Presiden
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata setiap undi yang diberi kepada
DAP akan memperkukuhkan PAS dan membuka jalan bagi parti itu menjadi
"taiko" dalam kerajan negeri dan persekutuan.
Katanya DAP memberi janji palsu kepada pengundi Cina bahawa sebuah
kerajaan yang diterajui orang Cina boleh menjadi kenyataan di Malaysia
dan mendakwa masyarakat Cina di negara ini telah ditipu oleh MCA.
"Dalam kempennnya, terutama di hadapan hadirin penduduk Cina, DAP gemar
menyebut kejayaan mereka membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang dengan
ketua menterinya adalah seorang pemimpin DAP.
"Ini memberi harapan palsu kepada kaum Cina bahawa perkara serupa boleh
berlaku di negeri lain. Secara tradisi, perkara ini hanya boleh berlaku
di Pulau Pinang, tidak di negeri lain," katanya pada persidangan sehari
"Cina Malaysia di Persimpangan Politik" anjuran bersama Institut
Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) serta kumpulan pemikir MCA, Insap,
di sini.
Persidangan itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dr Chua berkata hakikat itu dapat dilihat dalam pilihan raya sebelum ini
di Perak iaitu walaupun DAP memenangi 18 kerusi, Parti Keadilan Rakyat
(PKR) tujuh dan PAS hanya enam, tetapi wakil PAS yang menjadi menteri
besar.
"Sekarang DAP mahu menjadikan Johor pula sebagai negeri di barisan
hadapannya. Bagaimanapun, PAS dengan pantas membuat tuntutan bahawa
seorang pemimpin PAS Johor, yang kini Anggota Parlimen di Kelantan,
sepatutnya menjadi MB Johor," kata beliau.
Mengenai pendirian keras PAS berhubung pelaksanaan hukum Hudud, Dr Chua
berkata ia merupakan satu ancaman terhadap sistem undang-undang dan
kehakiman sedia ada di negara ini, di samping memberi kesan langsung dan
tidak langsung terhadap orang bukan Islam di Malaysia.
Katanya ancaman yang dibawa oleh hukum Hudud adalah sesuatu yang nyata,
walaupun ada ahli politik pembangkang dan golongan yang bersimpati
dengan mereka berhujah bahawa ia tidak sepatutnya menjadi suatu
kebimbangan kerana perkara itu tidak terkandung di dalam "Buku Jingga"
dan tidak akan dijadikan manifesto bersama Pakatan Rakyat.
"Bagaimanapun, ini tidak memberi jaminan bahawa PAS tidak akan mendesak
agar hukum Hudud dilaksanakan sekiranya ia berkuasa di Putrajaya,"
katanya.
Mengenai manifesto ekonomi yang terkandung di dalam Buku Jingga, Dr Chua
berkata sekirnya ia dilaksanakan, Malaysia akan muflis selepas dua
tahun.
Contohnya, kata beliau, cadangan pembangkang untuk melaksanakan gaji
minimum RM4,000 sebulan bagi semua isi rumah akan menelan belanja RM93.9
bilion dalam masa lima tahun.
"Sekiranya PR (Pakatan Rakyat) menunaikan semua janjinya seperti yang
terkandung di dalam Buku Jingga, ia akan menelan duit pembayar cukai
sebanyak RM199 bilion, manakala defisit belanjawan persekutuan akan
meningkat kepada 27.5 peratus pada tahun pertama.
"Hutang awam pula akan melonjak kepada RM617.1 bilion pada tahun
pertama. Malaysia akan menjadi muflis menjelang tahun kedua PR
memerintah kerana defisit belanjawan akan melebihi 10 peratus daripada
KDNK dan hutang awam akan melebihi 100 peratus daripada KDNK.
Beliau juga berkata sekiranya pembangkang berkuasa selepas pilihan raya
umum akan datang, ia boleh memporak-perandakan perlembagaan dan
kedudukan kewangan negara ini.
"Pilihan raya akan datang merupakan satu persimpangan, bukan saja bagi
kaum Cina. Saya ingin katakan bahawa ia juga menjadi satu persimpangan
bagi negara ini dan semua rakyat Malaysia. Kesilapan dalam memilih arah
akan memberi kesan besar terhadap negara dan rakyat," katanya.
Dr Chua berkata pembangkang tidak berupaya melakukan sebarang perubahan
seperti yang dapat dilihat di empat negeri yang mereka tadbir.
Katanya mereka lebih berminat mencari mata politik dan publisiti daripada memberi tumpuan untuk mentadbir negeri secara serius.
Ulasan saya, jika Pakatan Rakyat menang, bukan PAS jadi taiko, tapi DAP yang jadi taiko. Buktinya Azizan MB Kedah dah umum batalkan pusat hiburan pada bulan Ramadhan di Kedah tetapi dibantah oleh DAP, maka Azizan tak berani laksanakan pembatalan itu.
No comments:
Post a Comment