Prof. Dr. Abdul Aziz Bari bertegas tidak akan
memohon maaf atau menarik balik kenyataannya yang mempersoal titah
peringatan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu
cubaan memurtadkan umat Islam di sebuah gereja Ogos lalu.
Sebaliknya, beliau tetap dengan pendiriannya bahawa tindakan Sultan
Selangor campur tangan dalam isu tersebut sebagai bukan sesuatu yang
lazim dan tidak selaras dengan ajaran Islam walaupun pada masa sama,
beliau sendiri mengakui hak mutlak baginda selaku Ketua Agama Islam
negeri.
Namun, apabila ditanya kenapa beliau selaku pakar Perlembagaan tidak
pula mempertikai pihak gereja meskipun tahu, cubaan menyebar agama
Kristian kepada umat Islam salah mengikut Perkara 11 (4) Perlembagaan
Persekutuan, Abdul Aziz sekadar berkata, isu itu tidak timbul kerana
tiada bukti.
"Minta maaf apa benda? Saya bukan derhaka, bukan saya mempertikaikan
kuasa sultan pun. Saya kata apa yang dilakukan oleh Sultan Sharafuddin
itu tidak tepat dan adakah itu derhaka? Tunjukkan kepada saya di mana
kenyataan saya bersifat kurang ajar dan derhaka kepada sultan?
"Saya cuma tegur apa yang saya fikir tidak tepat. Jadi kenapa saya
perlu minta maaf. Kita semua bukan maksum seperti nabi, mesti ada silap
dan dalam negara demokrasi, institusi diraja juga tidak terkecuali
daripada dinilai dan dikritik oleh rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan
Malaysia di sini hari ini.
Selasa lalu, pensyarah Undang- Undang di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu mencetuskan kontroversi apabila secara
terbuka mempertikai titah peringatan Sultan Sharafuddin dengan mendakwa,
tindakan Sultan Selangor tersebut tidak konsisten dan tidak selaras
dengan ajaran Islam.
Sedangkan, selaku Ketua Agama Islam negeri, di bawah Artikel 47 dan
48 Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor 1959, baginda bukan
sahaja mempunyai hak, malah bertanggungjawab bagi membela, mempertahan,
mendaulat dan memartabatkan agama Islam di negeri Selangor.
Dalam perkembangan berkaitan, ditanya adakah kenyataannya yang
mendakwa sesetengah raja melanggar garisan mereka dan membelakang
Perlembagaan sebagaimana disiar portal berita propembangkang, Malaysiakini,
pada Rabu lalu merujuk kepada Sultan Sharafuddin, Abdul Aziz
menafikannya.
Katanya, beliau membuat kenyataan itu secara umum tanpa merujuk
kepada mana-mana sultan tetapi pada masa yang sama memberi contoh,
krisis politik di Perak pada 2009 membuktikan bagaimana raja telah
bertindak melanggar garisan walaupun pada hakikat sebenar ia mengikut
undang-undang.
Mengenai pandangan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar
Baharu, Datuk Zulkifli Noordin bahawa beliau seorang tenaga akademik
yang propembangkang dan berpihak, Abdul Aziz turut menafikan pandangan
tersebut dengan berkata: "Saya pro kepada kebenaran dan tugas saya
mendidik,".
Sementara itu, Abdul Aziz yang berang dengan kecaman Zulkifli
terhadapnya mencabar wakil rakyat Bebas berkenaan berdebat secara
terbuka pada bila-bila masa dalam soal Perlembagaan Persekutuan, jika
bekas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut merasakan dirinya lebih
pakar dalam aspek Perlembagaan.
"Cabaran Zulkifli supaya saya meletakkan jawatan paling tidak siuman.
Sepatutnya dia yang letak jawatan dan masuk bidang akademik. Kita
tengok sejauh mana kepakaran dia dalam aspek Perlembagaan. Saya tidak
berminat dengan politik tetapi sedia berdebat dengannya pada bila-bila
masa," cabarnya.
Ulasan saya, janganlah terlalu angkuh Profesor Kangkung, Dr Aziz Bari. Kalau kamu benar pakar perlembagaan, kenapa Nik Aziz tak berani laksanakan hukum hudud di Kelantan sedangkan kamu sudah kata kerajaan pusat tak ada hak campurtangan dalam urusan agama kerana urusan agama adalah kuasa kerajaan negeri.
Oleh itu jangan mendabik dada kononnya kamu pakar perlembagaan. Kamu makan gaji dengan UIA milik kerajaan pusat. Jika tak setuju dengan kerajaan pusat, letak jawatanlah. Buat apa menghasut pelajar anda menentang kerajaan. Tak haramkah duit yang kamu makan beri anak-anak sedangkan kamu tentang kerajaan?
No comments:
Post a Comment