VaultSafeUall

Saturday 15 October 2011

JANGAN DABIK DADA

Umno Kelantan tidak gentar untuk menghadapi PAS sekiranya parti itu enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Umno Kelantan (dalam keadaan sedemikian) akan lebih berpeluang untuk merampas negeri itu.

"Kita dapat menumpukan sepenuh kekuatan yang ada jika ia dibuat secara berasingan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke kawasan peti undi Tanjung Jering di sini, Jumaat.

Beliau mengulas pendapat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam agar pilihan raya umum ke-13 diadakan pada masa paling hampir dengan tarikh akhir mandat kerajaan sekarang.

Pilihan raya umum ke-12 berlangsung 8 Mac 2008.

Menurut Mahathir ini bagi mengelakkan pakatan pembangkang yang menguasai empat negeri (Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah) tidak membubarkan DUN masing-masing.

Sehubungan itu Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata terserah kepada PAS Kelantan untuk membuat pilihan sama ada untuk membubarkan serentak atau sebaliknya kerana Umno tidak mempunyai masalah untuk menghadapinya.

"Kita sudah bersedia untuk menghadapinya sama ada sekarang atau dua tahun lagi", kata Ketua Umno Bahagian Bachok itu.

Beliau bagaimanapun tidak yakin PAS Kelantan akan mengadakan pilihan raya secara berasingan berasaskan beberapa faktor antaranya "kedudukan pengaruh mereka semakin hari semakin merosot dan kedudukan kewangan mereka semakin meruncing".

"Kalau mereka mengadakan pilihan raya serentak mereka tidak payah mengeluarkan belanja sampai dua kali," katanya.


Ulasan saya, tak payahlah BN Kelantan mendabik dada akan menangi kerusi parlimen kalau pilihanraya DUN dan parlimen di Kelantan tidak serentak.


Masalah dalaman dalam UMNO tak selesai. Ketua bahagian lebih suka BN kalah kerana dia ada peruntukan sebagai ketua bahagian. Jika BN menang, peruntukan yang ada pada ketua bahagian akan ditarikbalik. Sebaliknya ahli parlimen yang lebih berkuasa nanti kalau ketua bahagian tak dapat jadi calon.

Orang UMNO lebih rela PAS menang di Kelantan kerana ketua bahagian mewah dengan peruntukan. Sebab itulah BN tak perlu tumpu Kelantan dan Pulau Pinang pada pilihanraya umujm akan datang kerana sukar untuk menawan balik Kelantan dan Pulau Pinang.

Lebih baik BN tumpu rampas Kedah dan Selangor. Peruntukan yang ditabur ke Kelantan dan Pulau Pinang dihantar ke Kedah dan Selangor kerana lebih mudah tawan kedua-dua negeri itu.



No comments:

Post a Comment