VaultSafeUall

Thursday 26 July 2012

SIAPA KATA PAS TAK BEREBUT CALON?


Mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan Pendang yang memutuskan untuk menawarkan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk bertanding kerusi Parlimen berkenaan dalam pilihan raya umum akan datang tidak disenangi pemimpin tertentu di negeri itu.

NONEBagaimanapun, menurut sumber-sumber yang rapat dengan PAS Pendang, mereka gagal memujuk PAS kawasan itu supaya menukarkan keputusan tersebut, dengan mengekalkan penyandangnya Dr Hayati Othman, yang dicalonkan kawasan tersebut untuk bertanding DUN Tokai.
Sumber yang rapat dengan PAS kawasan Pendang berkata, Dr Hayati diuar-uarkan sebagai calon menteri besar jika Pakatan Rakyat mengekalkan pentadbirannya di Kedah.

Menurut sumber itu lagi, mereka juga mahu DUN Tokai kekal untuk Exco negeri, Datuk Mohamad Taulan Rasul yang juga yang dipertua PAS kawasan Pendang. Desas-desus sebelum ini menyatakan Mohamad Taulan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 marching with flagsSumber PAS Pendang pula berkata keputusan memilih Mohamad bertanding di Pendang disokong oleh majoriti daripada 157 cawangan dalam kawasan tersebut. Kerusi Parlimen Pendang pernah diwakili mantan presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Bagaimanapun, sumber PAS Pendang itu mendakwa usaha untuk 'menggagalkan' peluang Mohamad Sabu bertanding di kerusi Parlimen Pendang itu dikatakan "terhenti" apabila PAS kawasan tersebut sekali lagi memutuskan dengan menegaskan mereka tetap dengan keputusan memilih timbalan presiden PAS tersebut.

Menurut sumber itu lagi, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan susulan wujudnya satu 'surat' yang didakwanya memohon kepimpinan PAS kawasan bersetuju bagi mengekalkan Dr Hayati dan Mohamad Taulan untuk pertimbangan Pusat.

pakatan pokok sena ceramah 140112 mat sabuBagaimanapun, sumber berkenaan berkata pihaknya enggan memanjangkan isu berhubung kandungan surat tersebut, apatah lagi ia dilakukan tanpa merujuk kepada kawasan terlebih dahulu.

"Kami tak ambil berat pun. Kami tak mahu timbulkan (isu) pasal surat ini. Kita masih berpegang dengan keputusan kita. Dengan surat ini (pun), tidak tergugat keputusan asal kami," katanya.

Malah, sumber turut menjelaskan bahawa kawasan itu tidak mengetahui pihak yang bertanggungjawab menyediakan surat itu.

Sumber yang rapat dengan PAS Pendang pula mendakwa, usaha golongan terbabit untuk mencantas Mohamad - selain menimbulkan banyak persoalan - turut dikaitkan oleh pihak-pihak tertentu dalam PAS negeri dengan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN).

Bagaimanapun, pemimpin PAS Kedah yang tidak mahu namanya disebut pula enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut, sebaliknya menegaskan kepimpinan PAS Kedah "tidak menolak" Mohamad.

NONE"PAS Kedah tak menolak Abang Mat," katanya ketika menghubungi Malaysiakini, Jumaat lalu.

Malaysiakini juga dimaklumkan ada di kalangan penyokong Mohamad pula tidak senang kerana mendakwa JPN sedang rancak mengatur senarai calon PAS yang bakal bertanding di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut mereka, bidang tugas JPN memang berkaitan dengan pengurusan jentera pilihan raya tetapi bukan hingga ke peringkat menentukan calon, kerana itu adalah tugas badan perhubungan negeri.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri Senator Mohd Yusof Husin enggan mengulas dakwaan bahawa badan itu mencantas Mohamad dan mengatur calon untuk bertanding di negeri itu.

Mengulas berhubung prestasi Dr Hayati di parlimen itu, Mohd Yusof berkata beliau "tidak mempunyai apa-apa masalah" dengan gerak kerja ahli perubatan itu.

"Calon parlimen yang ada sekarang ini adalah calon yang terbaik. Bagi saya dia tidak ada apa-apa masalah. Beliau menjalankan tugas dengan cemerlang," katanya.

Mengenai faktor penolakan Mohamad Sabu, sumber yang rapat dengan PAS Pendang mendakwa ia ada kaitan dengan usaha mengekang 'pengaruh' Mohamad 'berkembang', khususnya di Kedah, lebih-lebih lagi di kawasan itu yang dianggap "berpendirian bebas dan tidak boleh dipengaruhi mana-mana pihak".

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 pas and dap supportersMalah, dakwa sumber itu, kebimbangan pengaruh Syiah yang dikaitkan dengan Mohamad turut menjadi sebab mengapa beliau ditolak memandangkan terdapat tokoh agamawan PAS yang dikaitkan dengan fahaman itu, turut menetap di Pendang.

Ada juga pihak, kata sumber-sumber tersebut, yang turut mengaitkan penyokong Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu penolakan Mohamad itu kerana sebelum ini, Mohamad merupakan antara pemimpin PAS yang bertegas mahu Azizan berundur.

Mengulas berhubung usaha tersebut, Mohamad memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan kepimpinan PAS pusat masih belum memuktamadkan kerusi mana yang bakal ditandinginya.

"Saya pun belum buat pendirian untuk bertanding di mana... (Atau) mungkin juga saya akan bertanding di Pekan," katanya berseloroh sambil menganggap usaha itu sebagai perkara "biasa" dalam politik.

Ulasan saya, laopran Malaysiakini di atas jelas menunjukkan bahawa pemimpin PAS juga berebut kawasan untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang. Apatah lagi Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu sepupu Mat Indera bukan ahli parlimen sekarang.

Pada tahun 2008, beliau bertanding di Kuala Terengganu tetapi beliau kalah kepada aruah Datuk Razali Ismail. Tetapi pada pilihanraya kecil 2009, beliau tidak terpilih sebagai calon parlimen Kuala Terengganu. Jadi dia kena balik Kedah untuk mencari kawasan selamat. Maklum ajalah kini Mat Sabu adalah Timbalan Presiden PAS bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PAS kata orang UMNO yang berebut jadi calon padahal orang PAS pun berebut jadi calon. Lain kali jangan mengata kepada orang, akhirnya diri sendiri terbabit dalam gejala yang sama.





Monday 23 July 2012

JANGAN LAYAN ORANG GILA


 Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan hari ini tetap mempertahankan fakta berhubung kesediaan Karpal Singh berkompromi untuk melaksanakan hukum hudud walaupun ia disanggah oleh Pengerusi DAP itu.
Bukan itu sahaja, malah Nasrudin turut mempertahankan fakta yang menyatakan bahawa Pas merupakan parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Sehubungan itu beliau mencabar mana-mana pihak menganjurkan satu lagi perdebatan sekiranya mereka mendakwa dua fakta yang dikemukakannya itu ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya pada Khamis lalu sebagai satu pembohongan.

''Kedua-dua fakta ini saya kemukakan dalam debat. Sepatutnya kalau ia satu pembohongan maka ia perlu dipatahkan dalam debat tersebut. Jika mereka tidak berpuas hati aturkan satu lagi siri debat terbuka dan jemput kami.


Ulasan saya, tak payah layan orang gila. Kalau dilayan orang gila, kita jadi gila. Semua orang tahu karpal Singh kata langkah mayat aku dulu, baru boleh buat hudud tapi nasrudin gila kata karpal terima hudud. Bukankah gila namanya ini?


Dia cabar adakan debat kedua pula. Tak payahlah Sunar harian layan orang gila nanti Sinar harian pun jadi gila.

Tuesday 17 July 2012

TIONG LAI TIDAK HORMATI TPM?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat telah menyinggung perasaan pemimpin parti komponennya dengan menuduh MCA "tidak memahami" sentimen golongan Cina.

Muhyiddin dalam mesyuarat agung Umno bahagian Batu pada Ahad lalu didakwa telah menuduh parti komponen BN – khususnya MCA dan MIC – gagal memahami sentimen golongan Cina dan India.

Satu laporan Sin Chew Daily melaporkan Muhyiddin sebagai berkata, pemimpin tempatan perlu memahami sentimen semua kaum untuk membolehkannya memenangi mana-mana kerusi.

Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau biasanya akan menerima taklimat berhubung sentimen akar umbi apabila beliau mengunjungi bahagian Umno.

Namun parti komponen nampaknya bermasalah untuk memberi taklimat itu, katanya dalam laporan tersebut.

Muhyiddin yang menyebut parti MCA secara khusus berkata, beliau tidak faham mengapa parti itu tidak boleh "membaca" sentimen masyarakat Cina.

“Adakah orang Cina begitu rumit? Tidak bolehkah sikap mereka difahami?," soalnya.

Muhyiddin juga berkata masyarakat Cina tidak akan menyatakan perasaan mereka dengan bebas apabila didekati BN, tetapi akan berbuat demikian melalui pihak ketiga.

Beliau memberi contoh kawasan yang diwakilinya di Pagoh, di mana bahagian Umno dan MIC berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi 1,744 pengundi India dalam masa sebulan.

Muhyiddin berharap MCA dan MIC akan mencontohi perkara itu.

Dalam satu kenyataan balas, timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mendakwa timbalan perdana menteri itu gagal memahami rakyat Malaysia secara keseluruhan.

"Beliau kata MIC dan MCA tidak memahami suara rakyat. Pada pendapat saya, timbalan perdana menteri mesti memahami suara semua rakyat dan bukan mendengar kepada orang Melayu?," katanya.

Liow berkata apa yang orang Cina mahu ialah dasar yang adil dan bukan berat sebelah.

Katanya, Muhyiddin tidak boleh hanya menjaga keperluan orang Melayu tetapi keperluan semua rakyat Malaysia.

Muhyiddin tidak akan membuat kenyataan seperti itu sekiranya beliau memahami perkara itu, kata Liow lagi seperti dipetik Oriental Daily.


Ulasan saya, nampaknya MCA ini tidak boleh ditegur. Bila Muhyiddin kata MCA tidak memahami hasrat kaum Cina, Liow tiong Lai berkata Muhyiddin yang tidak fahami hasrat rakyat Cina.


Apa lagi MCA mahu? Kerajaan sudah mengiktiraf semua diploma keluaran KTAR milik MCA. Dapatkah MCA beri jaminan orang Cina menyokong kembali BN pada pilihanraya umum akan datang? Atau adakah perjuangan MCA sudah tidak relevan lagi.

Thursday 12 July 2012

NATIJAH DARI SERANGAN JPM

Kesimpulan dari natijah serangan ke atas pejabat Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya baru-baru ini adalah pertama, walaupun kedua-dua mereka berpelajaran tetapi nafsu amarah telah menguasai mereka  dan mereka sahaja yang betul akibat tidak mendapat ilmu dari guru mursyid.

kedua, mereka hanya belajar dan mendapat ilmu dari alam siber, yang mana belum tentu kesahihannya.  Ketiga, kumpulan ini dihapuskan dengan kadar segera, jika tidak ia akan merebak dan memperdaya generasi muda di masa akan datang. Keempat, mereka banyak menggunakan logik akal tanpa berlandaskan al Quran dan hadis.

Kelima, terpengaruh dengan fahaman syiah, di Gombak ianya berleluasa , dikatakan  ada pegawai tinggi kerajaan menganut fahaman ini.

Justeru itu ianya harus memberi tauladan dan pengajaran kepada golongan muda dan golongan yang amat taksub dan percaya kepada berita-berita siber, mereka perlu membuat kajian mendalam sebelum mengakui perkara atau berita yang dibawa itu benar atau salah terutama persepsi dan janji manis yang dibawa oleh parti pembangkang.

Masyarakat celik politik perlu disemai, dibentuk dan dipergiatkan. Asas sejarah bangsa dan kontrak sosial perlu menjadi pelajaran wajib. Animasi dan filem tentangsejarah bangsa perlu banyak diterbitkan.bahan cetakan tentang tokoh, sejarahwan, pahlawan bangsa perlu banyak dicetak. Sidang, seminar, forum mengenai sejarah bangsa dan rukunegara perlu digarap bersama dengan garis panduan.

Sunday 8 July 2012

DR WAN AZIZAH TAK BOLEH TANDING

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih mempertimbangkan kemungkinan untuk bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13.
  
"Saya ada satu senarai untuk pertimbangan, tetapi saya fikir peranan sokongan lebih baik," katanya ketika ditanya sama ada beliau berhasrat untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri kali ini.
  
Ditanya sama ada itu bermakna beliau tidak akan bertanding, Dr Wan Azizah berkata: "Tidak juga. Perkara itu masih ada dalam perancangan tapi pada masa ini hanya sekadar membincangkannya."
  
Beliau ditemui pemberita pada Konvensyen PKR di Bayan Baru semalam.
  
Dr Wan Azizah meletak jawatan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya kecil.

Ulasan saya, rasa nak tergelak bila baca laporan Malaysiakini di atas yang mengatakan Dr Wan Azizah sedia bertanding semula pada pilihanraya umum akan datang.

Nampak sangat beliau ni jahil. Beliau tidak boleh bertanding dalam pilihanraya selama lima tahun kerana telah meletakkan jawatan pada 31 Julai 2008 . Beliau hanya boleh beftanding pada 1 Ogos 2013 sedangkan pilihanraya umum paling lewat diadakan pada Mac 2013.

Selain itu tak cukupkah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi ahli parlimen dengan anaknya Nurul izzah? kenapa perlu ada tiga orang dalam keluarganya menjadi ahli parlimen.Kalau begitu lebih baik semua anaknya bertanding- lima orang bersama suami. Biar tujuh orang jadi ahli parlimen di Malaysia mencatat keluarga yang paling ramai berada dalam Dewan Rakyat.