VaultSafeUall

Monday 19 March 2012

BIARLAH KADIR PERGI


Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengisytiharkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.
NONEAbdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.
Pemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya.

Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.

Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu - jawatan terakhirnya dalam Umno.

abdul kadir sheikh fadzir quits 140206 tearsBeliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang diterajui seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Abdul Kadir sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu.

17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya.

Ulasan saya, biarlah Kadir pergi. buat apa kita simpan pengkritik UMNO, gunting dalam liputan. Mungkin dia berangan nak jadi calon PKR di Kulim bandar baharu menggantikan Datuk Zulkifli Nordin yang kini jadi ahli parlimen bebas.

kadir bukan tokoh besar. dia cuma menteri biasa. kalau dia tinggalkan Umno bukan jentera Umno lumpuh walaupun beliau pernah menjadi menteri penerangan. apa nak dihairankan dii zaman najib Kadir berhenti jai ahli Umno sedangkan Presiden Umno sendiri, tun dr Mahathir Mohamad pernah keluar dari Umno di zaman Pak Lah.

Cuma timingnya tidak sesuai menjelang pilihan raya yang semakin tiba. Kalau dulu BN gagal dua pertiga kerana tindakan dr Mahathir mengkritik Umno, tindakan Kadir sedikit sebanyak turut menyukarkan lagi usaha BN untuk menawan negeri Kedah. adiknya,Datuk Aziz bila pula nak keluar Umno? Datuk Musa Ketua umno bahagian di pulau pinang tak nak ikut bang dia ke?

Ulasan saya

Sunday 11 March 2012

SHARIZAT PATUT LETAK JUGA KETUA WANITA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundurkan diri sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, adalah satu keputusan yang tepat dan betul.

Perdana menteri berkata pengunduran diri itu dilihat sebagai satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti.

"Walaupun setakat ini tiada bukti beliau buat kesalahan dari segi undang-undang, namun sebab isu NFC mengundang pertikaian dan kontroversi, beliau sanggup berundur daripada kerajaan," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak di Masjid Sultan Ahmad Shah, di Pekan, hari ini.

Shahrizat dalam sidang akhbarnya di Kuala Lumpur hari ini mengumumkan pengundurannya sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Bagaimanapun, Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai ketua Wanita Umno dan ketua Wanita BN.

Ditanya kedudukan Shahrizat dalam parti, perdana menteri berkata jawatan dalam parti adalah sesuatu yang terpisah daripada jawatan dalam kerajaan.

"Ini kerana kes NFC (Perbadanan Fidlot Nasional) mencetuskan pertikaian jawatan beliau sebagai menteri dalam kerajaan," katanya.

Perdana menteri juga menyarankan supaya anggota-anggota parti terutamanya Wanita Umno terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Shahrizat selaku ketua pergerakan itu.

"Beliau telah memberi komitmen untuk memimpin Wanita dan menjadikan pergerakan Wanita sebagai jentera yang penting dalam pilihan raya," katanya.

Ketika ditanya mengenai pengganti Shahrizat dalam jawatan kabinet itu, perdana menteri berkata perkara itu akan ditentukan kemudian kerana tempoh Shahrizat sebagai menteri kabinet masih berbaki beberapa minggu lagi.


Ulasan saya, Shahrizat patut juga meletakkan jawatan sebagai Ketua wanita UMNO kerana UMNO turut terjejas dengan skandal NFC ini. Kamelia Ibrahim sekalu naib Ketua Wanita boleh mengemudi wanita dalam pilihanraya ini.

Wednesday 7 March 2012

JAWATANKUASA PEMANTAU BERTENTANGAN DENGAN NORMA

Bekas Ketua Pemuda Keadilan Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata penubuhan Jawatankuasa Pemantau Pas Pusat Terhadap Kerajaan Kedah amat bertentangan dengan norma-norma pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, pentadbiran kerajaan negeri dan parti adalah dua perkara yang berbeza.

"Hanya komunis yang mengamalkan parti menguasai kerajaan. Oleh kerana kerajaan negeri Kedah ditubuh daripada pelbagai gabunagn komponen majoriti parti," tegas beliau.

Katanya lagi, jawatankuasa tersebut seharusnya sebagai ombardsment sebagai jawatankuasa pemantau salahlaku berkaitan parti dan bukannya kerajaan.

"Oleh kerana Menteri Besar dilantik oleh Sultan justru itu jawatankuasa yang dicadanngkan itu adalah tidak berkuasa untuk mengarah atau mencampuri urusan pentadbiran negeri Kedah," katanya lagi.

Beliau menambah kita semua maklum bahawa PAS adalah parti terbesar dalam komponen yang mentadbir kerajaan tetapi apabila cadangan ini dibuat mereka telah tidak sama sekali menghormati parti lain yang sama bergabung untuk mentadbir kerajaan negeri kedah seperti PKR ataupun DAP.

"Saya percaya jika Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negara, nescaya pentadbiran negara akan menghadapi kehancuran tidak seperti BN yang mengamalkan semangat kongsi kuasa yang sebenar.