VaultSafeUall

Thursday 1 September 2011

TUBUH KEMENTERIAN HAL EHWAL ISLAM


 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan pertubuhan itu supaya kerajaan menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Islam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan kementerian berkenaan amat penting bagi mengendalikan pelbagai isu melibatkan umat Islam.

Katanya,  kini urusan Islam ditadbir oleh JAKIM di peringkat agensi sahaja di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ianya setaraf lain-lain agensi sedangkan Islam adalah agama rasmi Malaysia.

“Dalam keadaan umat Islam semakin banyak digugat termasuk dari segi akidah, maka adalah wajar jika kementerian seumpama itu ditubuhkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Perkasa mengemukakan cadangan itu berlandaskan kepada fakta bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan majoriti rakyatnya beragama Islam.

No comments:

Post a Comment