VaultSafeUall

Wednesday 11 January 2012

MAIWP KATA WANG ZAKAT UNTUK KOS GUAMAN IKUT HUKUM SYARAK

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes yang berkaitan dengannya adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat yang diadakan pada 3 Sept 2009 bagi membincangkan anggaran belanjawan MAIWP 2010 telah meluluskan sebanyak RM205,000 bagi perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah.

"Peruntukan ini perlu diwujudkan kerana Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 55) dalam Bahagian II Perkara 5 (2) menyatakan, majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya.

"Selain itu, dalam melaksanakan tanggungjawab terdapat keadaan di mana majlis itu terpaksa mendapat keputusan mahkamah seperti dalam kes tuntutan jenazah mualaf yang dituntut keluarga yang bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau membuat kenyataan tersebut ekoran beberapa laporan media baru-baru ini yang menyebut mengenai penyalahgunaan wang zakat oleh MAIWP.

Wan Zahidi berkata: "Mengenai peletakan perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah, JPHSWP menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan tafsiran yang lebih luas daripada perbelanjaan jihad semata-mata.

"Antara mereka ialah Imam Al-Fakhrul Razi dalam kitab tafsirnya dan Sheikh Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar, dan menurut Sheikh Rasyid pendapat yang benar mengenai maksud fisabilillah di sini ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakka

No comments:

Post a Comment