VaultSafeUall

Saturday 1 September 2012

PEMBANGKANG GILA KUASA


Tindakan beberapa peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka malam kelmarin mengibarkan bendera yang mereka dakwa akan menggantikan Jalur Gemilang memperlihatkan sikap pembangkang yang semakin gila kuasa.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, belum pun memerintah negara, mereka sudah mahu menukar bendera.

"Inilah perangai pembangkang, Jalur Gemilang itu tidak ada soal kepartian di dalamnya.

"Antara Demokrat, Republikan di Amerika Syarikat (AS) atau Konservatif dan Buruh di Britain, apa pun parti yang memerintah, bendera itulah yang digunakan.

"Ini memberi makna pakatan pembangkang ini sudah gila kuasa, bendera negara pun mereka nak tukar," katanya.

No comments:

Post a Comment