VaultSafeUall

Wednesday 20 July 2011

BANYAKNYA JAWATAN NAZRI

Hairan juga Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz menjadi Menteri Luar dan Menteri Dalam Negeri. Memang betul Datuk Anipah Aman dan Datuk Seri Hishamuddin Tun hussein tiada dalam negara, tetapi Nazri tidak boleh menjawab bagi pihak mereka berdua.

Bukan salah media bertanya kepada Nazri. Sepatutnya Nazri jangan jawab kerana ia bukan dalam bidangnya. Dia hanya jaga undang-undang dan parlimen sahaja. Oleh itu Anipah yang perlu jawab mengenai hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Vatican City. Begitu juga Hishamuddin yang perlu jawab mengenai EO dan bukannya Nazri.

Atau Nazri nak jadi hero kerana boleh menjadi menteri luar dan menteri dalam negeri bila Anipah dan Hishamuddin tiada dalam negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu nasihati Nazri supaya jangan over dalam soal ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana memperolehi fakta yang silap dalam mempertahankan penahanan enam aktivis PSM di bawah Ordinan Darurat (EO).

NONEMengulas kenyataan kenyataan Nazri bahawa EO yang digubal dan
dikuatkuasa untuk membendung pemberontakan komunis pada 1948 hingga 1960, Karpal berkata Ordinan No 5 Darurat (Perintah Awam dan Pencegahan Jenayah) tahun 1969, digubal selepas rusuhan 13 Mei, dan bukannya bertujuan untuk memerangi komunisme.

Ia adalah Peraturan-Peraturan Darurat 1948 yang digubal British pada kemuncak pemberontakan komunis dan selepas kemerdekaan pada tahun 1957, telah diolah semula menjadi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1960.

Ordinan (EO) tersebut, kata Karpal, telah digunakan untuk membanteras aktiviti jenayah ganas.

"Ia tidak pernah digunakan untuk memerangi komunisme," kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini.

Nazri juga, tambahnya, telah terkhilaf dalam mempertahankan penggunaan EO terhadap aktivis PSM dikatakan atas alasan agenda komunis mereka.

Menurut Karpal lagi, penggunaan EO adalah satu penyalahgunaan dan enam orang yang ditahan itu, hendaklah dibebaskan serta-merta.Mengimbas kembali perjanjian damai yang ditandatangani antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan kerajaan pada 2 Disember 1989, Karpal berkata, PKM telah mengikrarkan kesetiaan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong dan sejak itu telah menghentikan semua aktiviti militan dan bersetuju membubarkan unit bersenjatanya serta memusnahkan semua senjata mereka.

Karpal juga menyifatkan dakwaan bahawa aktivis PSM itu mahu memulihkan komunisme sebagai tidak mempunyai asas dan merit serta kosong dan tidak akan dapat dipertahankan.

"Dengan termeterainya perjanjian damai, pemberontakan PKM di Malaysia telah berakhir. Persoalan ia dihidupkan semula tidak timbul, dengan mengambil kira telah berakhir komunisme di peringkat antarabangsa," katanya sambil menambah ia tidak mungkin dapat dihidupkan semula.

penang psm dinner 181210 jeyakumar devarajAhli parlimen Sungai Siput, Dr Michael D Jeyakumar dan lima lagi aktivis
PSM, ditahan akhir bulan lalu apabila mereka didapati memiliki bahan-bahan yang didakwa polis mempromosi komunisme dan sebagai bukti rancangan mereka untuk melancarkan 'perang terhadap Yang di-Pertuan Agong'.

Mereka pada mulanya dituduh melanggar Seksyen 122 Kanun Keseksaan, tetapi ini digugurkan. Keenam-enam mereka kemudian ditahan semula di bawah Ordinan Darurat pada 2 Julai atas dakwaan bahawa mereka menjadi ancaman kepada ketenteraman awam

No comments:

Post a Comment