VaultSafeUall

Friday 15 July 2011

BN PATUT AMBIL PELUANG PAS BERGADUH DENGAN DAP

BN boleh ambil peluang daripada  pergaduhan DAP dengan PAS dalam isu penutupan pusat hiburan pada bulan Ramadhan di Kedah. tapi yang peliknya MCA marah juga pada PAS yang tutup pusat hiburan itu. Ini yang bengongnya MCA.

Menteri MCA yang bodoh ini kata pelancongan terjejas di Kedah. peduli apa terjejas pelancongan di kedah. Biar orang kurang datang ke situ supaya duit pelancong tak mengalir ke Kedah. Kedah bukan diperintah BN. Bengong juga doktor ini. lain kali Najib jangan lantik doktor jadi menteri pelancongan. Lantik doktor jadi menteri kesihatan aja.

Keputusan kerajaan negeri Kedah menutup semua premis hiburan sepanjang Ramadan ini dianggap tidak rasional dan boleh menjejaskan sektor pelancongan di negeri itu.


Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, ini kerana bukan semua pelancong yang datang ke negeri itu beragama Islam dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri pimpinan Pas itu disifatkan sebagai kurang bijak.

Katanya, Kerajaan Pas Kedah sepatutnya mengambil pendekatan yang lebih baik bagi menjaga keharmonian kaum di negeri itu dan pada masa yang sama, berusaha memastikan bahawa sebarang dasar yang dibuat mengambil kira kepentingan setiap pihak.

"Saya agak terkejut apabila diberitahu bahawa semua premis hiburan di sana (Kedah) termasuk Langkawi akan ditutup selepas ini.

"Saya hormati pendirian mereka (untuk menutup premis hiburan). Tapi, ini bukanlah cara terbaik untuk mereka bangunkan ekonomi sebaliknya akan mengurangkan kedatangan pelancong asing ke sana," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat berhubung sektor pelancongan di negeri-negeri Pantai Timur bertajuk 'Pelan Pembangunan dan Peluang Perniagaan' di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Kemudahan Awam Negeri, Toh Chin Yaw dan Pengarah Pelancongan Terengganu, Ahmad Fathil Abdul Ghani.

No comments:

Post a Comment