VaultSafeUall

Tuesday 17 April 2012

SOKONGAN MENTERI TAK LAKU

Saya baru terserempak dengan seorang kawan di food court di The Mall sebentar tadi. Dia banyak urusan dengan sebuah kementerian.oleh kerana dia bekas ajk pemuda Umno di bahagiannya maka dia kenal dengan menteri Umno. Maka dia pun minta surat sokongan daripada menteri yang dikenalinya itu.

Yang peliknya pegawai di kementerian itu tidak layan pun surat sokongan menteri. Sebaliknya pegawai ini minta rm400 untuk proses permohonan yang dipohonnya. Nampak sangat pegawai lebih berkuasa dari menteri. Semuanya kerana RM (Ringgit Malaysia).

Menteri berkenaaan kena tunjuk kuasa penuh. Jika benar pegawai itu rasuah,hadapkannya ke SPRM supaya dia dipecat dari jawatan itu. Apa yang berlaku di kementerian berkenaan sampai sekarang tidak dapat dihidu oleh menteri berkenaan. Maka menteri kena lantik perisik supaya rasuah yang berlaku di kementeriannya dapat dihapuskan.

No comments:

Post a Comment