VaultSafeUall

Tuesday 18 October 2011

AGIH KERUSI BN TANPA IKUT KUOTA PARTI

Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bersedia mengetepikan kepentingan masing-masing termasuk menyerahkan kerusi tradisi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, percaturan BN pada PRU13 bukan semata-mata untuk mempertahankan kerajaan sedia ada, sebaliknya, mahu membentuk kerajaan dengan majoriti yang lebih besar.

"Jika dahulu kita hanya mempertahankan kerajaan, PRU13 nanti kita mahu membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga dan merampas semula negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang termasuk Kelantan.

"Justeru, saya melihat setiap parti komponen perlu berfikir di luar kepompong dan bersedia berkompromi dalam pengagihan kerusi supaya tidak lagi terikat dengan kaedah konvensional," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar 1Malaysia dan Ketahanan Nasional II Transformasi Negara anjuran Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Biro Tata Negara (BTN) di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya setiap parti komponen bersedia menyerahkan kerusi lazim bagi memastikan kemenangan besar pada PRU13 nanti.

Ahmad Zahid menambah, soal pengagihan kerusi tidak sepatutnya menjadi isu dalam kalangan parti komponen apatah lagi ketika pembangkang sedang mengatur strategi untuk ke Putrajaya.

Ulasan saya, pengagihan kerusi BN bukan berdasarkan kuota parti komponen wajar disokong. Contohnya jika letak calon MCA di kawasan majoriti Melayu, MCA boleh kalah, maka lebih baik letak calon UMNO kerana letak calon UMNO, BN boleh menang. MCA kena berkorbanlah kerana yang penting BN mahu menang dan bentuk kerajaan.

Kerusi MCA yang diambil UMNO itu boleh ditukar ke tempat lain. Kita lihat dasar PKR letak calon Melayu di kawasan MIC Teluk Kemang menyebabkan calon BN dari MIC kalah dan calon PKR orang Melayu menang. justru itu UMNO kena letak calon di Teluk Kemang dan bukannya MIC.

Kalau trend begini berlaku, mungkin kerusi MIC dan MCA makin kurang tetapi yang penting BN mahu menang dua pertiga dan bentuk kerajaan.

No comments:

Post a Comment