VaultSafeUall

Sunday 10 July 2011

AMBIGA JADI KUDA TUNGGANGAN ANWAR

Bekas ketua pemuda Keadilan Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar mendakwa Datuk S. Ambiga menjadi kuda tunggangan Anwar Ibrahim. Katanya, Ambiga bukan sahaja kuda tunggangan Anwar malah telah dikambinghitamkan oleh Anwar untuk mengelak pihak berwajib, pemimpin kerajaan, BN, musuh politik dan rakyat menumpukan sepenuh tenaga menangani kes liwat beliau.

Beliau mendakwa Anwar juga berharap melalui perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu untuk menarik perhatian rakan sekutu yahudi dan negara luar terutamanya US, Britain dan Australia bagi mendapat simpati politik dan salah guna kuasa.

"Anwar juga mahu menilai dan mengkaji keteguhan iman dan pemikiran masyarakat dan melayu Islam dan pimpinan ulamak adakah mereka masih lagi kuat dalam semangat kasihkan sesama bangsa dan agama sebab itu beliau gunakan Ambiga yang memperjuangkan isu murtad Lina Joy," katanya lagi.

Katanya lagi, melalui peristiwa 9 Julai ini juga  Anwar mahu menguju adakah lobi bagi mendapat sokongan serta simpati bantuan kewangan daripada luar berjaya atau tidak untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.
melalui perhimpunan haram ini juga ideologi PKM mudah menyerap masuk, kata Fakhrul Azman lagi

No comments:

Post a Comment