VaultSafeUall

Wednesday 12 October 2011

WUJUDKAN KEMENTERIAN ZAKAT

Ahli parlimen Sri Gading, Datuk Muhammad Aziz mencadangkan supaya kerajaan mengwujudkan Kementerian Zakat.

Membahaskan bajet 2012 di Dewan Rakyat kelmarin, beliau berkata wang zakat hendaklah diurus seperti Tabung Haji.

"Panggil cerdik pandai macam Prof Ungku Aziz memikirkan bagaimana wang zakat diurus seperti Tabung Haji. Kalau perlu wujudkan Kementerian Zakat," katanya sambil melahirkan rasa kesal kerana umat Islam terpaksa mengemis dengan pihak lain untuk mendapat wang sara hidup sedangkan wang zakat banyak dikutip di seluruh negara.

Beliau juga meminta kerajaan memantau harga rumah yang melambung tinggi. Katanya, ini menyebabkan golongan muda yang baru bekerja menanggung hutang yang banyak kerana harga rumah yang melambung tinggi di bandar besar.

Sehubungan dengan itu beliau meminta kerajaan memantau harga rumah supaya pemaju perumahan tidak menindas rakyat.

Muhammad juga menyentuh tentang Mat Sabu. menurutnya, biarlah Timbalan Presiden PAS mahu mengagungkan komunis, itu adalah hak beliau.

"Biarlah orang PAS nak agungkan komunis, itu hak mereka. Tetapi janganlah sekali-sekali menghina pihak polis, tentera yang banyak berkorban sepanjang menentang pengganas komunis dahulu," katanya.

Beliau menambah biarlah apa pembangkang nak tafsir tentang Bajet 2012 asalkan kerajaan tunaikan apa yang dijanjikan dalam Bajet tersebut.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri yang membentangkan Bajet 2012 yang dianggap paling baik kerana memberi faedah kepada seluruh rakyat jelata, Muhammad berkata rakyat Seri Gading tahu berbudi bahasa dan mereka bukan lupa daratan dengan mengundi BN pada pilihanraya umum akan datang.

No comments:

Post a Comment