VaultSafeUall

Saturday 11 June 2011

NEGARA KEBAJIKAN ALA PAS?

Pas sudah menggugurkan pembentukan negara Islam jika PAS menang dalam pilihanraya umum akan datang. Sebaliknya Presiden PAS, Datuk seri Haji Hadi Awang mengumumkan negara kebajikan.

PAS terpaksa melupakan negara Islam kerana bimbang Karpal Singh suruh PAS langkah mayatnya terlebih dahulu kalau PAS nak buat negara Islam.

Yang kita hairan sebelum ini Haji Hadi mengeluarkan fatwa kafir mengkafir kepada orang UMNO. Jadi adakah orang UMNO yang tidak menyokong negara Islam PAS sudah tidak kafir lagi?

Fatwa yang diucapkan Haji Hadi di Banggol Peradong pada tahun 1981 menyebabkan umat Islam berpecah belah. Orang PAS tak mahu makan daging yang disembelih oleh orang UMNO. Anak orang UMNO tidak boleh bernikah dengan anak orang PAS. Orang PAS enggan solat berjemaah kalau imamnya orang UMNO. Begitu taksub para penyokong PAS kepada fatwa Haji Hadi itu.

Sekarang PAS sudah gugurkan negara Islam maka bagaimana kedudukan ahli-ahli UMNO yang dikafirkannya selama ini.Kita mahu lihat sejauh mana pengumuman baru PAS ini akan menyebabkan ramai lagi ahli PAS akan keluar dari parti itu.

PAS pernah berpecah menjadi Hamim dan kemudiannya Berjasa. Adakah selepas ini PAS berpecah lagi. PAS sanggup menggadaikan prinsipnya kerana mahu berkawan dengan DAP. Dahulu Nik Aziz berkata berkawan dengan UMNO macam berkawan dengan syaitan. Sebaliknya berkawan dengan DAP tidak syaitan pula sedangkan jelas orang DAP adalah orang kafir.

Inilah PAS yang sanggup buat apa sahaja semata-mata untuk memerintah negara. Lupakanlah prinsip asalkan matlamat untuk menang pilihanraya tercapai. Dahulu mereka kata kalau undi BN tak masuk syurga, jadi adakah undi calon DAP dapat masuk syurga? 

No comments:

Post a Comment