VaultSafeUall

Friday 1 July 2011

SIAPA YANG DAPAT UNTUNG?

Siapa yang dapat untung dari perhimpunan haram bersih pada 9 Julai ini? Sudah tentu BN yang dapat untung kerana sejarah telah membuktikannya. Bila berlaku Persitiwa 13 Mei 1969, bukan pembangkang yang untung dari peristiwa tersebut sebaliknya parlimen digantung.

Bila parlimen dipulih, terbentuklah parti BN yang menggantikan Perikatan yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC. BN dianggotai oleh parti yang lebih banyak termasuk Gerakan di Pulau Pinang yang menumbangkan MCA. Justru itu yang untung adalah BN.

Begitu juga peristiwa demonstrasi di Kelantan pada tahun 1978. BN yang untung dapat merampas negeri itu dari tangan PAS. Reformasi tahun 1999 menguntungngkan BN kerana BN hanya kalah di Kelantan dan Terengganu pada pilihanraya umum tahun tersebut.

Oleh itu jika Bersih berdegil pada 9 Julai ini, BN yang akan untung kerana polis akan mempastikan semua pemimpin yang buat perarakan jalanan ini akan ditangkap sama ada di bawah ISA atau peruntukan undang-undang yang lain. Dari satu segi Anwar Ibrahim melihat perhimpunan anjuran Ambiga ini sebagai satu ujian kepada orang melayu sama ada masih fanatik kepada beliau. Pada masa yang sama Mat Sabu yang juga timbalan pengerusi Bersih cuba berbaik-baik dengan Anwar melalui perhimpunan ini.

Ramai yang tahu Mat Sabu pernah mengatakan kepada Anwar Aljuburi sewaktu Anwar masih TPM. Maka perhimpunan ini adalah satu platform kepada Mat Sabu untuk memulihkan hubungan dengan Anwar.

Perhimpunan Bersih sudah dicemari oleh anasir komunis apabila lima pemimpin PSM dikesan mengunjungi perkampungan Khao Nam Khang, kawasan penempatan bekas ahli PKM di Selatan Thailand baru-baru ini. Ia mengutakan lagi hujah bahawa PSM cuba menghidupkan smeula ideologi komunis di negara ini.

Pada kita yang tahu sejarah tidak akan hairan bahawa ideologi komunis masih lagi dibawa oleh parti pembangkang kerana teori NASAKOM (nasionalis, agama, komunis) telah dan masih dipuja oleh mereka.

Sejarah menunjukkan bagimana PKMM yang ditubuhkan pada Ogos 1945 oleh Ahmad Boestamam telah didokong oleh seorang pelarian komunis Indonesia, Mokhtaruddin Lasso yang membawa sejumlah wang dari sumbangan Parti Komunis Antarabangsa(PKA). Beliau telah dilantik sebagai pengerusi PKMM yang pertama.

Selepas itu pada tahun 1964 Ahmad boestamam menubuhkan Parti Rakyat dan bila ia dibubarkan pada tahun 2001 oleh Syed Husin Ali maka terjalinlah hubungan di antara PKR dengan Partai Rakyat. Sebagai protes terhadap kemasukan golongan sosialis dalam PKR, maka ramai ahli PKR terutamanya dari bekas ahli UMNo dan ABIM keluar dari PKR.

Anasir komunis mula meresap dalam perhimpunan Bersih melalui PSM. Oleh itu perhimpunan 9 Julai ini tidak akan menguntungkan pembangkang kerana sejarah tidak pernah menipu kita.

No comments:

Post a Comment