VaultSafeUall

Monday 13 June 2011

DAP AMBILALIH KUASA YANG DIPERTUAN AGONG?

Ketua Penerangan PERKASA, Roslan Kassim mendakwa DAP cuba mengambilalih kuasa Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Ugama Islam Pulau Pinang dengan mengadakan pilihanraya di masjid seluruh negeri tersebut.

Menurut beliau, Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 jelas menunjukkan bahawa pemilihan jawatankuasa masjid hendaklah dilakukan setelah mendapat persetujuan dan perkenan Yang Dipertuan Agong.


"Tindakan DAP ini jelas biadap dan kurang ajar kerana menghasut rakyat tidak menghormati Yang Diperuan Agong," kata beliau kepada blog pantangdicuit ketika ditemui di Hotel Legend, Kuala Lumpur, petang semalam.

Menurut Roslan, pilihanraya masjid pernah diadakan di Kelantan dan Pahang pada tahun 60an dahulu menyebabkan msayarakt berpecah belah dengan dua pasukan bertarung sengit untuk menguasai masjid.

Katanya lagi, sejak itu pilihanraya masjid dibatalkan kerana perpecahan masyarakat Islam semakin ketara.

Roslan menambah DAP menggunakan pilihanraya masjid ini secara halus untuk memecahbelahkan masayarakt Islam Pulau Pinang.

"Nampaknya DAP lebih jahat dari penjajah kerana sepanjang penjajah berada di Malaya mereka tidak campurtangan urusan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu kerana ia di bawah kuasa Raja," tegasnya.

Sehubungan dengan itu beliau meminta orang Melayu di Pulau Pinang tanpa mengira fahaman politik menentang kemungkaran yang dibawa DAP ini.

Tambahnya lagi, jangan sampai nasib orang Islam di Pulau Pinang menjadi sep[erti pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berkeciciran.

No comments:

Post a Comment