Perhimpunan agung UMNO dari 29 November hingga 3
Disember ini bukan sahaja penting buat UMNO malah buat BN kerana UMNO adalah
tunggak utama BN. Ia menjadi amat penting kerana ia adalah perhimpunan terakhir
sebelum pilihan raya umum ke 13.
Justru itu apa sahaja isu yang dibangkitkan para
perwakilan akan mendapat perhatian dunia kerana ia bukan sahaja dihadiri oleh
perwakilan UMNO malah turut dihadiri pemerhati dari parti-parti utama di dunia.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri
Tengku Adnan Mansor berkata UMNO tidak dapat menyekat jika ada perwakilan yang
membahaskan isu sensitif.
“UMNO adalah parti berasaskan kaum seperti MCA dan
MIC. Oleh itu sudah tentu para perwakilan akan membahaskan isu-isu yang
berkaitan dengan kepentingan bangsa mereka,” katanya ketika memberi taklimat
media mengenai perhimpunan agung UMNO yang akan diadakan hujung bulan ini.
Katanya, malah dalam kongres MCA dan MIC para
perwakilan mereka juga membahaskan isu sensitif tetapi tidak mendapat liputan
media. Sebaliknya apa yang dibahaskan oleh perwakilan UMNO mendapat liputan
media yang penuh.
Katanya, walaupun UMNO memperjuangkan hak orang
Melayu tetapi UMNO tetap memperjuangkan hak semua kaum kerana UMNO adalah
tunggak kerajaan BN.
Bercakap tentang perhimpunan agung ini, seramai
2,627 perwakilan akan menghadiri perhimpunan selama tiga hari itu yang
menampilkan 191 orang setiausaha bahagian yang akan hadir sebagai
perwakilan automatik buat kali pertama.
Ketika ditanya kenapa bendahari dan ketua
penerangan bahagian tidak diberi perwakilan automatik juga, Tengku Adnan
menjelaskan ia melibatkan pindaan perlembagaan.
“Pindaan perlembagaan parti dua tahun lepas
meluluskan supaya setiausaha bahagian diberi perwakilan automatik kerana mereka
adalah penggerak parti di peringkat bahagian. Mereka bekerja secara sepenuh
masa di bahagian. Oleh itu mereka diberi penghormatan untuk hadiri perhimpunan
secara automatic,” katanya lagi.
Perhimpunan
agung bermula dengan taklimat presiden secara tertutup yang akan diadakan pada
petang 29 November (Selasa). Pada sebelah malamnya, Timbalan Presiden UMNO, Tan
Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan perhimpunan serentak pemuda, wanita dan
puteri.

No comments:
Post a Comment