VaultSafeUall

Wednesday 6 July 2011

BUATLAH DI STADIUM SHAH ALAM

Pelik juga Bersih ini. Nak buat perhimpunan di Stadium Merdeka. Buatlah di Stadium Shah Alam kerana ia lebih mudah pasal stadium itu terletak di Selangor negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Betul juga kata Datuk Seri Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri, walaupun Bersih sudah mengadap Yang Dipertuan Agong tetapi bersih tetap pertubuhan haram.

Oleh itu jika Bersih memohon permit polis, sudah tentu polis tidak meluluskan permohonan permit untuk berhimpun. Oleh itu Bersih perlu cari alternatif lain mohon permit atas nama PAS atau DAP atau PKR kerana ketiga-tiga parti itu bukan pertubuhan haram.

Dahulu Bersih nak berarak ke Istana Negara kononnya nak hantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong. Yang peliknya semalam Bersih sudah mengadap Yang Dipertuan Agong, kenapa tak serah memorandum kepada Baginda? kenapa perlu berhimpun lagi di stadium?

Seperti kata Datuk Seri Najib Tun Razak, nak berhimpun di stadium boleh tapi pergilah secara aman dan baliklah secara aman, jika berlaku apa-apa kekacauan maka Datuk S. Ambiga perlu bertanggungjawab.  Oleh itu jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini maka polis hendaklah menangkap Ambiga kerana beliau gagal mengawal para penyokong Bersih.

No comments:

Post a Comment