VaultSafeUall

Thursday 7 July 2011

POLIS ADA PERKIRAANNYA

Polis tidak akan meluluskan permit untuk berhimpun di Stadium Mereka kerana ia ada perkiraannya dari segi keselamatan. Cuba bayangkan bila 100,000 orang berkumpul di situ sudah tentu Kuala Lumpur akan sesak.

Maka polis mencadangkan supaya perhimpunan itu dibuat di Stadium Melawati Shah Alam. Walaupun ia dikuasai oleh kerajaan negeri, kerajaan Pakatan Rakyat, permiot polis tetap perlu dimohon. Tak bolehlah mohon atas nama Bersih kerana ia bukan pertubuhan yang berdaftar.

Maka mohonlah atas nama individu atau pertubuhan lain.Bukannya susah sangat cuma Bersih berdegil kerana semalam Ambiga memohon semula perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka.

Dapatkah Ambiga beri jaminan emosi para penyokong Bersih dapat dikawal? Apa akan jadi kalau berlaku rusuhan di Stadium Merdeka? Sudah tentu imej negara di kaca mata pelancong asing begitu buruk.

Oleh itu apa motif Bersih mahu adakan perhimpunan itu di Kuala Lumpur? Kenapa ia tidak diadakan di Shah Alam negeri mereka sendiri. Ada udang di sebalik batu ke? Jangan salahkan kerajaan jika mereka gagal berhimpun di Stadium Merdeka esok kerana polis sudah berlembut dengan memberi kebenaran mereka berhimpun di Stadium Shah Alam dengan syarat mohonlah permit.

Ambiga, awak kan peguam. Takkan tak tahu undang-undang,. bila nak berhimpun kena mohon permit. Takkan peguam nak cemari undang-undang pula.

No comments:

Post a Comment