VaultSafeUall

Wednesday 2 November 2011

KENAPA JAKIM TAKUT PADA BUKU SEKS ISLAM?

Kerajaan akhirnya mengharamkan buku kontroversi "seks Islam" yang diterbitkan Kelab Isteri Taat.
Sesiapa yang memiliki buku karangan balu kepada pengasas al-Arqam Ashaari Muhammad itu boleh didenda sehingga RM5,000, lapor The Star yang memetik kenyataan Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Abdul Aziz Md Nor.

obedien wife club book sex islam Menurut beliau, buku itu diharamkan kerana ia diterbitkan oleh sebuah pertubuhan yang mempunyai hubungan jelas dengan al-Arqam.
Oleh kerana pergerakan berkenan diharamkan, segala yang berkaitan dengannya, termasuk kelab dan buku, turut juga haram, katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Inggeris itu.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini dilaporkan menimbang untuk menyekat pengedaran buku tulisan Hatijah Aam yang didakwa menonjolkan seks dengan cara tidak beradab itu.
Buku berjudul: Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia itu memaparkan gambar bekas pemimpin Al-Arqam, allahyarham Asaari Muhammad di kulitnya.
Kelab Isteri Taat mengehadkan jualan buku setebal 115 halaman itu kepada anggotanya yang telah berkahwin sahaja dengan harga RM50.

Ulasan saya, masyarakat kita masih belum terbuka bercakap tentang seks sedangkan seks itu satu keperluan. Ramai pasangan bercerai apabila isteri tidak puas dengan suami. Kenapa buku yang baik ini diharamkan sedangkan ia bukannya menggalakkan maksiat sebaliknya menggalakkan isteri lebih kreatif memberi perkhidmatan seks kepada suami.

Buku ini bukannya diterbitkan oleh Darul Arqam kenapa JAKIM takut sekali kepada Arqam? Arqam sudah mati. Maknaya JAKIM takut kepada orang mati? Saya hairan sesudah 54 tahun merdeka otak para pegawai JAKIM masih jumud dalam seks.

Saya masih ingat saya pernah wakili Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu pada tahun 1997 di Radio Terengganu mewakili doktor pakar. Kebetulan hari itu Dr Ismail Thamby tidak hadir maka saya menggantikan Dr Ismail di radio mewakili YPK. Sedang saya bercakap tentang tajuk yang diberi, pengawal rancangan, Azizah datang ke studio suruh saya tukar tajuk. Saya baru bercakap lima minit terus saya tukar tajuk hubungan suami isteri.Azizah hasut Pengarah YPK, Datuk Azman Muda supaya tidak membenarkan saya muncul di radio lagi. Saya puas hati sepanjang muncul di radio saya sudah banyak menyelamatkan pasangan suami isteri yang mahu bercerai kerana dalam hubungan ini kita perlu berterus terang dalam seks.

Nampak sangat orang kita masih jumud, tidak terbuka tentang seks. Isteri tak puas pun tak tahu. Sebab itu ramai isteri cari jantan lain melalui facebook kerana tidak dapat kepuasan seks. Oleh itu buku SEKS ISLAM ini perlu digalakkan penerbitannya supaya pasangan suami isteri tidak curang dengan pasangan masing-masing. Kalau JAKIM masih takut buku seperti ini9 diterbitkan sedangkan melalui internet pembaca bebas mendapat bahan tentang seks, nampaknya kita masih di belakang.



No comments:

Post a Comment