VaultSafeUall

Thursday 29 September 2011

UMAT ISLAM TAK AKAN PEROLEHI SEMULA KUASA BILA HILANG KUASA

Umat Islam di negara ini akan kehilangan kuasa dan tidak akan memperolehnya semula jika mereka terus berpecah sesama sendiri.


Justeru Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam mengutamakan sifat amanah, integriti, profesional dan berpandangan jauh seperti yang diajar oleh al-Quran.

"Umat Islam juga tidak sewajarnya menggunakan Islam bagi tujuan politik tetapi menggunakan politik untuk Islam dalam menguatkan Islam di luar wadah politik," katanya ketika berucap pada majlis Tilawah al-Quran Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kali Ke-62 di sini hari ini.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

Jelas Ahmad Zahid, kesan daripada perpecahan tersebut sememangnya telah berlaku dalam kalangan masyarakat seperti azan tidak lagi dibenar berkumandang di luar masjid.

Katanya, kajian seorang orientalis berbangsa Belanda terhadap sosiologi umat Islam di rantau nusantara ini mendapati golongan tersebut mustahil dipecahkan dari luar tetapi rapuh dari dalam.

"Al-Quran adalah sumber panduan untuk mendidik kita bagi mengutamakan kepentingan ummah dan bukan mengutamakan kepentingan kelompok, jauh daripada mencetuskan asabiyah dalam kalangan kita," ujarnya.

Pada majlis itu, wakil Tentera Darat muncul johan setelah kedua-dua qari dan qariah pasukan tersebut, Koperal Muhamad Hasan Basri Ahmad dan Kapten Salha Shakila Alang Hashim muncul johan kategori masing-masing.

Johan kedua-dua kategori tersebut menerima wang tunai bernilai RM5,000, pakej menunaikan haji, piala pusingan, al-Quran digital serta sijil penyertaan.

Monday 26 September 2011

CADANGAN KJ AMAT WAJAR

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludddin atau KJ mencadangkan supaya perlembagaan persekutuan dipinda untuk membolehkan Kelantan menjalankan hukum hudud.

Cadangan ini nampak tak lojik tetapi praktikal kerana bila ia dipinda, Nik Aziz tidak dapat menyalahkan orang lain lagi untuk tidak melaksanakan hukum hudud. Sekarang dia menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mahu hudud. Dahulu dia menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kita mahu lihat bila Kelantan dibenarkan buat hudud, adakah dia akan jalankan hudud di Kelantan kerana DAP rakan kongsi PAS marah kepada Nik Aziz. Nik Aziz menuduh DAP takut kepada hantu sedangkan hudud itu untuk orang Islam sahaja.

MCA dan Gerakan mahu keluar dari BN jika BN sokong hudud. Maknaya semua parti bukan Islam akan tidak bersama BN dan PAS. Ini boleh menyebabkan kerusi Melayu di parlimen akan bertambah kerana MCA dan Gerakan tiada lagi dalam BN sedangkan MCA dan Gerakan menang di kerusi kawasan majoriti Melayu.

PAS memerangkap UMNO dalam isu hudud. Hudud adalah hukum Allah. Jadi jangan sampai pemimpin UMNO menolak hudud kerana menolak hudud maknanya menolak hukum Allah. Cuma penjelasan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bahawa hulum hudud belum boleh dilaksanakan di Malaysia kerana negara berbilang kaum  memang boleh diterima. Ini bermakna bukannya UMNO menolak hudud cuma belum sesuai dijalankan di Malaysia.

Beranikah Najib melaksanakan cadangan KJ? Jika perlembagaan persekutuan dipinda, Kelantan masih tidak jalankan hudud, ini bermakna PAS tunduk kepada DAP seperti mana di Kedah penutupan pusat hiburan di bulan Ramadhan telah menerima bangkangan DAP.

Nik Aziz kata hukum hudud untuk orang Islam sahaja. Kenapa DAP, MCA, Gerakan takut kepada hukum hudud? Adakah ahli DAP, MCA, Gerakan yang ramai lakukan jenayah di Malaysia ini yang menyebabkan mereka takut kepada hudud seperti takut kepada hantu?

Monday 19 September 2011

MATINYA SEORANG PENDENDAM

Pagi ini dalam facebook, saya terkejut membaca fb Pena Klasik bahawa bekas ahli parlimen Dungun, Datuk Awang Jabar meninggal dunia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kg Tuman, Marang pagi ini. Beliau dalam perjalanan menghadiri majlis TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dungun.

Beliau adalah bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan dan menjadi ahli parlimen Dungun selama empat penggal (1978-1990). Pada tahun 1995, beliau bertanding di kerusi DUN Bukit Besi. Pada tahun 1999, beliau gagal mempertahankan kerusi DUN Bukit Besi yang menyebabkan kerajaan BN Terengganu tumbang.

Beliau adalah bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia ketika Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pemuda. Beliau juga disebut-sebut sebagai MB Terengganu yang menyebabkan Tan Sri Wan Mokhtar amat mencemburuinya.

Pada tahun 1993, saya menulis buku Dilemma Yusof Noor yang menyebut beliau adalah seorang calon MB Terengganu selepas Wan Mokhtar. Dia marahi saya kerana kononnya beliau mengugut Wan Mokhtar jika beliau tidak bertanding pada pilihanraya umum 1990, Ustaz Ibrahim Azmi sudah hubunginya untuk jadi calon Semangat 46 di Dungun.

Rupa-rupanya orang kelulusan agama kuat dendamnya. Sampai sekarang setiap kali terserempak dengannya, dia akan ungkit buku itu yang sudah 18 tahun berada di pasaran. Bila dia marahi saya, saya senyap saja kerana saya sudah tahu dendamnya tidak pernah padam.

Ketika tsunami 1999, saya turut berada di rumah Wan Mokhtar di Chukai menerima berita kekalahan BN. Wan Mokhtar tak sangka Awang Jabar kalah tipis di Bukit Besi. Wan Mokhtar menaruh harapan yang tinggi BN menang di Bukit Besi.

Saya tak pernah berdendam dengan Awang Jabar walaupun beliau pernah marahi saya di hadapan orang ramai di Dungun. Saya maafkan dia. Alfatihah buat beliau.





Saturday 17 September 2011

RAKYAT MAHU KERAJAAN TURUNKAN HARGA BARANG BUKAN MANSUHKAN ISA

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini membidas pembangkang kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) 'mencuri' idea Buku Jingga mereka apabila memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Bila buku Jingga itu keluar? Perdana Menteri sudah umum kajian ISA secara holistik dua tahun lepas, kita sudah pun menjalankan proses kajiannya secara bijaksana," katanya selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana, di sini.

Hishammuddin yang ditemui pemberita diminta mengulas mengenai dakwaan pakatan pembangkang bahawa BN mencuri idea mereka menerusi Buku Jingga yang dilancar pada Disember lepas.

Buku Jingga itu mengandungi janji pakatan pembangkang yang akan dilaksana dalam masa 100 hari jika mereka mentadbir negara.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata kajian mengenai ISA diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009, iaitu lebih setahun sebelum Buku Jingga dilancarkan.

Dakwaan itu jelas menunjukkan pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS sudah ketandusan idea, kata Hishammuddin.

Semalam, Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dari DAP dalam temubual dengan sebuah media elektronik mendakwa pemansuhan ISA itu hasil perjuangan pakatan pembangkang.

Pemansuhan ISA diumumkan Perdana Menteri semasa menyampaikan perutusan khas sempena sambutan kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia pada Khamis.

Hishammuddin turut mengakui wujud kebimbangan pada kalangan rakyat mengenai keselamatan negara yang selama ini dijamin di bawah ISA.

"Perpaduan dan keamanan yang wujud pada hari ini masih lagi terjamin dan akan terus berkekalan di bawah dua akta baru yang akan diumumkan nanti," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai dua akta tersebut selain menafikan undang-undang baru berkenaan akan menyamai Akta Keselamatan Dalam Negeri yang diguna pakai Singapura.


Ulasan saya, sudah lama pembangkang menyuarakan supaya kerajaan menghapuskan ISA sejak di zaman Tunku Abdul Rahman menjadi PM Malaysia. Oleh itu apa salahnya Hishamuddin mengakui desakan rakyat sudah berlaku.


Sebenarnya yang takut kepada ISA ialah pemimpin pembangkang. Rakyat tak takut kepada ISA kerana mereka tidak buat salah kepada kerajaan. Hanya pemimpin pembangkang yang suka mainkan isu perkauman dan agama yang takut kepada ISA.


Rakyat bukan mahu penghapausan ISA. Sebaliknya rakyat mahu harga barang diturunkan. ISA sudah dimansuhkan tetapi belum tentu penyokong pembangkang mengundi BN. Kalau kerajaan dapat menurunkan harga barang, baru rakyat yang menyokong pembangkang selama ini menyokong kembali BN.


Ada yang menyindir kononnya Najib tahu Pakatan Rakyat akan menang pilihanraya umum akan datang. Sebab itu Njib hapuskan ISA supaya kerajaan PR tidak masuk semua menteri BN dalam ISA.


Najib memang berani kata Muhyiddin. Tapi janganlah keberanian itu menikam diri sendiri. Jika Tun Ghazali Shafie masih hidup, Ghazali menangis kerana ISA dihapuskan.ISA boleh dijadikan senjata terakhir untuk menyekat ekstrimis kaum dan agama. Semoga akta baru keganasan ini dapat menyelematakan negara dari dihancurkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Friday 16 September 2011

BUBAR AJA KITA


 Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana suatu ketika dahulu beliau tidak pernah yakin dengan keupayaan Najib untuk melakukan sesuatu termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mohd Zaid berkata, ternyata pandangan beliau terhadap Najib adalah meleset sama sekali apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan akta berkenaan semalam.

"Saya dahulu tidak yakin Najib mempunyai keberanian untuk membuat sesuatu yang besar dan hari ini saya minta maaf pada Perdana Menteri kerana akhirnya sanggup berbuat sesuatu yang bermakna dan besar untuk memansuhkan ISA ini.

"Saya sifatkan ini sebagai satu hadiah kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.

Semalam, Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik.

Mohd Zaid yang kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) berkata, apa yang dilakukan Najib itu telah memberi nafas baru kepada istilah demokrasi.

Ulasan saya, kalau Zaid dah sokong Najib hapuskan ISA, maka bubarkan sahaja parti KITA. Bukannya KITA ada pengaruh. Oleh itu parti nyamuk seperti KITA perlu dibubarkan.


Zaid pernah membuat keputusan mengejut meletakkan jawatan dari kabinet apabila Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar menggunakan ISA yang dikatakan lapuk. Selepas keluar dari UMNO beliau menyertai PKR dan bertanding pada pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor pada tahun2010.


Selepas tewas dalam pertandingan Timbalan Presiden PKR, Zaid menubuhkan parti baru, KITA  yang tidak menerima sokongan menyeluruh daripada rakyat Malaysia.

Monday 5 September 2011

PENENTANG KRONI YANG PALING AMALKAN KRONI

Nampaknya penentang kroni paling banyak mengamalkan kroni. Dahulu dalam UMNO kononnya dialah yang menentang kroni. Kini di dalam PKR dialah yang paling amalkan kroni. Dulu bininya bertanding di Permatang Pauh dan anak sulungnya, Nurul Izzah tanding di Lembah pantai.


Sekarang ni nak bawak anak kedua pula, Nuruk Nuha bertanding di Nibong Tebal. Nanti kelima-lima anak Anwar akan bertanding dalam pilihanraya kerana Anwarlah bapak segala kroni.


Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim - Nurul Nuha - mungkin membuat penampilan pertama dalam politik apabila dikatakan bakal bertanding di parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othmanmengesahkan cabang PKR Nibong Tebal menamakan Nuha sebagai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan campuran separa bandar itu.

"Namanya muncul sebulan lalu. Ia akan disahkan sama ada beliau calon akhir. Semuanya akan diumumkan sebelum pilihan raya umum," Mansor dipetik sebagai berkata oleh China Press.

Mansor turut mendedahkan, selain cadangan daripada cabang, pemimpin lain di peringkat nasional turut mengesyorkan PKR mempertaruhkan Nuha.

Anwar bagaimanapun menulis di Twitter pagi ini bahawa Nuha tidak berminat menggalas tanggungjawab itu.

Sunday 4 September 2011

MALAYSIA PATUT CONTOHI INDIA

Perdana Menteri India Manmohan Singh dan kira-kira 30 menteri Kabinetnya semalam telah mengisytiharkan harta peribadi masing-masing. 

NONEMenurut laman web Pejabat Perdana Menteri, harta peribadi Manmohan (kiri, berserban) berjumlah 2.63 bilion Rupee (RM3.9 juta) termasuk wang tunai di bank, tanah dan harta (dua buah rumah dan sebuah kereta jenis Maruti 800cc).

Berdasarkan maklumat dalam laman web berkenaan, menteri Kabinet yang paling kaya ialah Menteri Pembangunan Bandar Kamal Nath, dengan nilai harta (termasuk milik keluarganya) berjumlah 263 juta Rupee (RM165 juta).

Yang paling miskin pula dalam kalangan mereka ialah Menteri Pertahanan AK Antony, yang berasal dari Kerala, dengan nilai harta 10 juta Rupee (RM666,000).

Perisytiharan harta itu dibuat mengikut Kod Tatalaku bagi menteri.

Namun begitu tidak semua menteri mengisytiharkan harta mereka.

Seramai 72 daripada 77 menteri mengumumkan kepada awam harta peribadi mereka -- yang dilihat sebagai langkah mempromosikan ketelusan yang lebih meluas dalam kerajaan -- semasa parti memerintah sedang menghadapi krisis kewibawaan.

Sejak akhir-akhir ini gabungan United Progressive Alliance, yang diketuai Manmohan, berdepan tekanan hebat selepas berlakunya kes-kes rasuah besar seperti rasuah Sukan Komanwel dan penipuan telekomunikasi yang menjadi tajuk utama akhbar.



Ulasan saya, semua menteri kabinet Malaysia wajar mengisyiharkan harta masing-masing kepada orang ramai seperti yang dilakukan oleh menteri kabinet India.


Melalui pengisytiharan umum ini, barulah kita tahu siapa menteri terkaya di Malaysia? Adakah Datuk Seri Nazri Aziz menteri terkaya? Atau adakah orang lain? Kita mahu tanya bila Datuk Seri Najib mahu mengikut jejak langkah Manmohan Singh ini?

MENTERI AMARAN TAKUT PADA MAT SABU?


Kerajaan tidak boleh terperangkap dalam mengenakan tindakan ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berhubung kenyataan menghina pejuang kemerdekaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebarang tindakan ke atas Mat Sabu akan diambil mengikut lunas undang-undang dan perlu mengelak sehinggakan mendatangkan simpati kepada beliau.

"Apa jua tindakan yang kita ambil mestilah mengikut keadaan dan suasana serta pertimbangan tuan punya badan (Mat Sabu) yang melakukannya (membuat kenyataan)," katanya selepas menghadiri sambutan Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di Putrajaya kelmarin..

Hishammuddin percaya apa yang disebut oleh Mat Sabu itu adalah satu provokasi politik yang lahir daripada pemikiran sempit dan bertujuan untuk melihat reaksi kerajaan.

Begitu pun kata beliau, Mat Sabu tidak wajar menyentuh mengenai perjuangan tokoh kemerdekaan sehingga mendatangkan rasa marah dan meluat orang ramai yang sedar mengenai kebenaran sejarah.

"Kalau orang lain boleh berasa marah, bayangkan keadaan saya sendiri sebagai cucu kepada Dato' Onn Jaafar serta seluruh ahli keluarga Tunku Abdul Rahman?" soalnya.

Ulasan saya, kalau Hishamuddin takut pada Mat Sabu tak payahlah jadi Menteri Dalam Negeri. Lebih baik jadi Menteri Hal Ehwal Wanita. Mat Sabu kata Mat Indera adalah hero sebenar bukannya polis Bukit Kepong yang dibakar oleh Bintang Tiga yang disertai Mat Indera. Kenapa hishamuddin kata kerajaan tidak boleh terperangkap dalam mengenakan tindakan ke atas Mat Sabu?

Tangkaplah Mat Sabu dan dakwa dia atas menghasut rakyat menyokong perjuangan komunis. Mat Sabu ini bebal. Komunis sudah jatuh di Rusia dan China tetapi dia masih agungkan perjuangan komunis. Mat Sabu merestui Bintang Tiga membunuh ramai orang Melayu. Nasib baik dia tak duduk di zaman Bintang Tiga, jika tidak Mat Sabu sertai Bintang Tiga bersama Mat Indera.

HIshamuddin amat mengecewakan orang Melayu. Macam mana perwakilan UMNO boleh memilihnya sebagai Naib Presiden UMNO? Semasa dia jadi Ketua Pemuda UMNO, dia minta maaf dengan bukan Melayu kerana menghulur keris. Nampak sangat Hishamuddin takut kepada MCA dan MIC? Orang macam ini layak ke jadi menteri yang nak bela nasib orang Melayu? Bila The Star siar babi jadi hidangan bulan puasa, Hishamuddin takut nak gantung permit akhbar MCA itu. *atutnya gantunglah permit the Star selama sebulan supaya The Star sengsara tak dapat iklan.

Bila Mat Sabu buat kenyataan yang menyinggung ahli keluarga anggota polis yang terkorban dalam Peristiwa Bukit Kepong, Hishamuddin kata jangan terperangkap.Nampak sangat Hishamuddin ini pengecut. Lebih baik dia letak jawatan kerana dia tak layak jadi menteri.

Saturday 3 September 2011

MISI YANG TIDAK ADA FAEDAH

Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, mati akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, petang semalam waktu tempatan.

somalia war deserted streetManakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro malam tadi.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

"Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari sebelah kanan dan ada bau asap. Saya tidak menyangka kenderaan kami terkena tembakan apabila menoleh kebelakang, Aji dalam kesakitan dan Faizul dalam keadaan pucat,” katanya.

Noramfaizul Mohd Nor storySementara itu, wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata tembakan peluru sesat utu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi paru-parunya, dan Noramfaizul (kiri) meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 6.10 petang waktu tempatan.

Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.

NONESementara itu, Norazrina, yang sedang dalam perjalanan balik dari Johor ke rumah mertuanya di Serdang Raya dekat Kuala Lumpur, melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham.

Norazrina berkata, sebelum suaminya berlepas ke Somalia, Allahyarham telah berpesan supaya menjaga diri dan anak mereka dengan baik.

somalia war food for people aid 1"Dia turut berpesan dia pergi kerana berkhidmat untuk negara, dan jangan bimbang dengan keselamatan dirinya,” kata eksekutif perhubungan awam sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Tan berkata, mereka pulang ke tempat penginapan untuk berkemas kerana dijangka pulang ke Malaysia pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan esok.

Beliau berkata, ketua misi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia, sedang berbincang dengan pihak pengurusan untuk membawa balik jenazah Allahyarham bersama rombongan misi esok.

Misi itu berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur dalam misi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia. 



Ulasan saya,  buat apa kita sibuk tolong Somalia sehingga mengorbankan jurukamera Bernama Tv. Sepatutnya tak perlulah kita buang masa membantu Somalia. 


Bagi saya, misi ini tidak ada faedah langsung. Kalau sekadar nak dapat nama, tak perlulah kita hantar bantuan ke Somalia. Lebih baik bantu rakyat Malaysia yang ramai miskin sehingga tergamak meminta bantuan daripada gereja.


Walau bagaimanapun, alfatihah kepada mangsa kejadian tembak di Somalia itu.

Friday 2 September 2011

TAK PERLU TUKAR MB


PAS menafikan kepimpinan parti itu berhasrat untuk menggurkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai menteri besar Kedah, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star, hari ini.

“PAS tiada hasrat untuk menukarkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan dengan ini secara tegas menafikan berita sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star, September 2 dalam satu berita bertajuk Azizan resists PAS leadership's moves to replace him tulisan Joceline Tan.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man“Bahkan perkara ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat tertinggi parti, samada dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian atau Mesyuarat Lujnah Politik parti,” kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri) dalam satu kenyataan media.

Dalam laporan itu, akhbar milik MCA tersebut berkata presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dijadualkan menghadap Sultan Kedah berhubung langkah bagi menggantikan Azizan yang dikatakan tidak sihat akibat serangan sakit jantung, bulan lalu.

Menurut akhbar itu lagi, di sebalik tekanan daripada kepemimpinan pusat PAS, Azizan dikatakan cuba membantah dan mendakwa beliau masih sihat untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

Antara nama-nama yang disebut-sebut oleh The Star sebagai bakal menggantikan Azizan, termasuk tiga ADUN kanan iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Semua mereka adalah juga ahli exco kerajaan negeri.

NONEMengulas isu berkenaan, Tuan Ibrahim berkata PAS melihat tindakan berkenaan sebagai usaha melaga-lagakan kepimpinan PAS oleh pihak-pihak tertentu kerana melihat perpaduan yang kukuh dalam PAS.

“Menjelang pilihan raya umum akan banyak isu yang sengaja ditimbulkan oleh musuh bahkan akan ada pula perisytiharan keluar parti beramai-ramai sebagai petanda pilihan raya umum bertambah hampir.
Presiden nafi dakwaan

“Sekiranya ada perkara penting sebagaimana yang dilaporkan, tentulah ia akan dibawa dalam mesyuarat penting parti,” katanya.

hadi awang pc 060609 02Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menyeru seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat agar mendapatkan maklumat parti melalui saluran rasmi agar tidak terperangkap dengan mainan musuh.
Sementara itu di Kuala Terengganu,Harakahdaily melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau dan pimpinan PAS Pusat menyuruh Azizan meletakkan jawatannya.

Menurut beliau, tiada desakan baik daripada beliau atau mana-mana pimpinan PAS Pusat supaya Azizan meletakkan jawatannya.

"Ustaz Azizan terus kekal sebagai Menteri Besar. Namun buat masa ini beliau masih berehat disebabkan masih dalam rawatan," katanya.

Azizan pada 1 Ogos lalu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung.

anwar left kedah mb azizan centre.jpgBeliau dilaporkan tidak menjalani sebarang pembedahan tetapi melakukan imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) serta saringan kesihatan yang lain.

Bagaimanapun, pegawai khas beliau, Muzaini Azizan berkata Azizan dikehendaki berehat di IJN bagi menstabilkan tekanan darah tingginya di samping mengawal paras gula dalam kandungan air kencing.

Ulasan saya, PAS tak perlu tukar MB kerana pilihanraya umum semakin hampir. Ada yang mengatakan bahawa parlimen akan dibubar pada bulan November ini. Apa MB baru boleh buat dalam masa dua bulan?

Oleh itu sabarlah pucuk pimpinan PAS. Kalaulah benar PAS sudah tidak mahu Ustaz Azizan lagi, tunggulah tiba pilihanraya umum akan datang. Nampak sangat ada orang yang tak sabar nak jadi MB.

Perebutan kuasa dalam kerajaan Kedah ini perlu diambil ikhtibar oleh UMNO. Ini peluang terbaik bagi UMNO menawan semula Kedah jika pemimpin UMNO Kedah semua bersatu. Jika tidak selama-lamanya PAS memerintah Kedah.


Thursday 1 September 2011

TUBUH KEMENTERIAN HAL EHWAL ISLAM


 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan pertubuhan itu supaya kerajaan menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Islam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan kementerian berkenaan amat penting bagi mengendalikan pelbagai isu melibatkan umat Islam.

Katanya,  kini urusan Islam ditadbir oleh JAKIM di peringkat agensi sahaja di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ianya setaraf lain-lain agensi sedangkan Islam adalah agama rasmi Malaysia.

“Dalam keadaan umat Islam semakin banyak digugat termasuk dari segi akidah, maka adalah wajar jika kementerian seumpama itu ditubuhkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Perkasa mengemukakan cadangan itu berlandaskan kepada fakta bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan majoriti rakyatnya beragama Islam.