VaultSafeUall

Monday 25 July 2011

AZIZAN LEBIH SAYANGKAN GAJINYA

Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan nampaknya lebih sayangkan gajinya daripada prinsip. Dulu dia umumkan semua pusat hiburan kena tutup sepanjang bulan Ramadhan nanti. Bila DAP bantah, Azizan membisu seribu bahasa. Nampaknya dia sudah tidak pedulikan lagi prinsipnya kerana dia bimbang kehilangan jawatan menteri besar.

Cuba bayangkan berapa gaji yang dia dapat dari jawatan Menteri besar. Ustaz Azizan bimbang jika pAS menang lagi di Kedah pada pilihanraya umyum akan datang, Pakatan rakyat tidak akan melantiknya lagi sebagai MB. Maka lebih baik beliau berdiam diri.

Di Selangor pula, satu lagi negeri yang dikuasai pakatan rakyat, MBnya Tan Sri Khalid Ibrahim tetap berkata pusat hiburan dibuka seperti biasa di bulan Ramdahan. Kenapa Pakatan Rakyat double standard? Di Kedah nak tutup, tetapi di selangor tetap buka. Ini bermakna dalam Pakatan rakyat pun tidak ada kesepakatan.

Macamana Pakatan Rakyat nak perintah Malaysia jika benda begini tidak selaras? oleh itu betulkanlah dulu diri awak, Pakatan sebelum berangan untuk memerintah Malaysia. saya bimbang bila Pakatan menang nanti, banyak lagi kecelaruan akan berlaku. Maka sesama sendiri DAP bertelagah dengan PAS, maka rakyat yang jadi mangsa.

Sepatutnya insiden seperti ini membuka mata rakyat Malaysia untuk mengekalkan BN pada pilihanraya umum akan datang. Pakatan Rakyat bukanlah alternatif untuk menumbangkan BN. BN sudah terbukti 54 tahun dapat mengemudikan negara ini dengan baik. Jika tiada yang baik dalam BN, betulkanlah dari dalam. Itulah transformasi yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib selama ini.

No comments:

Post a Comment