VaultSafeUall

Wednesday 10 August 2011

PERKASA PATUT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS


Perkasa patut bertanding di kawasan MCA, MIC, Gerakan untuk lihat sejauh mana parti komponen BN itu yang mengkritik hak istimewa orang Melayu diterima oleh para pengundi Melayu.Perkasa wajar bertanding sebagaicalon Bebas. Selama ini MCA,MIC dan Gerakan menang di kerusi Melayu.


Orang Melayu patut mnghukum MCA, MIC  dan Gerakan kerana mereka melukakan perasaan orang Melayu dengan mngundi calon Bebas yangditaja  oleh Perkasa.


 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi amaran kepada parti politik tempatan bahawa mereka akan kehilangan undi Melayu sekiranya terus mempersoalkan perkara berkaitan hak bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa yang kini mempunyai kira-kira 1,000 ahli di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) selain 3,000 hingga 5,000 ahli di setiap kawasan Parlimen tidak akan sesekali memberi undi kepada parti politik yang melanggar semangat Perlembagaan itu.

"Jangan nanti Perkasa dipersalahkan apabila tidak menyokong calon-calon daripada Gerakan, MCA atau MIC akibat mereka mengkritik pendirian Perkasa yang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Parti-parti politik ini juga diingatkan supaya tidak menuntut perkara-perkara yang terkeluar daripada kerangka Perlembagaan negara," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS), hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bebas, Tan Tee Beng yang menasihatkan Barisan Nasional (BN) supaya menggugurkan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon daripada senarai calon pada pilihan raya umum akan datang sekiranya BN ingin memenangi kembali Pulau Pinang daripada DAP.

No comments:

Post a Comment