jadi kemungkinan besar pilihanraya diadakan bulan September sebelum rakyat Malaysia terbang ke Mekah menunaikan fardhu haji. PM perlu jelajah lagi ke seluruh Malaysia menemui rakyat memandangkan masih banyak tempat belum dilawatinya. PM sendirian dalam soal ini kerana pegawainya lebih sibuk nak jadi calon atau sibuk nak cari projek. Sebab itulah PM lantik Dr Jamaluddin Jarjis bekas Duta Besar Malaysia ke USA sebagai pemantau pilihanraya kerana beliau sudah tidak percaya lagi kepada pegawainya yang mudah dibeli dengan projek dan balak.


Najib mampu menang dua pertiga tetapi bukannya Najib bertanding di seluruh Malaysia. Najib cuma bertanding di parlimen Pekan. Maka dalam tempoh berkempen 10 hari tidak sempat PM mahu turun padang ke semua negeri, maka pilihanraya tidak perlu diadakan pada bulan Jun. Walaupun PM bergurau seolah-olah nak bubarkan parlimen esok ketika berucap di Bukit Jalil pada 11 Mei lalu, ia bukanlah pengukur untuk menang majoriti dua pertiga.Malah PM turut berkata biar ketua bahagian, ketua cawangan dan ahli-ahli UMNO bekerja bersungguh-sungguh pastikan kemenangan dua pertiga. Yang menjadi masalah sekarang, orang UMNO sendiri yang mengkhianati calon BN. Bila tak dapat jadi calon, mereka peteh keting. Inilah dilema UMNO yang menyebabkan lima negeri tumbang pada pilihanraya umum ke 12.

Tak guna bubar parlimen sekarang kalau BN gagal mendapat majoriti dua pertiga. Sebab itulah kita tak perlu tergopoh-gopoh mahu mengadakan pilihanraya umum.

Thursday 3 May 2012

ANWAR SEMAI BUDAYA DERHAKA

Kerajaan disaran menganjurkan wacana budaya derhaka untuk menangani isu derhaka yang dipelopori bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar.

Katanya, Anwar telah mengajak rakyat Malaysia mengamalkan budaya derhaka yang meliputi 12 kategori derhaka.

"Derhaka terhadap budaya Melayu dan ketimuran serta nilai-nilai murni, derhaka kepada agama Islam dengan menggalakkan liberalisme, pluralisme, negara kristian DAP dan murtad, " katanya.

Selain itu tegas Fakhrul, derhaka kepada Rukunegara, derhaka kepada perlembagaan, derhaka kepada Umno parti orang Melayu.

"Malah beliau juga derhaka kepada Tun Dr Mahathir yang membawanya masuk Umno, derhaka kepada Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja Melayu dalam isu perlantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang," jelasnya lagi.

Anwar juga derhaka kepada sistem demokrasi, derhaka kepada sistem nilai-nilai murni dan Islam, derhaka kepada ekonomi negara, tambahnya.

Beliau juga berkata Anwar derhaka kepada sistem pendidikan tinggi negara (PTPTN) dan derhaka kepada sistem ketenteraan dalam isu kapal selam.

Beliau juga mencadangkan kerajaan menganjurkan pertandingan menulis esei bertajuk "Budaya Derhaka Datuk Seri Anwar Ibrahim mendatangkan kesan-kesan negatif kepada negara" kepada semua lapisan masyarakat.

Katanya, hasil dari pertandingan esei itu, dibukukan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab supoaya rakyat faham sejauh mana Anwar telah emnderhaka kepada negara melalui 12 kategori tadi.