VaultSafeUall

Monday 29 August 2011

MCA SUDAH GILA NAMPAKNYA

MCA sudah gila nampaknya. Masih tak puas hati kononnya masyarakat Cina dipinggirkan. Bila sudah kalah dalam pertandingan MCA, Ong Tee keat duduk diamlah. Tak payahlah mengadu kepada pegawai diplomat US kononnya masyarakat Cina dipinggirkan tetapi MCA tidak boleh bising kerana terikat untuk menyokong kerajaan BN.


Ini seekor lagi Cina tak sedar diri. Dahlah menang di kerusi majoriti pengundi Melayu (parlimen Pandan) tetapi tidak bersyukur dia jadi presiden MCA dan menteri pengangkutan kerana undi orang Melayu. Nama lama parlimen Pandan ialah Ampang jaya.


Pada pilihanraya kecil 1989, orang Melayu sanggup mengundi Ong Tee Keat kerana dia bertanding di atas tiket BN. orang Melayu sanggup membuang hero Melayu yang berjasa, bekas MB Selangor, Datuk Harun Idris dari calon Semangat 46 kerana mahu BN menang.


Bila Ong menang dia lupa dia menang kerana undi Melayu. Bukan dia menang di Bukit Bintang kerusi majoriti pengundi Cina. Sebaliknya orang Melayu yang mengangkatnya jadi timbalan menteri dan akhirnya jadi menteri.


Apa lagi Ong tak puas hati? Siapa orang paling kaya di Malaysia kalau bukan orang Cina? orang Melayu Tan Sri syed Mokhtar Albukhary duduk di nombor berapa? Ini menunjukkan kerajaan BN adil dalam memberi projek atau lesen kepada orang Malaysia tidak kira keturunan.


Orang India pun ada yang kaya, ananda Krishnan. Siapa yang beri lesen ASTRO dan lesen operate Maxis kalau bukan kerajaan BN? baru-baru ini Tony fernandes diberi memiliki saham dalam MAS. siapa yang beri kalau bukan kerajaan BN?


Justru itu apa lagi MCA tidak puas hati? kalau MCA anak jantan, tak payah bertanding di kerusi Melayu. Biar UMNO bertanding di semua kerusi yang dimiliki MCA. Kita nak tengok berapa kerusi MCA dapat rampas dari DAP.


Silap silap semua kerusi MCA kalah. Empat menteri Cina biar tidak diwakili kerana pengundi sudah menolak MCA mewakili masyarakat Cina.


Bila orang Cina sudah ada kuasa, terlibat dengan rasuah pula. Tun Dr Ling Liong Sik bukan bekas Presiden MCA yang terlibat dengan skandal Port Kelang Free Zone (PKFZ).macam mana rakyat nak hormati MCA bila bossnya sendiri terlibat dengan rasuah.


MCA pada satu mesyuarat tertutup dengan pegawai diplomat Amerika Syarikat mengakui bahawa masyarakat Cina di negara ini turut dipinggirkan tetapi tidak boleh mendedahkannya kerana terikat untuk menyokong kerajaan, khususnya Umno yang memerintah negara.

azlanMenurut pendedahan oleh Wikileaks, kabel rahsia antara Washington dan kedutaannya di Kuala Lumpur, memperincikan mesyuarat pejabat politik kedutaan itu dengan naib presiden MCA, ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Kabel yang bertarikh 19 Oktober 2006 itu didedahkan bulan ini.

"Sudah tentu kami dipinggirkan, dari perniagaan yang besar kepada pemilik gerai kecil, semuanya tahu - tetapi MCA tidak boleh mengakuinya," beliau dipetik memberitahu diplomat Amerika.

Ong yang kemudian dilantik menjadi presiden MCA sebelum disingkirkan oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, mengikut kabel berkenaan, berkata parti itu terpaksa berdiam diri walaupun rata-rata masyarakat Cina cukup tidak berpuas hati.

NONEOng juga dipetik sebagai berkata bahawa "berdiam diri kadang-kadang adalah jawapan sah yang mampu diberikan” sebagai reaksi kepada rasa tidak puas hati masyarakat Cina terhadap MCA dan Gerakan yang menyokong kerajaan.

Kabel itu memperincikan rungutan bekas Presiden MCA bahawa parti itu sebelum ini boleh mendapat "saki-baki" projek-projek pembangunan Umno tetapi kini terpaksa bergantung kepada ehsan dan cebisan sisa daripada rakan kongsinya yang dominan itu.

"Dulu, MCA pernah n mendapat saki-baki, tetapi sekarang kita hanya berharap mendapatkan cebisan sisa daripada Umno," kata Ong seperti laporan kabel itu.

NONEAntara contoh yang diberikan ialah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan di mana tiada satu pun daripada 180 sekolah yang dirancang itu adalah sekolah vernakular dan hanya dua diberikan selepas bantahan daripada masyarakat minoriti.

Menurut kabel itu, Ong juga mengakui rasa tidak puas hati yang sebegitu menebal di kalangan masyarakat Cina terhadap status quo dan bahawa MCA akan menghadapi cabaran paling getir pada pilihan raya umum akan datang.

Kebimbangan mempunyai asas apabila pada pilihan raya umum 2008, separuh daripada kerusi MCA di Parlimen dirampas iaitu hanya mampu mempertahankan 15 daripada 31 kerusi yang dimilikinya sebelum itu. Gerakan yang memerintah di Pulau Pinang tumbang apabila semua kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi tewas.

No comments:

Post a Comment