VaultSafeUall

Saturday 30 July 2011

KERAJAAN BN TAK MINAT FORMULA TURUNKAN HARGA BARANG

Sudah ada formula untuk turunkan harga barang tetapi nampaknya kerajaan BN tidak minat dengan formula itu.Di zaman Pak Lah sudah ada cadangan dikemukakan kepada MOF dan EPU untuk turunkan harga minyak dan harga barang-barang terkawal seperti gula, beras, tepung gandum, minyak masak tetapi Pak Lah tak minat.

Sebaliknya Pak Lah menyuruh rakyat yang memperbaharui cukai jalan kereta mereka mendapat rebat RM625. Cadangan itu untuk mengurangkan duit rakyat sebaliknya dengan rebat itu kerajaan menambah duit rakyat hingga RM5 bilion untuk membayar rebat itu. Alangkah cerdiknya Pak Lah ,mengendalikan negara.

Najib mengumumkan sistem pengurusan subsidi dalam pembentangan bajet sulungnya pada tahun 2009. Tetapi ia ditangguhkan kerana Maybank yang diberi tanggungjawab itu ingin menggunakan mykad yang ternyata tidak relevan. Sebaliknya formula yang dikemukakan oleh sebuah syarikat yang sudah sampai ke MOF dan EPU lebih praktikal tetapi tidak dilaksanakan.

Oleh itu Muhyiddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang perlu melihat semula cadangan ini. Jika cadangan syarikat ini dilaksanakan oleh kerajaan BN, BN akan menang pilihanraya umum selama-lamanya kerana harga minyak, minyak masak, beras, gula, tepung gandum lebih murah dari harga pasaran.

Rakyat marah kepada kerajaan BN kerana harga barang naik. Sebab itu BN dikatakan Barang Naik. Dengan formula ini harga minyak, gula, tepung gandum, beras boleh dibeli oleh rakyat dengan harga RM1.00 sahaja. Memang pelik tetapi benar.Jika BN melaksanakan formula ini rakyat tidak akan marah kepada kerajaan lagi. Sebaliknya BN akan menang pilihanraya umum buat selama-lamanya sehingga kiamat.


Kerajaan akan mengkaji langkah baru untuk menangani kenaikan harga barang bagi mengurangkan bebanan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONEBeliau berkata antara langkah berkenaan ialah membantu petani, penguatkuasaan undang-undang, imbuhan khas kepada rakyat dan menambah subsidi untuk rakyat selain subsidi minyak.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi mengkaji langkah berkenaan dan merumuskan formula untuk mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan kos harga barang-barang, kata Muhyiddin yang juga pengerusi jawatankuasa itu.

Langkah itu nanti akan menidakkan dakwaan bahawa kerajaan tidak ambil kisah mengenai beban yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barang-barang keperluan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan dan Pelancaran Program Doktor Masuk Kampung Parlimen Pagoh hari ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menambah satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu yang berkaitan usaha untuk memerangi kos kehidupan yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga barang-barangan terutamanya makanan, yang dilihat sebagai fenomena global dan membebankan rakyat.

No comments:

Post a Comment