Kementerian Pertahanan berikrar tidak akan membenarkan mana-mana pihak berterusan mempolitikkan perolehan kapal selam negara dengan menabur fitnah sehingga bukan sahaja menjejaskan imej Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bahkan nama baik negara.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu khususnya pembangkang dan pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu harus dihentikan segera kerana aspek pertahanan negara bukan bahan dagangan politik.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada semua pihak tidak sesekali mempertikai keupayaan kapal selam negara dan merendahkan kemampuan anak kapal dengan menjadikan perkara tersebut isu pilihan raya demi kepentingan politik sempit.
"Tindakan mereka harus dihentikan dan kapal selam selaku aset terbaik pertahanan negara mesti dipertahankan walau apa-apa pun tuduhan dan fitnah dilemparkan. Kapal selam bukan sahaja aset, tetapi membawa imej negara dan TLDM di mata dunia.
"Dahulu tuduh kapal selam tidak boleh menyelam, tetapi selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijemput menyelam, isu itu senyap. Kemudian Suaram pula timbul sedangkan Perancis sendiri mengesahkan tiada kes pendakwaan," katanya di Kota Kinabalu semalam.
Terdahulu, beliau menyampaikan Sijil dan Insignia Kepakaran Kapal Selam kepada lima pelatih TLDM iaitu Laskar Kelas 1, Wan Abdul Jalil Wan Mohamad, Laskar Kelas 1, Mohd. Farid Muhammad Samimin, Leftenan Komander Shahrul Azri Mohamad Sobri, Leftenan Komander Saidin Ibrahim dan Pegawai Waran 1, Rosli Abdul Rahman.
Turut hadir, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda, Datuk Rosland Omar dan Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Pertama Abdul Rahman Ayob.
Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Zahid berkata, perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang bakal ditandatangani merupakan kejayaan besar kepada usaha Malaysia menamatkan konflik yang berlanjutan selama 40 tahun itu.
"Kejayaan ini adalah kredit kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang memulakan inisiatif semasa menjawat Menteri Pertahanan dulu dan tambah manis usaha Malaysia ini diiktiraf kerajaan Filipina apabila mereka menjemput Perdana Menteri menyaksikan detik bersejarah itu.
"Tamatnya konflik bersengketa ini bukan sahaja akan mengurangkan masalah pendatang tanpa izin (PATI) daripada menyeludup masuk ke Sabah, tetapi tugas berat yang terpaksa ditanggung TLDM sebelum ini juga dapat dikurangkan," jelasnya.

"Saya nampak bila ADUN DAP bercakap, nampak sangat kebodohan dia sebagai ADUN. Dia hanya tengok borang 5A (yang mengesahkan pemilikan tanah) keluar.
"Dia fahamkah apa ertinya join venture?Join venture ertinya dalam perjanjian ada untung rugi. Kalaujoin venture, berapa saya punya share?

Bagaimanapun, menurut sumber-sumber yang rapat dengan PAS Pendang, mereka gagal memujuk PAS kawasan itu supaya menukarkan keputusan tersebut, dengan mengekalkan penyandangnya Dr Hayati Othman, yang dicalonkan kawasan tersebut untuk bertanding DUN Tokai.
Sumber PAS Pendang pula berkata keputusan memilih Mohamad bertanding di Pendang disokong oleh majoriti daripada 157 cawangan dalam kawasan tersebut. Kerusi Parlimen Pendang pernah diwakili mantan presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.
Bagaimanapun, sumber berkenaan berkata pihaknya enggan memanjangkan isu berhubung kandungan surat tersebut, apatah lagi ia dilakukan tanpa merujuk kepada kawasan terlebih dahulu.
"PAS Kedah tak menolak Abang Mat," katanya ketika menghubungi Malaysiakini, Jumaat lalu.
Malah, dakwa sumber itu, kebimbangan pengaruh Syiah yang dikaitkan dengan Mohamad turut menjadi sebab mengapa beliau ditolak memandangkan terdapat tokoh agamawan PAS yang dikaitkan dengan fahaman itu, turut menetap di Pendang.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini
minggu lalu, Abdullah – yang popular dengan nama Dollah Kok Lanas –
menyebut beberapa nama tokoh dan juga peristiwa penting yang berlaku
menjelang penahanannya pada 1976.
"Tun
Hussein beritahu saya 'Tahan ini, bukan apa. I percaya you bukan
komunis tapi kita nak tahan Harun Idris ini (menteri besar Selangor dan
ketua pemuda Umno pada itu) kerana rasuah.
Harun
Idris pula dipecat daripada Umno apabila enggan meletak jawatan
berhubung dakwaan rasuah dan kemudiannya dituduh dimahkamah dan dihukum
penjara selama lima tahun.
Abdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.
Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang diterajui seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.