VaultSafeUall

Thursday 11 August 2011

IBRAHIM ALI LAWAN DR. CHUA?

Oleh kerana Perkasa menyokong UMNO, maka Ibrahim Ali dijangka tidak akan mempertahankan kerusi Pasir Mas yang ditandingi oleh UMNO. Presiden perkasa itu dijangka bertanding melawan calon BN yang ditandingi oleh MCA atau MIC atau Gerakan.


Oleh kerana Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek banyak menentang Perkasa yang memperjuangkan hak orang Melayu, maka Ibrahim Ali wajar bertanding di parlimen Tanjong Malim menentang Dr Chua.


Dr Chua tidak akan kembali ke kawasan lamanya di Labis kerana ia kini diwakili oleh anak lelakinya.  Oleh itu pertembungan Ibrahim Ali dengan Presiden MCA akan menyebabkan para pengundi Melayu yang merupakan majoriti pengundi Tanjong Malim serba salah sama ada mahu mengundi BN atau calon Bebas yang diwakili oleh Presiden Perkasa.


Kalau Presiden MIC, Samy Vellu boleh kalah di Sungai Siput, orang Melayu akan menghukum Dr Chua Soi Lek di Tanjong Malim dengan syarat UMNO tak payah berkempen kepada pelakon seks Dr Chua itu. Kalau BN menentang Anwar Ibrahim kerana skandal seks, maka para pengundi UMNO di Tanjong Maim perlu mengalahkan Dr Chua yang terlibat dengan sknadal seks juga.


Ahli parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali tidak risau dengan hasil satu kajiselidik yang menunjukkan beliau mungkin kehilangan kerusi Pasir Mas di Kelantan ekoran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONEDalam reaksinya, presiden PERKASA itu yang membatalkan rancangan perhimpunan anti-BERSIH pada saat-saat akhir, memberitahu penyelidik tersebut "boleh jalan lah".

"Siapa dia, yang tahu saya kalah... boleh jalanlah," katanya dalam teks mesej kepada Malaysiakini semalam.

Ibrahim (kiri) diminta mengulas dakwaan pensyarah Universiti Monash, Wong Chin Huat bahawa beliau mungkin gagal mempertahankan kerusi Pasir Mas untuk kali keempat, selepas perhimpunan BERSIH 2.0 lalu, kerana mendakwa pengundi beralih kepada Pakatan Rakyat.

Berdasarkan kepada data demografi dan pilihan raya, Wong berhujah Pakatan berpeluang memenangi 100 kerusi di peringkat pusat dalam pilihan raya umum akan datang, dengan BN kehilangan 20 hingga 30 kerusi yang dimenanginya dengan majoriti tipis pada 2008.

No comments:

Post a Comment