VaultSafeUall

Friday 16 September 2011

BUBAR AJA KITA


 Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana suatu ketika dahulu beliau tidak pernah yakin dengan keupayaan Najib untuk melakukan sesuatu termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mohd Zaid berkata, ternyata pandangan beliau terhadap Najib adalah meleset sama sekali apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan akta berkenaan semalam.

"Saya dahulu tidak yakin Najib mempunyai keberanian untuk membuat sesuatu yang besar dan hari ini saya minta maaf pada Perdana Menteri kerana akhirnya sanggup berbuat sesuatu yang bermakna dan besar untuk memansuhkan ISA ini.

"Saya sifatkan ini sebagai satu hadiah kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.

Semalam, Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik.

Mohd Zaid yang kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) berkata, apa yang dilakukan Najib itu telah memberi nafas baru kepada istilah demokrasi.

Ulasan saya, kalau Zaid dah sokong Najib hapuskan ISA, maka bubarkan sahaja parti KITA. Bukannya KITA ada pengaruh. Oleh itu parti nyamuk seperti KITA perlu dibubarkan.


Zaid pernah membuat keputusan mengejut meletakkan jawatan dari kabinet apabila Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar menggunakan ISA yang dikatakan lapuk. Selepas keluar dari UMNO beliau menyertai PKR dan bertanding pada pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor pada tahun2010.


Selepas tewas dalam pertandingan Timbalan Presiden PKR, Zaid menubuhkan parti baru, KITA  yang tidak menerima sokongan menyeluruh daripada rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment